bertanah | 1. memiliki tanah, ada tanahnya: cara Melayu ~ ialah selagi petani-petani itu menunaikan syarat-syarat yg dikenakan kepadanya, ia tidak boleh diusir dr tanah itu; 2. dipenuhi tanah, diselaputi tanah: dia tidur dgn baju dan seluar yg ~; 3. ark berurat berakar, berakar berumbi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berakar | 1. mempunyai akar, (sudah) tumbuh akarnya: benih itu sudah ~; 2. = berurat ~ = ~ umbi telah mendalam benar, sudah berpegang teguh-teguh, sukar hilang (luput): pendapat yg demikian sudah ~ dlm dirinya; 3. = berurat ~ sudah beranak cucu (menetap dll): ia sudah ~ di Singapura; 4. = ~ umbi bertapak atau berasas kpd (sesuatu) dan seterusnya menjadi kukuh dan berkembang: teori beliau mengatakan bahawa sastera Melayu adalah ~ pd tradisi peribumi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berurat | 1. mempunyai urat; 2. mempunyai akar, berakar: ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak ~; ~ berakar a) sudah mendalam benar (perasaan dll); b) sudah lama (di sesuatu tempat dll); berhati baja, ~ kawat prb orang yg tabah serta keras hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urat berakar | a) sudah mendalam benar (perasaan dll); b) sudah lama (di sesuatu tempat dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencangkuk | menjadikan dahan berakar dgn membalutnya dgn sabut berisi tanah, mengetut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahan mengakar | benda tempat tumbuhan dapat berakar | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumbuh-tumbuhan | segala yg hidup dan berbatang (berakar, berdahan, berdaun, dll), pokok: paku-pakis mempunyai beberapa sifat yg sama dgn tumbuh-tumbuhan berbunga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menginstitusikan | menjadikan (sbg suatu) institusi, menjadikan sesuatu berakar umbi atau kukuh dlm masyarakat dll: berpunca drpd keadaan inilah timbul satu perbezaan jelas antara lelaki dan wanita, lalu diinstitusikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumbuh-tumbuhan | segala yg hidup dan berbatang (berakar, berdahan, berdaun dsb); pokok: ~ dan binatang memerlukan makanan dan air. | Kamus Pelajar |
tumbuh-tumbuhan | 2 = segala yg hidup dan berbatang (berakar, berdahan, berdaun dsb); pokok: ~ dan binatang memerlukan makanan dan air. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |