bening | 1. jernih, hening: matanya berkaca ~; selaput ~ Id selaput mata bahagian depan; 2. (bkn suasana) hening, sunyi senyap: suasana menjadi ~ seketika;membeningkan 1. menjadikan bening (jernih, hening), menjernihkan, mengheningkan; 2. menjadikan bening (hening, sunyi senyap), mengheningkan; kebeningan keadaan bening (jernih, hening): ~ malam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membeningkan | 1. menjadikan bening (jernih, hening), menjernihkan, mengheningkan; 2. menjadikan bening (hening, sunyi senyap), mengheningkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hening | 1. tidak keruh, jernih, bening: air yg ~ mengalir dr bukit; 2. sunyi senyap, diam, sepi, lengang: suasana begitu ~, sehingga jarum jatuh pun boleh kedengaran rasanya; mengheningkan 1. menjadikan hening, menjernihkan: ~ minyak yg kotor; masanya sudah tiba utk ~ suasana yg keruh itu; 2. mendiamkan, menyenyapkan (keriuhan dll): lebih baik diheningkan saja kebisingan itu; 3. berdiam diri mengenangkan sesuatu; ~ cipta bertafakur, bersemadi; keheningan keadaan hening, kejernihan, kesunyian: jeritnya menggegar ~ malam; pengheningan perihal mengheningkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jernih | 1 tidak keruh (bkn air); hening; bening: Air perigi itu sangat ~. 2 manis dan berseri (bkn air muka); tidak muram: Air muka gadis itu ~ saja. 3 bersih drpd sebarang niat jahat dll (bkn hati); suci; ikhlas: hati yg ~. 4 tidak huru-hara (bkn keadaan); aman: Pergolakan itu kembali ~ spt sediakala. menjernihkan menjadikan jernih; mengheningkan: ~ fikiran mengheningkan atau menenangkan fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan menjadi tenang dan tenteram. kejernihan keadaan jernih (bkn air, suasana, hati dsb): ~ air sungai itu telah tercemar akibat pembuangan bahan-bahan kimia dr kilang itu. penjernihan proses atau perbuatan menjernihkan air dsb: sistem ~ air. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jernih | 1. tidak keruh (bkn air); hening; bening:Air perigi itu sangat ~. 2. manis dan berseri (bkn air muka); tidak muram:Air muka gadis itu ~ saja. 3. bersih drpd sebarang niat jahat dll (bkn hati); suci; ikhlas: hati yg ~. 4. tidak huru-hara (bkn keadaan); aman:Pergolakan itu kembali ~ spt sedia kala. menjernihkan menjadikan jernih; mengheningkan:~ fikiran mengheningkan atau menenangkan fikiran;~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan menjadi tenang dan tenteram. kejernihan keadaan jernih (bkn air, suasana, hati dsb):~ air sungai itu telah tercemar akibat pembuangan bahan-bahan kimia dr kilang itu. | Kamus Pelajar |
hening | 1 tidak keruh (bkn air dsb); jernih; bening: Air yg ~ itu mengalir dr bukit. 2 sunyi senyap; sepi; lengang: Suasana pd malam itu begitu ~ dan sungguh tenteram. mengheningkan 1 menjadikan hening (tidak keruh); menjernihkan: ~ minyak yg kotor. 2 menjadikan sunyi sepi; menyenyapkan: Dia segera ~ keadaan yg riuh-rendah itu. ~ cipta berdiam diri utk berfikir dll; bertafakur. keheningan 1 keadaan hening; kejernihan. 2 keadaan lengang atau sepi; kelengangan; kesepian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suram | 1. tidak berapa terang (cahaya dll), agak gelap, kurang cahaya, redup (cuaca): di dlm kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yg hidup, lampu kecil yg ~ cahayanya; petang yg ~; 2. tidak berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dll), tidak bening (batu permata), buram: kalau beberapa hari tidak dicucinya, kereta itu kelihatan ~; 3. tidak berseri-seri (muka, mata, dll), kusam, kuyu, muram (kerana sedih dll): di ambang pintu terdiri Jenab dgn pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~; matanya ~; 4. kurang seronok (kehidupan dll), kurang berbahagia, susah (hati dll), sedih: sesekali guruh menderam di sebelah barat, di hati mereka ~, besok entahkan hujan!; kehidupan yg ~; suram-suram; ~ gelap sedikit gelap (sehingga tidak kelihatan nyata), samar-samar, sabur limbur; menyuram bertukar menjadi suram, menjadi muram (buram, pudar); menyuramkan menjadikan suram (buram, pudar, dll), memuramkan, memudarkan: jalan ke rumahnya yg gelap makin ~ pandangannya; kesuraman perihal suram, kemuraman, kepudaran: di wajahnya, terbayang kesulitan hidup serta ~ masa hadapan anak-anak itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hening | 1. tidak keruh (bkn air dsb); jernih; bening: Air yg ~ itu mengalir dr bukit. 2. sunyi senyap; sepi; lengang: Suasana pd malam itu begitu ~ dan sungguh tenteram. mengheningkan 1. menjadikan hening (tidak keruh); menjernihkan: ~ minyak yg kotor. 2. menjadikan sunyi sepi; menyenyapkan: Dia segera ~ keadaan yg riuh-rendah itu. ~ cipta berdiam diri utk berfikir dll; bertafakur. keheningan 1. keadaan hening; kejernihan. 2. keadaan lengang atau sepi; kelengangan; kesepian. | Kamus Pelajar |
jernih | 1. boleh dilihat menerusinya (bkn air atau kaca), hening, bening, tidak keruh (bkn air): air yg ~; 2. manis dan berseri (bkn air muka), tidak muram: muka yg ~; 3. bersih drpd sebarang amalan salah, keburukan, niat jahat, dll; 4. tidak huru-hara (bkn sesuatu keadaan), aman: suasana politik yg ~; menjernihkan 1. menjadikan (menyebabkan dll) jernih, mengheningkan, membeningkan: ~ air yg keruh; 2. menjadikan jernih (air muka): berita gembira itu ~ air mukanya; 3. menjadikan jernih (tidak huru-hara): ~ fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan jadi tenang (tidak tegang dsb); kejernihan 1. perihal jernih, keheningan, kebeningan: ~ air sungai itu memberi satu rasa ketenangan pd jiwanya; 2. perihal jernih (air muka); 3. perihal jernih (hati dsb), kesucian, keikhlasan, kejujuran: ~ fikiran dan kedamaian hati; 4. perihal jernih (keadaan, suasana): orang itu mengancam ~ suasana rumah tangganya; penjernihan proses (tindakan dsb) menjernihkan: budaya warisan kita memerlukan ~ utk mengikis saki-baki tahyul dan khurafat; sistem ~ air asas diperkenalkan menggunakan tiga penakung yg diisi besi, pasir dan arang utk membuang bahan arsenik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
getah I | 1. cairan pekat yg keluar dr bermacammacam pokok: ~ jelutung; ~ rambung; 2. = susu ~ = ~ susu cairan yg keluar dr pokok para (atau pokok getah) terutamanya apabila ditoreh kulitnya; 3. bahan kenyal atau memberi yg dibuat drpd susu getah dll; ~ pemadam = ~ penggosok; kasut ~; tikar ~; 4. pokok para, Hevea spp.: ladang ~; menanam ~; 5. Id zat cair dr kelenjar tubuh: ~ bening; ~ lambung; ~ asap kepingan getah yg sudah diasap; ~ asli = ~ alam getah yg berasal drpd pokok para; ~ bening Id zat cair drpd darah yg mengandungi zat makanan; ~ buku = ~ sekerap = ~ tanah sisa susu getah yg sudah keras; ~ gebu getah yg berupa span (bunga kerang); ~ kahwin pokok getah yg diperoleh dgn jalan mengahwinkan pokok-pokok getah yg berlainan jenis; ~ keping getah yg berupa kepingan; ~ kerip getah keping yg menggerutu; ~ kilangan getah yg telah diproses di kilang; ~ lambung Id zat cair dlm perut utk pencernaan makanan; ~ serbuk getah yg berupa serbuk; ~ span = ~ busa getah yg dimasukkan gelembung-gelembung udara, biasanya digunakan utk membuat tilam dan kusyen; ~ taban = ~ perca getah drpd pokok dlm famili Sapotaceae, terutama drpd taban merah, Palaquium gutta, dan digunakan utk membuat bahan penebat kabel; ~ tiruan = ~ sintetik getah yg dibuat drpd campuran bahan kimia yg cirinya (spt kekenyalan dll) menyerupai ciri getah asli, dan digunakan utk membuat paip, tayar, dll; ~-~ dibawa ke lalang prb orang yg pandai itu mudah sekali menipu barang siapa yg bergaul dengannnya; ~-~ dibawa ke semak prb perkara yg semakin kusut; ~ meleleh ke pangkal, daun melayang jauh = daun dapat dilayangkan, ~ jatuh ke perdu juga prb anak sendiri lebih dikasihi drpd anak saudara; ~ terbangkit, kuaran tiba prb salah langkah (utk mencari keuntungan); berseleleran bagai ~ di lalang prb percakapan yg tidak berkesudahan dan tidak beraturan; ditakik ~ di daun prb hidup melarat; tak sama ~ daun dgn ~ batang prb kasih kpd anak kandung tidak sama dgn kasih kpd anak saudara; tak sungguh ~ daun, yg sebenarnya ~ batang prb sejahat-jahat saudara kandung, lebih baikjuga drpd kerabat yg lain; bergetah 1. mempunyai (mengandungi) getah: pokok itu ~; 2. lekat, melekat: badannya ~ kerana berpeluh; 3. mencari getah (di hutan); 4. ki menarik dan menggiurkan (bkn bentuk badan wanita), seksi: dia kelihatan berkepit dgn wanita baru yg ~ itu; ~ bibir ki sangat pandai memikat hati (membujuk dll); menggetah 1. mencari getah: kawan-kawannya ~ ke hutan; 2. menangkap (burung dll) dgn getah: ~ punai; 3. menjadi spt getah;~ bawang ki perkataan dll yg menyakitkan hati; niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit prb lain yg dihajati, lain yg diperoleh; tergetah terkena getah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |