Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ku] | بکو

Definisi : 1. pejal, keras (bkn benda cair): di kutub, air laut ~ sepanjang tahun; 2. ki kaku, tidak bergerak: yg ~ dan tidak selaras dgn zaman moden; bahasanya usang dan ~; modal utk membeli barang baru masih ~ di tangan penghutang; 3. ditangguhkan (berlakunya sesuatu), digantung, dilarang bergerak: parti itu perlu diharamkan ataupun dinyatakan ~ sementara; ~ otak = ~ fikiran tidak mudah faham; membeku menjadi beku: darah yg keluar itu sangat lambat mengalir, tetapi ia segera ~; membekukan 1. menjadikan beku, membuat (sesuatu) menjadi beku atau pejal: dlm masa seminggu sahaja, sudah pandai menggunakan pisau toreh dan ~ getah; 2. menghentikan sesuatu amalan (pergerakan, kegiatan, kemudahan, dll) buat sementara: peminjaman wang utk membeli kereta telah dibekukan pd bulan lalu; ~ jawatan menghentikan pengisian jawatan kosong buat sementara waktu; kebekuan perihal (keadaan) beku: keadaan ini boleh membawa kita keluar drpd ~ fikiran;pembekuan perihal atau perbuatan mem beku(kan): batu-batan di negeri-negeri yg berhawa dingin kerap kali pecah oleh ~ air di celah-celahnya; pembeku bahan yg digunakan utk membekukan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ku] | بکو

Definisi : 1 keras atau kental kerana sejuk (ttg cecair): Pagi itu sejuk sungguh sehingga minyak kelapa dlm botol pun menjadi ~. 2 ki ditangguhkan berlakunya sesuatu; tidak bergerak: Pengambilan kakitangan diarahkan ~ buat sementara. membeku menjadi beku: Air akan ~ apabila disejukkan ke paras 32 darjah Fahrenheit. membekukan membuat sesuatu jadi beku; menyebabkan sesuatu menjadi beku: Petang semalam, saya belajar ttg cara-cara ~ getah drpd abang saya. kebekuan keadaan beku. pembekuan perihal membeku atau membekukan. pembeku benda atau bahan yg digunakan utk membekukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beku

Puisi
 

Tanjung Po Tanjung Berapi,
     Api berkilat di mungguk kubur;
Rasa nak beku di dalam hati,
     Melihat tuan iman gugur.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
dingin bekubeku kerana terlalu sejuk (bkn air dll). mendingin beku menjadi beku (bkn air dll) kerana disejukkan dgn berlebih-lebihan. mendinginbekukan menjadikan cecair (spt air) beku dgn menyejukkannya berlebih-lebihan. terdingin beku telah menjadi beku kerana terlampau sejuk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dingin beku(menjadi) beku kerana terlampau sejuk (bkn cecair spt air dll); mendinginbekukan menjadikan beku dgn menyejukkan berlebih-lebihan: cecair karbon dioksida ini mudah didinginbekukan men­jadi pepejal; terdingin beku (telah) menjadi beku kerana terlampau disejukkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kental1. (berkeadaan) antara cair dgn keras atau beku, hampir beku, sangat pekat (hingga tidak boleh mengalir spt air): setelah dipanaskan agak lama, benda ini menjadi ~ spt agar-agar yg separuh beku; 2. karib, akrab (bkn persahabatan); sahabat ~ sahabat karib; 3. teguh, kukuh, kuat: usaha-usaha ini memerlukan semangat yg ~ dan sanggup berusaha tanpa mengenal jemu; mengental menjadi kental (pekat), hampir membeku: bancuhan kuih dodol itu ~ setelah dipanaskan sambil dikacau beberapa lama; mengentalkan menjadikan kental, meme­katkan (hingga tidak boleh mengalir spt cecair); ~ persahabatan mengukuhkan (me­ngaribkan) persahabatan; kentalan benda yg kental; kekentalan perihal kental, sifat (keadaan) kental; pengentalan perihal atau perbuatan me­ngental atau mengentalkan; pengental bahan (benda) yg mengentalkan: ~ susu getah.Kamus Dewan Edisi Keempat
dingin bekubeku kerana terlalu sejuk (bkn air dll).Kamus Pelajar
bekukeras atau kental kerana sejuk (ttg cecair):Pagi itu sejuk sungguh sehingga minyak kelapa dlm botol pun menjadi ~. membeku menjadi beku: Air akan ~ apabila disejukkan ke paras 32 darjah Fahrenheit. membekukan membuat sesuatu jadi beku; menyebabkan sesuatu menjadi beku:Petang semalam saya belajar ttg cara-cara ~ getah drpd abang saya. pembekuan perihal membeku atau membekukan. kebekuan keadaan beku. pembeku benda atau bahan yg digunakan utk membekukan sesuatu.Kamus Pelajar
takat Itakat I 1. hingga, sampai: dalamnya sungai itu ~ pinggang sahaja; 2. had atau peringkat (pd sesuatu ukuran); ~ beku = ~ sejuk beku had suhu ketika air dll membeku; ~ didih had suhu ketika air dll mendidih; ~ embun suhu ketika udara lembap menjadi tepu dan membentuk embun apabila bersentuhan dgn sesuatu permukaan; ~ lebur suhu ketika suatu pepejal mulai lebur; setakat sampai had, sehingga: ~ ini, perbual­an mereka terhenti; ~ manakah hasil yg didapati drpd pengajaran yg telah diberi­kan? bertakat-takat bersenggat-senggat, berpe­ring­kat-peringkat: campuran ini dialirkan melalui satu saluran yg ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
mendingin bekumenjadi beku (bkn air dll) kerana disejukkan dgn berlebih-lebihan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
takat beku= ~ sejuk beku had suhu ketika air dll membeku;Kamus Dewan Edisi Keempat
mendingin bekumenjadi beku (bkn air dll) kerana disejukkan dgn berlebih-lebihan.Kamus Pelajar
terdingin bekutelah menjadi beku kerana terlampau sejuk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas