bendung | , = bendungan pengempang di sungai dsb utk menahan air supaya dpt disalurkan ke tempat lain; empangan. membendung 1 menahan aliran air di sungai dsb; mengempang. 2 ki menahan atau menyekat sesuatu supaya tidak merebak. pembendungan perihal atau perbuatan membendung; penahanan; pengempangan. pembendung 1 orang yg membendung. 2 alat yg digunakan utk membendung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bendung | permatang utk menahan air (supaya dapat disalurkan ke arah lain), empang;membendung 1. menghalang arus air, mengempang: sungai itu dibendung supaya dapat menghasilkan tenaga elektrik; 2. ki menghalangi, menahan, merintangi: Amerika Syarikat membantu Vietnam Selatan kerana hendak ~ kegiatan komunis; undang-undang sekarang belum lagi berjaya ~ perbuatan jenayah;terbendung terempang, terhalang, tertahan;pembendungan perihal (usaha dsb) membendung, pengempangan; pembendung 1. orang yg membendung; 2. alat utk membendung, pengempang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bendung | = bendungan pengempang di sungai dsb utk menahan air supaya dpt disalurkan ke tempat lain; empangan. membendung 1. menahan aliran air di sungai dsb; mengempang. 2. ki menahan atau menyekat sesuatu supaya tidak merebak. pembendung 1. orang yg membendung. 2. alat yg digunakan utk membendung. | Kamus Pelajar |
badung II | ® bendung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ampang I | bendung; ~ sampai ke seberang, dinding sampai ke langit prb dikatakan bkn persahabatan yg sudah putus dan tidak akan berbaik lagi atau bkn pekerjaan yg tidak alang kepalang; ® empang I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebat I | 1. tambak utk menyekat pengaliran air, bendung, empang; 2. tempat (kolam dll) utk memelihara ikan, kolam memelihara ikan, balung; menebat 1. membuat tebat pd sungai dll, membendung, mengempang; 2. membuat kolam ikan (di sungai dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tambak | 1 timbunan tanah dll utk menahan air; bendung. 2 jalan dsb drpd timbunan tanah dll yg dibina menyeberangi selat dll: ~ Johor. menambak 1 menimbuni sesuatu dgn tanah dll supaya tinggi: ~ paya. 2 menimbus lubang dgn tanah, pasir dll: Tempat-tempat yg berlubang dan yg lekuk ditambak dgn tanah. 3 membuat atau membina tambak pd sesuatu; membenteng dgn tambak: Mereka ~ tebing sungai dgn tanah. penambakan perihal atau perbuatan menambak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tambak I | 1. timbunan tanah dll utk menahan air, bendung, benteng, gili-gili; 2. jalan dll yg dibuat drpd timbunan tanah dll menyeberangi selat (tanah bencah dll): kalau hendak membuat jalan kereta api di tanah pamah pula, maka terpaksa dibuat ~ yg bertepi curam; 3. kolam di tepi laut (diberi berbatas) utk memelihara ikan, tebat; menambak 1. menimbunkan (melonggokkan) tanah dll supaya tinggi: ia melihat tanah yg tinggi spt ditambak; 2. menimbun (lubang dll) dgn tanah dll, menimbus: jika jalan itu becak hendaklah ditambak supaya air hujan tidak bertakung; 3. menurap jalan dll dgn tanah, melepa, menampali; 4. membina tambak pd, membuat benteng pd, membentengi dgn tambak: mereka sedang ~ tebing sungai itu dgn tanah; 5. ki memberi (barang) banyak-banyak kpd, menghadiahkan banyak-banyak; 6. ki melepa ubat pd, membubuh ubat (pd luka dll); 7. ki menahan atau menyekat sesuatu (supaya jangan keluar dll), membendungi; ~ gunung menggarami laut prb memberi pertolongan kpd orang yg sekali-kali tidak perlu ditolong; penambak sesuatu yg dijadikan tambak (tanah, batu, dll): tanah itulah hendak dibuatnya ~ di seberang sini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebat I | 1 timbunan tanah dll utk menyekat pengaliran air; bendung; empangan. 2 kolam dsb tempat memelihara ikan; balong. menebat 1 membuat tebat di sungai dll; membendung; mengempang. 2 membuat kolam ikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tambak | 1 timbunan tanah dll utk menahan air; bendung. | Kamus Pelajar |