Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.kam] | براقم

Definisi : dirakamkan: muzik yg sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berakam


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berakamdirakamkan: muzik yg sudah ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
tekat berakamsujian dgn benang emas (perak), bersongket;Kamus Dewan Edisi Keempat
tekatsujian, sulaman; ~ berakam sujian dgn benang emas (perak), bersongket: ~ berawan sujian yg merupakan gambar awan; ~ bersuji sulaman dgn benang sutera; ~-bertekat sujian dgn menampal kain dll yg lain; ~ timbul sujian yg bergambar timbul; bertekat dihiasi dgn tekat, bersuji, bersulam: kain sarung ~ emas; bertekatkan bersuji dgn, bersulam dgn; menekat membuat tekat, menyuji, menyu­lam: anakanda telah pandai ~ menyulam ber­bagai-bagai rupa cara-cara baru belaka; tekat-menekat ilmu yg berkaitan dgn kerja menekat: Hajah Habibah bercadang mem­buka kelas ~ sbg langkah permulaan men­didik generasi muda; tekatan hasil menekat, yg ditekat: bunga-bunga ~ ini bermutu tinggi.Kamus Dewan Edisi Keempat
rakam1. hasil mengecap (bunga-bunga pd kain, huruf atau tanda yg dicetak, dll); 2. garis-garis berwarna pd kain tenun, suji atau sulam yg berwarna lain; 3. alur bunyi atau suara pd piring hitam atau pd pita (perakam pita); berakam dirakamkan: muzik yg sudah ~; merakam 1. mengecap, mencetak, men­corak­kan (kain dll); 2. memberi garis-garis dgn warna lain (tenunan), menekat (dgn benang emas atau berwarna), menyuji, me­nyulam; 3. mengekalkan suara (bunyi, lagu, dll) pd piring hitam atau pita: jarum itu pun ber­getar menurut bentuk alur-alur yg ada di piring itu dan getaran semendal itu mengeluarkan bunyi yg dirakam; ~ rompak merakam secara haram (tanpa membayar apa-apa kpd yg berhak); 4. Mn melekap, menempel, melekat (baju pd tubuh dll); merakamkan 1. mengecapkan, mencetak­kan, menerakan, mencorakkan (kain dll); 2. menekatkan, menyulamkan, menyujikan; 3. mengambil bunyi (suara, nyanyian, dll) utk dicapkan (diterakan) pd piring hitam (pita rakam dll): ~ cerita-cerita pelipur lara; 4. me-lekatkan (menyematkan) dlm hati, me­nyim­pan dlm hati; 5. melakukan dgn men­catatkan dll supaya (sesuatu itu) tersimpan utk ke-gunaan (rujukan dsb) pd suatu waktu kemudian kelak: sesiapa sahaja dapat ~ perkara-perkara yg berlaku dlm parlimen; novel ~ kehidupan masyarakat secara keseluruhan-nya; terakam 1. tercap, tercatat, tersurat (dlm perlembagaan, perjanjian, dll): hak-hak istimewa yg sudah ~ dlm perlembagaan; 2. tersirat dlm hati, terlekat dlm hati: kenangan-kenangan yg sedih itu sudah ~ dlm hatinya; 3. tercatat dan tersimpan (utk kegunaan, rujukan, dsb pd waktu kemudian); rakaman sesuatu yg dirakamkan (cetakan, stensilan, sulaman, dll); perakaman proses merakamkan sesuatu, perekodan: ~ data; perakam sesuatu yg merakamkan, alat mera­kam: akhbar dan majalah ialah media utama serta ~ penting peristiwa-peristiwa yg berlaku di negara kita; ~ pita alat merakam yg meng­gunakan pita.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas