tergila-gila | terlalu amat ingin (suka, asyik, cinta, berahi) akan sesuatu: anak-anak muda sekarang banyak yg ~ mahu hidup di bandar; kulihat banyak gadis yg ~ kepadanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercintakan | 1 menaruh cinta atau berahi akan. 2 berasa rindu akan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memberahikan | 1. mencintai dgn amat sangat, berahi akan: laksamana dlm negeri Majapahit diberahikan oleh perempuan; 2. membuat orang berahi (ghairah), mengghairahkan, menggiurkan: Minah pun muda juga dan masih ada daya penarik yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercintakan | 1. menaruh cinta atau berahi akan. 2. berasa rindu akan. | Kamus Pelajar |
bercinta | 1. menaruh perasaan cinta atau berahi akan. 2. menaruh rindu; berasa rindu: Ibu tua itu selalu ~ akan anak tunggalnya yg sedang menuntut di luar negeri. | Kamus Pelajar |
bergila-gila | 1. = gila-gilaan, menggila berkelakuan (berperangai dll) spt orang gila (tidak menggunakan fikiran, mengikut perasaan sahaja); 2. = tergila-gila terlalu amat ingin (suka, asyik, cinta, berahi) akan sesuatu: anak-anak muda sekarang banyak yg ~ mahu hidup di bandar; kulihat banyak gadis yg ~ kepadanya; 3. = menggila semakin sangat, menjadi-jadi, berlebih-lebihan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asyik | 1. menaruh berahi atau perasaan cinta yg amat sangat (terhadap seseorang), berahi (akan), cinta (akan): raja itu sedang ~ kpd tuan puteri; 2. sedang sibuk, leka (dgn sesuatu), khayal (melakukan sesuatu): kalau dah ~ ber-bual lupa akan makan; ~ maksyuk a) berkasih-kasihan; b) orang yg sedang berkasih-kasihan, sepasang kekasih; c) Tuhan dan hamba-Nya; 3. Ar orang yg menetapkan renungan dan pandangan rohaniah pd Allah SWT kerana didorong oleh cinta dan kasih kepada-Nya; asyik-asyik balik-balik, sering kali: ~ perkara itu juga yg dibangkitkannya; mengasyikkan 1. menimbulkan berahi (pd seseorang), menimbulkan perasaan cinta (pd): Rohani dgn baju yg pendek dan jarang, begitu ~ kekasihnya; 2. membuat atau menyebabkan asyik (leka dsb), melekakan, mengkhayalkan: kisah itu cukup ~; buku cerita yg ~ pembaca; keasyikan kelekaan (sewaktu sedang melakukan sesuatu): mereka memerhatikan ~ gadis itu memetik bunga di taman; keasyik-asyikan sangat asyik (berahi, leka, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berahi | 1. kasih (cinta) yg amat sangat: makin lama ia memandang gadis itu makin bertambah ~nya; 2. rasa suka akan seseorang (dgn bernafsu), ghairah: drpd matanya, jelas kelihatan perasaan ~nya terhadap wanita itu; 3. sangat suka: ~ berceloteh dan berleter; ~ mendengar bunyi-bunyian; memberahikan 1. mencintai dgn amat sangat, berahi akan: laksamana dlm negeri Majapahit diberahikan oleh perempuan; 2. membuat orang berahi (ghairah), mengghairahkan, menggiurkan: Minah pun muda juga dan masih ada daya penarik yg ~;keberahian perihal berahi, keghairahan;pemberahi orang yg mudah berahi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cinta | 1. (perasaan atau berperasaan) sangat sayang kpd negara, ibu bapa dll: ~nya kpd ibunya sungguh luhur. Kerana sangat ~ kpd negaranya, beliau sanggup berkorban nyawa utk mempertahankannya. 2. (perasaan atau berperasaan) sangat berahi, asyik-asyik, kasih dsb; sangat tertarik (kpd laki-laki atau perempuan): ~nya yg tidak berbalas terhadap gadis itu menjadikannya hampir tidak siuman. Si isteri yg setia itu sangat ~ kpd suaminya. 3. perasaan sangat ingin dan berharap-harap akan sesuatu: Sungguh besar ~nya hendak pulang ke kampung halamannya sesudah lama di perantauan. ~ monyet cinta kasih yg keanak-anakan. ~ sebelah cinta yg tidak berbalas. bercinta 1. menaruh perasaan cinta atau berahi akan. 2. menaruh rindu; berasa rindu: Ibu tua itu selalu ~ akan anak tunggalnya yg sedang menuntut di luar negeri. bercintakan 1. menaruh cinta atau berahi akan. 2. berasa rindu akan. bercinta-cintaan 1. saling menaruh perasaan cinta (antara pasangan lelaki dgn perempuan); saling mengasihi; berkasih-kasihan. 2. bercengkerama; bercumbu-cumbuan. mencintai menaruh kasih sayang pd; mengasihi: Dia sangat ~ isterinya. percintaan 1. hal berkasih-kasihan atau bercinta-cintaan (antara laki-laki dgn perempuan). 2. perasaan sedih (susah dsb); rindu dendam; gundah gulana. pencinta orang yg sangat suka (akan); penggemar:~ seni. | Kamus Pelajar |
rindu I | 1. ingin benar akan sesuatu atau berjumpa dgn seseorang: ia selalu ~ akan pakaian yg indah-indah; terlalu sangat ~ baginda akan anakanda baginda; ~ akan kampung halaman; 2. = ~ berahi = ~ dendam = ~ rawan perasaan sangat cinta atau berahi pd seseorang: sayang sekali ~ dendam itu telah menyeksa hatinya; melepaskan ~ mencurahkan perasaan cinta kasih; menanggung ~ menaruh cinta kasih; merindu 1. menjadi rindu, menanggung rindu: spt orang ~ sahaja lagaknya; 2. bernyanyi-nyanyi kerana rindu, bersenandung kerana rindu; merindui mempunyai keinginan yg sangat kuat utk bertemu dgn seseorang atau mendapatkan sesuatu dsb, yg sentiasa berada dlm ingatan, kenangan dsb: orang tua itu ~ anak cucunya; saat itu aku begitu ~ belaian manja ibu dan kemesraan adik-adikku yg tidak akan kutemui lagi di dunia ini; yg pastinya, mereka tetap ~ masakan ibu dan berbuka puasa bersama keluarga; rindu-merindui saling berasa rindu: tentunya mereka ~ ketika berjauhan; merindukan 1. membangkitkan rasa rindu, mendatangkan rindu, menjadikan rindu: nyanyian yg merawankan dan ~ hati; 2. menaruh rindu akan: spt pungguk ~ bulan; rinduan 1. sesuatu yg dirindukan; 2. orang yg dirindukan, kekasih: gadis tunggal ~nya dirampas orang; kerinduan perihal rindu (rasa rindu, keinginan dan harapan akan berjumpa, dll): ~ tidak akan ada lagi apabila mata bertentangan; perindu orang yg menanggung rindu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |