tipis | 1. tidak tebal, nipis (barang pipih spt kertas, kaca, dll): bajunya drpd kain ~; 2. kurang tebal lapisannya (bkn cat dll): ia memakai bedak sedikit, ~, hampir tidak kelihatan; 3. kurang padat (bkn asap, awan, dll): cuaca petang amat baik, awan putih ~ melindungi matahari; 4. kurang terang (tulisan): tulisannya ~; 5. sedikit sahaja (tidak besar), hampir tidak ada: harapan kita utk melahirkan penulis-penulis yg agung dgn karya-karya yg besar agak ~; kemungkinan tercapainya keamanan yg berkekalan sangat ~; 6. sangat sedikit, tinggal sedikit: tidak sedar duit ~ di saku kerana asyik berjoli; mendapat keuntungan ~ mendapat keuntungan yg sangat sedikit;~ bibirnya = bibirnya ~ ki a) pandai (suka) berkata-kata; b) mudah berkata yg bukan-bukan, lancang mul t, cerewet; ~ telinga lekas naik radang (oleh kata-kata yg membangkitkan kemarahan); menipis 1. menjadi tipis; 2. makin berkurang (menjadi sedikit, menghilang, dll): harapannya mencapai cita-citanya makin ~; kabus di puncak bukit di kampung itu kian ~; menipiskan menjadikan tipis (berkurang, hampir habis, dll): ~ getah dgn mesin; per-buatan curangnya ~ kepercayaan orang ter-hadapnya; ketipisan perihal atau keadaan tipis, perihal sedikit sahaja terdapatnya sesuatu: ~ minat; penipisan (proses atau perbuatan) menipis atau menipiskan: tetroflurokarbon menyebabkan ~ lapisan ozon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |