mengepil | berdampingan (berdampil) dgn, berdekatan (berhampiran) dgn; belayar ~ pantai belayar menyusur (berhampiran dgn) pantai; berjalan ~ ibunya berjalan berdampingan dgn ibunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyusur | 1. berjalan (belayar dll) mengikut tepi, berjalan (belayar) sepanjang tepi: mereka belayar dgn perahu ~ pantai Pahang; 2. lalu sepanjang (jalan dll), mengikuti (sesuatu jalan, arah, dll): ia ~ jalan kampung menuju rumah Dewi; kajian seterusnya akan ~ araharah yg berbeza; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepil | berdamping(an), berdampil, berhampiran, berdekatan, rapat; mengepil berdampingan (berdampil) dgn, berdekatan (berhampiran) dgn; belayar ~ pantai belayar menyusur (berhampiran dgn) pantai; berjalan ~ ibunya berjalan berdampingan dgn ibunya; mengepilkan 1. menjadikan (menyebabkan) rapat atau berdekatan, mendampingkan, merapatkan, menambatkan (perahu, gajah, dll): maka Peringgi pun mudiklah menyongsong, dikepilkannya segala perahunya di Kota Kara; maka gajah pun dikepilkan di balairung; 2. menyertakan (bersama sesuatu): bil yg berkenaan dikepilkan bersama surat ini; terkepil terletak bersaingan (berdampingan, berdekatan, rapat) dgn: maka usungan pun ~lah di astaka, maka raja pun naik ke atas usungan lalu berangkat ke masjid. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belayar mengepil pantai | belayar menyusur (berhampiran dgn) pantai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mudik | 1. (pergi, belayar) ke hulu sungai, (pergi, belayar) ke udik: marilah kita ~ ke hulu sungai ini; 2. Jk pulang ke kampung (dusun dll); sehilir se~ setuju, sepakat; belum tentu hilir ~nya prb belum tentu keputusan atau kesudahan sesuatu perkara; di ~ sebulakan, di hilir semuara prb persatuan yg kukuh; ke ~ tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya prb sesuatu maksud atau niat hendaklah tentu tujuannya; tiada dibawa orang sehilir se~ prb dipulaukan drpd masyarakat; bermudik belayar ke hulu sungai: di sungai Sarawak inilah tempat ~ kapal wap Royalist milik Brooke; memudiki belayar mudik (sesuatu sungai): kapal boleh ~ Sungai Irrawadi hingga ke Bhamo; memudikkan menjalankan perahu ke hulu sungai: kerana arus yg deras, ia tidak dapat ~ perahunya; termudikkan dapat dimudiki: jikalau tidak ~ oleh sahaya, bukanlah sahaya putera mar-hum yg mangkat di Buantan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belayar di pulau kapuk | Id, bp tidur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belayar ke pulau kapuk | tidur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belayar dulu | ki meninggal dunia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belayar | 1. berjalan atau bergerak (bkn kapal atau perahu): kapal itu sedang ~ menuju ke pelabuhan Kelang; 2. pergi (berpergian) dgn kapal atau perahu: mereka akan ~ ke India dgn menaiki kapal penumpang; ~ dulu ki meninggal dunia; ~ ke pulau kapuk tidur; ~ atas angin prb berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain; ~ bernakhoda, berjalan dgn yg tua prb segala pekerjaan lebih baik diusahakan di bawah pimpinan orang yg lebih berpengalaman; ~ sambil memapan, merapat sambil ~ prb sekali melakukan kerja, dua tiga maksud tercapai; berbuat di alang tahun, ~ di luar musim prb mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak pd waktunya tentu tidak mendapat hasil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpal-pal | belayar dgn membelokkan kapal dll ke kiri dan ke kanan, belayar serong-menyerong, berperai-perai: perahu itu dilayarkan juga berpal-pal ke laut dan ke darat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |