berajar | menerima atau mendapat ajar: tidak ~ tidak mendapat ajar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berajar | (telah) diajar (dididik) dgn budi bahasa (cara-cara kesopanan dsb), berpendidikan, beradat: budak-budak itu tidak ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berajar | menerima atau mendapat ajar: tidak ~ tidak mendapat ajar. | Kamus Pelajar |
ajar | petunjuk yg diberikan kpd orang supaya diketahui atau diturut: kepalang ~; tunjuk ~. berajar menerima atau mendapat ajar: tidak ~ tidak mendapat ajar. belajar 1 berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan, kepandaian dsb; menuntut ilmu: Sewaktu ~ di London dahulu, ia bekerja di B.B.C. secara sambilan. 2 berlatih supaya pandai atau mahir: ~ berenang; ~ mengaji. mengajar 1 memberi pengetahuan kpd seseorang: Ketika ayahnya pergi kerja, ibunyalah yg ~ dia menulis dan membaca. 2 memberikan nasihat; mendidik: Ibu bapa perlu ~ anak-anak mereka supaya berkelakuan baik. mengajarkan memberikan sesuatu sbg pengetahuan kpd seseorang: Guru perlu ~ bahasa yg baik kpd murid. mempelajari belajar dgn mendalam; menyelidik: Ia sedang ~ ilmu kimia. ajaran 1 pengetahuan (ilmu dll) yg diajarkan: ~ Karl Marx bertentangan dgn ~ agama Islam. 2 hasil drpd mengajar: ~ guru tidak dilupakannya. pelajaran segala sesuatu yg dipelajari atau yg diajarkan: Di samping berjaya dlm lapangan sukan, Ali maju dlm ~nya juga. berpelajaran mempunyai pelajaran: Anaknya ~ tinggi. pembelajaran perihal atau proses belajar: sistem ~ yg berasaskan komputer. pengajaran 1 segala yg berkaitan dgn mengajar atau mengajarkan (spt caranya, sistemnya): ~ sains dan hisab sekarang ini berlainan drpd sebelum perang dahulu. 2 sesuatu yg dpt dijadikan pedoman; peringatan: Peristiwa itu menjadi ~ kpd kita supaya lebih berhati-hati apabila hendak berunding dgn mereka. pemelajaran perihal atau proses mempelajari: ~ bahasa Inggeris diberi perhatian yg serius. pelajar orang yg belajar; penuntut; murid: Para ~ dikehendaki mematuhi peraturan sekolah. terpelajar telah mendapat pelajaran: Sekarang ini, banyak terdapat orang yg ~ tetapi tidak beradab. pengajar orang yg mengajar (spt guru, pensyarah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ajar | petunjuk yg diberikan kpd orang supaya diketahui atau diturut: kepalang ~; tunjuk ~. berajar menerima atau mendapat ajar: tidak ~ tidak mendapat ajar. belajar 1. berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan, kepandaian dsb; menuntut ilmu: Sewaktu ~ di London dahulu, ia bekerja di B.B.C. secara sambilan. 2. berlatih supaya pandai atau mahir: ~ berenang; ~ mengaji. mengajar 1. memberi pelajaran kpd seseorang: Ketika ayahnya pergi kerja, ibunyalah yg ~ dia menulis dan membaca. 2. memberikan nasihat; mendidik: Ibu bapa perlu ~ anak-anak mereka supaya berkelakuan baik. mengajarkan memberikan sesuatu sbg pelajaran kpd seseorang: Guru perlu ~ bahasa yg baik kpd murid. mempelajari belajar dgn mendalam; menyelidik: Ia sedang ~ ilmu kimia. ajaran 1. pengetahuan (ilmu dll) yg diajarkan: ~ Karl Marx bertentangan dgn ~ agama Islam. 2. hasil drpd mengajar: ~ gurunya tidak dilupakannya. pelajaran segala sesuatu yg dipelajari atau yg diajarkan: Di samping berjaya dlm lapangan sukan, Ali maju dlm ~nya juga. berpelajaran mempunyai pelajaran: Anaknya ~ tinggi. pengajaran 1. segala yg berkaitan dgn mengajar atau mengajarkan (spt caranya, sistemnya dll): ~ sains dan hisab sekarang ini berlainan drpd sebelum perang dahulu. 2. sesuatu yg dpt dijadikan pedoman; peringatan: Peristiwa itu menjadi ~ kpd kita supaya lebih berhati-hati apabila hendak berunding dgn mereka. pelajar orang yg belajar; penuntut; murid: Para ~ dikehendaki mematuhi peraturan sekolah. terpelajar telah mendapat pelajaran: Sekarang ini, banyak terdapat orang yg ~ tetapi tidak beradab. pengajar orang yg mengajar (spt guru, pensyarah dll). | Kamus Pelajar |
ajar | ; tunjuk ~ petunjuk supaya diketahui (diikut dll) sbg bimbingan atau panduan utk melakukan sesuatu: itulah hasil drpd tunjuk ~ cikgu dahulu; berajar (telah) diajar (dididik) dgn budi bahasa (cara-cara kesopanan dsb), berpendidikan, beradat: budak-budak itu tidak ~; belajar berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dll), menuntut ilmu pengetahuan dll, menjalani latihan, dsb: ~ bahasa Inggeris; ~ cara-cara berniaga; ~ bertukang; mengajar 1. menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dsb) kpd orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk kpd: ~ orang menggunakan senjata; 2. membaiki kelakuan dgn memberi nasihat dsb, mendidik: ia ~ anaknya supaya jangan nakal; 3. membuat seseorang melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan pengalaman dsb yg telah diperolehnya: musim kemarau ini akan ~ kita supaya tidak menggunakan air dgn membazir; kesulitan hidup ~ orang lebih berusaha; 4. memarahi (memukul seseorang) supaya jera (tidak melakukan lagi sesuatu); itik diajar berenang = tak usahlah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai prb mengajar orang yg lebih banyak pengalaman; mengajari mengajar seseorang (sesuatu ilmu pengetahuan, kemahiran, dsb), melatih (seseorang): anak-anak yg masih kecil janganlah diajari bersolek; guru yg ~ murid-murid darjah 5 ilmu alam dan sejarah; mengajarkan mengajar sesuatu (kpd seseorang dll), memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran, dsb): siapa ~ hitungan yg sesulit ini; ia ~ cara-cara mengendalikan mesin tersebut kpd pekerja-pekerja baru; guru yg ~ sesuatu mata pelajaran; ajaran 1. segala sesuatu yg diajarkan, nasihat, petunjuk: mempercayai keramat adalah bertentangan dgn ~ agama; tidak melupakan ~ guru; ~ sesat ajaran yg terpesong drpd akidah atau syariat agama Islam; 2. teori, mazhab: ~ Darwin; ~ Imam Shafie; 3. hukuman (pukulan dll) utk menjerakan: sudah beberapa kali ia diberi ~ oleh pemuda-pemuda sekampungnya; pengajaran 1. perihal mengajar, segala sesuatu yg berkaitan dgn mengajar (spt cara atau sistem mengajar, aspek yg dipentingkan, dll): ~ bahasa Malaysia di sekolah-sekolah masih menghadapi beberapa kesulitan; 2. segala sesuatu (cara, perbuatan, dll) yg diajarkan, ajaran: diperbuatlah oleh gergasi kedua seperti ~ Pak Pandir; 3. peringatan, pedoman: pengalaman ini akan menjadi ~ bagi saya; supaya mereka dapat mengambil ~ drpd tanda-tanda kebesaran-Nya; pelajaran 1. segala sesuatu yg dipelajari atau diajarkan, ilmu pengetahuan (yg diperoleh): mereka diseru supaya menggunakan ~ yg ada pd mereka utk faedah masyarakat; 2. proses (usaha, kegiatan) belajar atau mencari ilmu pengetahuan, pengajian, penuntutan (ilmu pengetahuan): beberapa orang pelajar dr sekolah tersebut akan melanjutkan ~ mereka di luar negeri; 3. yg berkaitan dgn pengajaran ilmu pengetahuan: masalah ~;~ dewasa pelajaran bagi orang dewasa (yg tidak bersekolah sebelumnya); ~ percuma pelajaran yg tidak dikenakan bayaran (kpd pelajar); ~ sekular pelajaran yg berkaitan dgn ilmu pengetahuan keduniaan (tidak berkaitan erat dgn bidang keagamaan atau kerohanian), pendidikan duniawi: perkembangan sistem ~ sekular menyebabkan berlakunya proses sosialisasi; berpelajaran mempunyai pelajaran, berpendidikan: ceramah itu bukanlah bagi orang ~ sahaja, tetapi terbuka juga kpd para peminat; pembelajaran proses (kegiatan) belajar; pengajar 1. ajaran: tidak mendapat petunjuk dan ~; 2. orang yg mengajar (spt guru, pensyarah, dsb): pd masa ini, sangat kekurangan tenaga ~; pelajar orang yg belajar (spt murid sekolah, penuntut di maktab, dsb), orang yg mengaji (menyelidiki ilmu): ~ sekolah menengah; ~ universiti; mempelajari belajar utk mengetahui sesuatu dgn mendalam: kami telah ~ cara-cara pemberitaan akhbar itu; ~ ilmu sains; terpelajar telah mendapat pelajaran, berpelajaran (tinggi), berpendidikan (tinggi); kaum (golongan) ~ orang cerdik pandai; pemelajaran proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg menghadiri sekolah aliran Inggeris. | Kamus Dewan Edisi Keempat |