beraja | 1 menjadi raja; berlaku sbg raja: Dia ~ di mata, bersultan di hati. 2 mempunyai raja: Adat negeri itu tiada ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beraja-raja | sl bercampur (bergaul) dgn raja, hidup bersama-sama raja (tahu adat-istiadat di dlm istana): baiklah anakku, supaya engkau tahu ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beraja kpd | mengabdikan (menghambakan) diri kpd; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beraja | 1. berlaku sbg raja, menjadi raja; ~ di mata, bersultan di hati = ~ di hati, bersultan di mata prb mengikut nafsu masing-masing; 2. ada rajanya, mempunyai raja: adat negeri itu tiada ~, Batin sahaja penghulunya; baiklah raja ini kita rajakan di sini kerana kita pun tiada ~; ~ kpd mengabdikan (menghambakan) diri kpd; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beraja | Jk bintang beralih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beraja | 1 menjadi raja; berlaku sbg raja: Dia ~ di mata bersultan di hati. 2 mempunyai raja: Adat negeri itu tiada ~. | Kamus Pelajar |
menteri | 1 ahli pemerintahan yg tertinggi; ahli kabinet: ~ Besar ketua kerajaan sesebuah negeri yg beraja di Malaysia; Ketua ~ ketua kerajaan sesebuah negeri yg tidak beraja di Malaysia; Perdana ~ ketua jemaah menteri; ketua kabinet. 2 nama buah catur yg paling berkuasa. kementerian 1 urusan atau jabatan yg dipegang oleh menteri: ~ Kesihatan. 2 pejabat menteri. 3 jawatan menteri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menteri | 1. ahli politik drpd parti pemerintah yg mengetuai sesuatu jabatan kerajaan, ahli kabinet; M~ Besar ketua kerajaan bagi sesebuah negeri yg beraja di Malaysia; Ketua M~ ketua kerajaan bagi sesebuah negeri yg tidak beraja di Malaysia; Perdana M~ ketua jemaah menteri, ketua kabinet; 2. sl pegawai tinggi (spt penasihat raja dll): maka ialah raja yg mula-mula memperbuat bendahara yg memerintah segala ~ yg di bawah takhta kerajaannya; 3. = mantri Id pangkat atau jawatan tertentu; ~ cacar tukang cungkil; ~ ukur juruukur; 4. nama buah catur (yg besar nilainya); ~ dalam negeri menteri yg mengurus hal-hal dlm negeri; ~ luar negeri menteri yg mengurus perhubungan dgn negeri-negeri asing; ~ muda timbalan menteri; ~ negara Id menteri yg tidak memegang kementerian tetapi diberi tugas yg penting; kementerian 1. jabatan kerajaan yg diketuai oleh menteri: K~ Pendidikan; 2. bangunan bagi jabatan kerajaan, pejabat menteri; 3. jawatan menteri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersutan di mata, beraja di hati | membuat sekehendak hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersutan | ; ~ di mata, beraja di hati membuat sekehendak hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |