belerang | /belérang/ sj unsur berwarna kuning muda dan apabila dibakar, bernyala kebiru-biruan dan berbau busuk; sulfur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
belerang | (belérang) sj benda keras kuning yg mudah hancur (mudah terbakar dgn mengeluarkan nyala yg biru), sulfur; ~ bang sj berangan (tuba tikus). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belerang | /belérang/ sj unsur berwarna kuning muda dan apabila dibakar, bernyala kebiru-biruan dan berbau busuk; sulfur. | Kamus Pelajar |
asap belerang | asap dr belerang (gunung berapi); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanah cempaka | belerang kasar (ketul-ketul belerang yg diambil dr lombong); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belerang bang | sj berangan (tuba tikus). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asap belerang | asap yg keluar dr belerang gunung berapi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
asap | 1. gas yg kelihatan keluar dr benda yg dibakar (berkepul-kepul dsb naik ke udara); 2. = ~ air wap; ~ air mata = ~ tangis gas pemedih mata; ~ api asap yg keluar dr api; ~ belerang asap dr belerang (gunung berapi); ~ kemenyan asap yg keluar apabila kemenyan dibakar; belum dipanjat ~ kemenyan prb belum berkahwin; menggantang ~ (mengukir langit) prb a) melakukan perbuatan yg sia-sia; b) berangan-angan (akan sesuatu yg tidak mungkin dicapai);berasap 1. mengeluarkan asap, ada asap; 2. diselubungi oleh kabus; dapur tidak ~ prb miskin sekali; telah ~ hidungnya prb telah beroleh keuntungan sesudah lama menderita kekurangan;mengasap 1. menjadi asap; 2. = mengasapi; mengasapi 1. mengenakan asap pd sesuatu (supaya masak, harum, kering, hilang nyamuk, dll); 2. memasak (mengeringkan, mengharumkan, dsb) dgn asap: perempuan itu mengangkat tempat bara utk ~ rumahnya; ~ daging mengeringkan daging dgn asap; ~ pakaian mengharumkan pakaian dgn mengenakan asap dupa; pengasapan perihal (perbuatan) mengasapi; perasap, perasapan tempat membakar kemenyan dll, pedupaan: ia menyuruh aku memasang ~ dan memasukkan sedikit setanggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
vulkan | loji ~ loji tempat memasak getah; memvulkankan memasak getah dgn sulfur (belerang) utk membuat tayar dll; pemvulkanan proses pengolahan getah dgn sulfur (belerang) pd tekanan dan suhu tinggi utk menghasilkan getah yg lebih kuat dan kenyal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
vulkan | ; loji ~ ist loji tempat memasak getah. memvulkankan memasak getah dgn belerang (sulfur) utk membuat tayar dll. pemvulkanan proses memasak getah dgn belerang pd suhu yg tinggi utk menghasilkan getah yg lebih kuat dan kenyal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |