Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.nang] | بنڠ

Definisi : 1. tali halus drpd kapas, sutera, dll yg digunakan utk menjahit atau menenun; 2. = ~ skru geligir berpilin pd skru; ~ arang benang yg dihitamkan utk membuat garis lurus (dipakai oleh tukang kayu); ~ emas benang berupa dawai halus yg berwarna spt emas utk menyulam atau menenun; ~ mentah benang yg belum dipintal; ~ nanas benang yg dibuat drpd serat nanas; ~ pakan benang pd torak tenun; ~ pancarona benang yg berwarna macam-macam; ~ raja pelangi; ~ sari a) bahagian yg menghubungkan stigma dan rahim bunga; b) = ~ serbuk Id tangkai tempat sari (serbuk bunga); bagai ~ dilanda ayam prb kusut masai; menegakkan ~ basah prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil berhasil; melanggar ~ hitam prb melanggar pantang larang, melanggar adat resam; sehari selembar ~, lama-lama jadi kain prb sedikit demi sedikit lama-lama berhasil juga;berbenang 1. mempunyai benang; 2. mempunyai benang skru;membenang 1. merupakan benang; 2. ki tidak putus-putus, bersambung-sambungan, beraturan; 3. = membenangkan membuat benang skru;pembenangan perihal atau perbuatan membuat benang (skru);pembenang (Kej) alat utk membuat benang skru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.nang] | بنڠ

Definisi : 1 tali halus drpd kapas dsb yg dipintal dan digunakan utk menjahit atau utk menenun kain. 2 = ~ skru bahagian skru yg timbul dan berbelit-belit. ~ arang benang yg dihitamkan utk membuat garisan lurus (digunakan oleh tukang kayu). ~ emas benang halus berwarna emas yg digunakan utk menyulam atau utk menenun. ~ nanas benang yg dibuat drpd serat nanas. ~ sari bahagian bunga yg menghubungkan stigma dgn rahim bunga. bebenang sesuatu yg menyerupai benang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benang

Puisi
 

Usik dayang mengatih benang,
     Benang kusut terlalulah susah;
Kalau tuan mengaku menang,
     Biarlah saya mengaku kalah.


Lihat selanjutnya...(69)
Peribahasa

Bersahabat dengan juara,
     selilit benang bulang tahu juga.

Bermaksud :

Apabila jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. benang bulang = benang pengikat taji ke kaki ayam yang akan disabung.

 

Lihat selanjutnya...(27)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sutera1 = benang ~ benang lembut lagi halus yg diperoleh dr sj ulat. 2 kain yg dibuat drpd benang sutera.Kamus Pelajar Edisi Kedua
retasterputus benang jahitannya, terbuka jahitannya (kelimnya); meretas 1. memutuskan (mengerat, me­motong) benang-benang pd jahitan; 2. mem­buka dgn pisau (surat dll), membelah kulit (karung dll); ~ bisul membedah bisul; ~ perut membedah perut; 3. menebang pokok dll utk membuat jalan, merentas, merintis; ~ jalan membuat jalan dgn menebang pokok-pokok dll; 4. merosakkan (membuka pagar dll), menembusi rintangan; peretasan perihal (proses, perbuatan dsb) meretas: ~ benang pd jahitan yg silap itu masih dilakukan; peretas orang yg meretas, alat utk meretas.Kamus Dewan Edisi Keempat
ruminMn; benang ~ benang rami; tali ~ tali rami.Kamus Dewan Edisi Keempat
tating II1. sj renda hiasan yg disirat drpd benang: benang itu disirat-siratnya menjadi ~; 2. proses membuat renda hiasan secara menyirat-nyirat benang dgn menggunakan cuban.Kamus Dewan Edisi Keempat
songket/songkét/, = kain ~ kain yg bersulam dgn benang emas atau dgn benang perak. bersongket 1 bersulam dgn benang emas atau dgn benang perak. 2 memakai songket. menyongket membuat songket dgn menyulam tenunan benang biasa dgn benang emas atau dgn benang perak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gentian karbon(Fiz) gentian drpd benang-benang tekstil (spt rayon) yg dibakar utk menghasilkan bahan yg lebih kukuh;Kamus Dewan Edisi Keempat
meretas1. memutuskan (mengerat, me­motong) benang-benang pd jahitan; 2. mem­buka dgn pisau (surat dll), membelah kulit (karung dll); ~ bisul membedah bisul; ~ perut membedah perut; 3. menebang pokok dll utk membuat jalan, merentas, merintis; ~ jalan membuat jalan dgn menebang pokok-pokok dll; 4. merosakkan (membuka pagar dll), menembusi rintangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
Makaunama sebuah pulau di selatan negeri China; benang ~ benang emas atau perak; sambal ~ Kd sambal yg dimakan dgn timun; wayang ~ wayang Cina.Kamus Dewan Edisi Keempat
tika-tikapenggulung (benang), gelendong (benang), kumparan (benang).Kamus Dewan Edisi Keempat
tika I= tika-tika penggulung (benang), gelendong (benang), kumparan (benang).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas