bekerjasama | bekerja bersama-sama dan tolong-menolong; bergotong-royong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bekerjasama | bekerja (berbuat sesuatu) bersama-sama atau dgn cara saling membantu (menyumbang dsb), bergotong-royong: mereka tidak dapat membuat satu-satu kerja dgn sempurna kalau tidak dgn ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bekerjasama | bekerja bersama-sama dan tolong-menolong; bergotong-royong. | Kamus Pelajar |
subahat | 2 orang yg bekerjasama dlm sesuatu perbuatan jahat (spt bekerjasama dgn musuh dll). | Kamus Pelajar |
subahat | 1 perasaan kurang percaya; ragu-ragu; syak. 2 orang yg bekerjasama dlm sesuatu perbuatan jahat (spt bekerjasama dgn musuh). bersubahat 1 berasa syak; berasa ragu-ragu. 2 bekerjasama dlm sesuatu pakatan jahat dll: Orang-orang yg ~ dgn musuh akan dihukum bunuh. persubahatan perbuatan bersubahat: ~nya dgn kumpulan itu telah lama diketahui polis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
subahat | 1. syak, ragu-ragu, keragu-raguan; ~ hati syak hati; 2. orang yg bekerjasama dgn musuh dll, kolaborator; bersubahat 1. menaruh syak wasangka (buruk sangka), ragu-ragu, sangsi; 2. bekerjasama dgn musuh dll: pejuang-pejuang kebangsaan Korea bersama-sama dgn komunis-komunis Jepun telah ~ hendak mendirikan satu kerajaan pemberontakan; persubahatan perbuatan bersubahat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganding I | ; bergandingan, berganding 1. berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; ~ tangan a) berpegangan tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; ~ tenaga menggunakan tenaga bersama utk melakukan sesuatu, berpadu tenaga, bekerjasama (dgn erat); mengganding 1. menarik sesuatu yg diikat di samping atau di belakang: sebuah kepala kereta api dapat ~ berpuluh-puluh gerabak; 2. memegang tangan, memimpin: orang buta itu diganding oleh seorang budak;menggandingkan, mempergandingkan 1. menghubungkan, memautkan, mempertalikan: kereta yg rosak itu digandingkan dgn sebuah lori; 2. menghubungkan, mengaitkan: kemiskinan rakyat umumnya dapat digandingkan dgn keadaan ekonomi negara; 3. membawa supaya berhampiran (berdampingan), mendekatkan: sampan itu digandingkan dgn motobot; gandingan benda yg digandingkan (di samping atau di belakang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersatu biduk dgn | bekerjasama dgn; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkoperasi | berusaha dgn cara bekerjasama (bantu-membantu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersubahat | 2 bekerjasama dlm sesuatu pakatan jahat dll: Orang-orang yg ~ dgn musuh akan dihukum bunuh. | Kamus Pelajar |