bejana | bekas air; tabung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bejana berhubungan | Id balang yg berhubungan antara satu sama lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bejana | bekas (air dll), balang, jambang; ~ berhubungan Id balang yg berhubungan antara satu sama lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bejana | bekas air; tabung. | Kamus Pelajar |
takung | bekas air (makanan ayam, susu getah, dll), bak, bejana: ~ yg berisi air; bertakung tidak mengalir, tergenang, tersekat: segala tempat air ~ hendaklah ditambak; menakung 1. membiarkan mengendap (minyak dsb), membeningkan atau mengheningkan sesuatu (dgn membiarkan tahinya, keladaknya, mendap): ~ minyak kelapa; 2. menyekat atau mengempang air dsb (supaya banyak terkumpul), menampung: air ini ditakung utk air minum penduduk; 3. menadah, menampung (air hujan dsb): aku takung air malam ini; tertakung 1. tidak mengalir (air, minyak, dsb), tersekat, terhenti: di sini, air ini ~; 2. sudah diendapkan, terendap; takungan 1. = penakung bekas utk menakung sesuatu, takung, bejana; ~ ais bekas yg berpetak-petak dsb yg diisi air utk dijadikan (dibuat) ais; 2. tempat utk menakung sesuatu, kolam; penakungan perbuatan (kerja dsb) menakung (air, minyak, dsb), penadahan, penampungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bajana | ® bejana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempayan | sj bejana yg dibuat drpd tanah liat utk menyimpan air dll: isikan air itu ke dlm ~; ~ budu = ~ peda a) tempayan utk membuat budu; b) ki rahsia busuk seseorang; ~ gumbang = ~ tapak gajah tempayan besar yg mulutnya sempit; ~ taban tempayan besar utk menyimpan air minuman; ~ telur buaya tempayan yg besar perutnya (spt buyung); kalau kubuka ~ budu baru tahu prb kalau kupecahkan rahsiamu sudah tentu kamu mendapat malu; mulut ~ bagaimana menjahitnya prb tidak dapat dilarang seseorang drpd mengatai kita (jika kita berbuat kejahatan); spt ~ tertiarap di atas air prb perihal orang yg bebal dan tidak mahu menurut nasihat yg diberikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penakung | 1. bekas utk menakung sesuatu, takung, bejana;; 2. tempat utk menakung sesuatu, kolam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takungan | 1. = penakung bekas utk menakung sesuatu, takung, bejana; 2. tempat utk menakung sesuatu, kolam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |