benam | ; berbenam 1 berada dlm air dll; berendam: Kerbau ~ di dlm kubang. 2 ki berkurung (dlm rumah dll): Pd hari minggu, dia hanya ~ di rumah. membenam masuk ke dlm sesuatu sehingga tenggelam atau terhenti: Ketika itu, matahari mula ~ di ufuk barat. membenamkan 1 memasukkan sesuatu ke dlm air (lumpur dsb); menenggelamkan: Dia telah ~ barang-barang curian itu ke dlm sungai. 2 menyebabkan menjadi tenggelam; mengampuh: Air dr empangan yg pecah itu telah ~ beberapa buah rumah. terbenam 1 telah masuk ke dlm air dan tenggelam; telah masuk dalam-dalam ke dlm air dsb sehingga tidak kelihatan lagi: Kapal yg pecah itu ~ di dasar laut. 2 tenggelam kerana didatangi air: Beberapa buah kampung telah ~ akibat banjir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
benam | masuk ke dlm (air dll), tenggelam; berbenam, membenam 1. menenggelamkan diri, tenggelam: ia melompat ke dlm air dan membenam beberapa waktu; apakah yg membenam dlm air? 2. menghilangkan diri, bersembunyi: mahu rasanya dia ~ saja dlm biliknya dr pagi hingga ke petang utk membaca; membenamkan 1. menenggelamkan, memasukkan ke dlm air dll: suatu bencana alam telah ~ sebuah bandar ke dlm perut bumi; 2. menyembunyikan, mendiamkan, tidak menampakkan: kerajaan menyeru supaya parti pembangkang ~ sentimen politik mereka; 3. ki memasukkan ke dlm jel;terbenam 1. tenggelam, masuk: matahari ~ di ufuk barat; 2. terpendam: harta ~;benaman hasil membenam, membenamkan atau terbenam: pelabuhan bertaraf antarabangsa dulunya hanya berupaya menampung kapal dengan ~ 14.5 meter.pembenaman perihal (proses, perbuatan dsb) membenamkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
benam | berbenam 1. berada dlm air dll; berendam: Kerbau ~ di dlm kubang. 2. ki berkurung (dlm rumah dll): Pd hari minggu, dia hanya ~ di rumah. membenam masuk ke dlm sesuatu sehingga tenggelam atau terhenti: Ketika itu, matahari mula ~ di ufuk barat. membenamkan 1. memasukkan sesuatu ke dlm air (lumpur dsb); menenggelamkan: Dia telah ~ barang-barang curian itu ke dlm sungai. 2. menyebabkan menjadi tenggelam; mengampuh: Air dr empangan yg pecah itu telah ~ beberapa buah rumah. terbenam 1. telah masuk ke dlm air dan tenggelam; telah masuk dalam-dalam ke dlm air dsb sehingga tidak kelihatan lagi: Kapal yg pecah itu ~ di dasar laut. 2. tenggelam kerana didatangi air: Beberapa buah kampung telah ~ akibat banjir. | Kamus Pelajar |
ukir benam | lukisan tenggelam (pd barang-barang perhiasan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terperosok | 1. termasuk atau terbenam (kaki dll) ke dlm lubang (parit dll), terperlus: kakinya ~ ke lubang jalan; 2. termasuk ke dlm (mata): ia merenung tepat pd orang tua yg kurus cengkung dgn matanya yg ~ ke dlm itu; 3. ki terjatuh dlm kehinaan (kesukaran dll): ia sudah ~ ke lembah kehinaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kegenangan | keadaan terendam atau terbenam dlm air; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terselam | dapat atau sudah menyelam, terbenam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perosok | ; terperosok 1. termasuk atau terbenam (kaki dll) ke dlm lubang (parit dll), terperlus: kakinya ~ ke lubang jalan; 2. termasuk ke dlm (mata): ia merenung tepat pd orang tua yg kurus cengkung dgn matanya yg ~ ke dlm itu; 3. ki terjatuh dlm kehinaan (kesukaran dll): ia sudah ~ ke lembah kehinaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ufuk | Ar kaki langit: apabila matahari ter-benam di ~ barat, maka gelap gelitalah alam ini; mengufuk melintang rata, mendatar, lwn menegak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuas II | Kd, Pn dahan-dahan kayu yg dibenamkan dlm air supaya ikan berkumpul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |