beralat | mengadakan upacara adat (perkahwinan, perjamuan, dll), mengadakan jamuan (utk), berjamu: ia hendak ~ mengahwinkan anaknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alat II | Mn jamuan, perjamuan; acang-acang ~ orang yg mengatur jamuan; beralat mengadakan upacara adat (perkahwinan, perjamuan, dll), mengadakan jamuan (utk), berjamu: ia hendak ~ mengahwinkan anaknya; memperalatkan mengadakan perjamuan adat, mengahwinkan: tidak sedikit dikeluarkan wang utk ~ anaknya; peralatan perjamuan, upacara adat: ~ kahwin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lengkap | 1 cukup serba-serbi; tidak ada yg kurang: Kamus yg diterbitkan oleh mereka itu tidak ~. 2 beralat senjata dgn sempurna; segala-galanya telah sedia: Pasukan tentera itu bersenjata ~. berlengkap bersiap sedia dgn barang-barang yg perlu digunakan: Sebuah kapal disuruh ~ utk belayar. melengkapi menjadikan lengkap (oleh sesuatu): Buku ini diterbitkan utk ~ buku teks di sekolah. melengkapkan menyebabkan jadi lengkap; membuat jadi lengkap; mencukupkan: Dia mengulang kaji pelajaran utk ~ dirinya menghadapi peperiksaan. memperlengkap menjadikan lebih lengkap. kelengkapan 1 keadaan atau hal lengkap. 2 sesuatu yg sudah dilengkapkan atau yg sudah disediakan (utk angkatan tentera dll). perlengkapan 1 hal berlengkap. 2 segala alat atau perkakas (spt senjata dsb) utk berlengkap. pelengkapan perbuatan (hal dsb) melengkapi atau melengkapkan. pelengkap 1 apa-apa yg ditambahkan utk melengkapkan sesuatu. 2 kata nama, kata sifat atau frasa sendi nama yg letaknya sesudah kata kerja intransitif, misalnya kata kebaya dlm frasa berbaju kebaya, kata genting dlm frasa menjadi genting dan di bandar dlm frasa tinggal di bandar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |