belanjawan | anggaran pendapatan dan perbelanjaan utk sesuatu jangka waktu (terutama yg dibuat oleh pemerintah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
belanjawan | 1. perhitungan banyaknya wang yg akan diterima (sbg pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan: menteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun; 2. peruntukan wang utk sesuatu keperluan atau utk sesuatu jangka waktu: perdebatan mengenai perincian ~ kementerian pendidikan diteruskan hari ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belanjawan | anggaran pendapatan dan perbelanjaan utk sesuatu jangka waktu (terutama yg dibuat oleh pemerintah). | Kamus Pelajar |
anggaran belanjawan | kira-kira (kasar) pendapatan dan perbelanjaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bajet | bp belanjawan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bajet | /bajét/ bp 1 belanjawan. 2 mengawal atau manganggar sesuatu dgn hati-hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tahun fiskal | jangka masa dua belas bulan yg diliputi oleh belanjawan sesebuah negara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
defisit | (défisit) kekurangan hasil pendapatan berbanding dgn perbelanjaan yg diperlukan (bkn anggaran belanjawan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahun fiskal | jangka masa 12 bulan yg digunakan oleh dunia perniagaan atau pemerintah utk tujuan belanjawan (pengiraan cukai, urusan pembayaran dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepentingan | 1. perihal, keadaan atau sifat penting, peri mustahak, keperluan: ia sedar akan ~ bandar Melaka; belanjawan itu menekankan ~ berjimat cermat dan berbelanja dgn hemat; 2. sesuatu yg penting (dituntut, dihargai dsb) demi kebaikan, keuntungan atau kesejahteraan diri, faedah, manfaat: masing-masing mempunyai ~ diri; tugas menjaga ~ peneroka tidak seharusnya diabaikan; ~ umum kepentingan utk orang ramai; 3. hak, saham dsb dlm sesuatu syarikat (harta, perniagaan dsb): beliau menguasai 52% ~ dlm syarikat tersebut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |