melayap | Jk terlayang-layang (tidur), belum lelap betul, tidur-tidur ayam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melayap-layap | Jk terlayang-layang (tidur), belum lelap betul, tidur-tidur ayam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
layap II | ; melayap-layap, melayap Jk terlayang-layang (tidur), belum lelap betul, tidur-tidur ayam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melek | (melék) 1. bp tidak tidur, jaga; 2. bp terbuka matanya, dapat melihat, celik; ~ huruf bp tahu membaca dan menulis, celik huruf; belum ~ bp belum tahu, belum mengerti, belum insaf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
picing | Mn pejam; sepicing sekelip (mata), sebentar, sekejap: Rosnah belum dapat tidur walau ~ pun; berpicing memejamkan mata; memicingkan memejamkan mata, tidur: semalam-malaman aku tidak dapat ~ mataku; terpicing terpejam (matanya), tertidur: dipandangnya muka Azimah dgn mata yg separuh ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendusi | belum jaga betul drpd tidur, masih berasa mengantuk sesudah bangun drpd tidur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dusi | Mn; mendusi belum jaga betul drpd tidur, masih berasa mengantuk sesudah bangun drpd tidur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangun I | 1 bangkit drpd duduk atau drpd baring: Dia ~ dr kerusi malas lalu berdiri di jendela dan melihat ke luar. 2 terjaga drpd tidur; bangkit drpd tidur: Hari sudah siang tetapi Ali belum ~ lagi. 3 menjadi cair kembali (ttg minyak yg beku): Panaskan minyak ini supaya ~. membangunkan 1 mengejutkan orang drpd tidur; menggerakkan orang tidur supaya terjaga: Tiap-tiap pagi, ayah ~ saya supaya bersembahyang subuh dgnnya. 2 menimbulkan semangat dsb; membangkitkan: Kita hendaklah ~ minat membaca di kalangan kanak-kanak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sepicing | sekelip (mata), sebentar, sekejap: Rosnah belum dapat tidur walau ~ pun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
walaupun | biarpun; meskipun: ~ hari sudah jauh malam, ia belum juga tidur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |