Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ramai (adjektif)
1. Bersinonim dengan bising: riuh, hiruk, hingar, riuh-rendah, hiruk-pikuk, gegak-gempita, hingar-bingar, laguh-lagah, becang-becok,
Berantonim dengan sunyi

2. Bersinonim dengan meriah: ceria, gembira, riang gembira,
Berantonim dengan sugul

3. Bersinonim dengan giat: aktif, cergas, sibuk, racau,
Berantonim dengan lembap

4. Bersinonim dengan hebat: dahsyat, luar biasa,

5. Bersinonim dengan banyak: sejumlah besar, berbondong-bondong, berpusu-pusu, bersesak-sesak, berduyun-duyun, berasak-asak, berhimpit-himpit,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : seramai, beramai-ramai, meramaikan, keramaian,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ramai1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasar­an getah ~ kembali; Singapura ialah bandar per­niagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (pen­duduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga jangan­­lah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); kemahuan ~ kemahuan umum; khalayak ~ orang banyak, umum; ke­gemaran ~ kesukaan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum; ~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama; seramai 1. sama banyak (dgn); 2. sebanyak, sejumlah: penduduk-penduduk yg ~ sejuta orang itu; beramai-ramai 1. berbuat sesuatu dgn riuh-rendah (hiruk-pikuk): mereka ketawa ~; undang-undang tidak dapat digubal dgn ber­tengkar ~; 2. bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak (tidak berseorang): se­lepas tembakan itu kami keluar ~ melihat api; mari kita kerjakan ~; meramai-ramai ark beramai-ramai: anak buah Bendahara pun pergilah mengambil peti itu, diramai-ramai­nya dibawanya ke hadapan Benda­hara; beramai-ramaian sl 1. dgn ramainya, dgn banyaknya: sekali persetua ayah hamba raja Tanjung Pura pergi ~ ke pulau; 2. dgn riuh-rendahnya (hiruk-pikuknya): terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung ~ itu; meramaikan 1. menjadikan ramai, menye­bab­­kan ramai (riuh-rendah, hiruk-pikuk): kereta ini diramaikan dgn bual penumpang-penumpangnya; 2. menjadikan banyak, mem­­­banyakkan: ~ kaum keluarga; 3. men­jadikan gembira, memeriahkan: ia meng­ucapkan terima kasih kpd kawan-kawannya yg datang ~ majlis hari jadinya; memperamai, memperamaikan menye­rang beramai-ramai, membanyaki: malang­nya tok guru diperamaikan dan mati di­tikam; ia menetak dan menikam Peringgi tetapi apakan daya ia diperamai oleh Peringgi; keramaian 1. perihal ramai (riuh-rendah dll): melalui jendela aku lihat ~ lalu lintas; ia suka berkunjung ke negara-negara asing, melihat ~ kota dan pemandangan di per­desaan; 2. perayaan, pesta: ~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar; satu ~ telah diadakan bagi menyam­but hari kemerdekaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
dikir1. ucapan (doa) utk memuji-muji Rasul, biasanya dgn berlagu (lazimnya diadakan ketika Maulud Nabi); 2. lagu atau nyanyian dgn berpantun yg dilakukan beramai-ramai; ~ barat Kl lagu (nyanyian) beramai-ramai sambil berbalas-balas pantun; ~ jelotah sj tarian berserta dgn dikir beramai-ramai dlm upacara mengirik padi selepas menuai; berdikir mengucapkan puji-pujian kpd Rasul (dgn berlagu): datang seorang lagi mem­per­silakan Pak Lebai ke terataknya kerana hendak ~ maulud; ~ barat Kl bernyanyi (berlagu) dgn berpantun beramai-ramai; pendikir orang yg melagukan dikir; ® zikir.Kamus Dewan Edisi Keempat
berjemaah1 beramai-ramai; bersama-sama. 2 bersama-sama mengikut imam (bkn sembahyang): sembahyang ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengiringi1 berjalan dsb beramai-ramai bersama seseorang utk mengawal dll; menyertai beramai-ramai utk menghormati: Beribu-ribu orang ~ jenazah beliau ke tanah perkuburan. 2 memainkan lagu dgn alat bunyi-bunyian ketika orang bernyanyi dll: Orkestra RTM telah ~ penyanyi itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengarak1. mengiringi seseorang atau sesuatu beramai-ramai, menghantar (mengu­sung) beramai-ramai: esoknya disediakan perarakan utk ~ jenazah Raden Menteri ke istana; ~ pengantin; 2. sl bergerak terdahulu (dlm iringan), mendahului: bintang Timur ~ siang;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengiringi1. berjalan dsb beramai-ramai bersama seseorang utk mengawal dll; menyertai beramai-ramai utk menghormati:Beribu-ribu orang ~ jenazah beliau ke tanah perkuburan. 2. memainkan lagu dgn alat bunyi-bunyian ketika orang bernyanyi dll: Orkestra RTM telah ~ penyanyi itu.Kamus Pelajar
jemaah1 kumpulan orang beribadat: ~ haji rombongan orang naik haji. 2 orang ramai; perjumpaan ramai. ~ menteri kumpulan menteri yg dilantik utk mengendalikan kementerian masing-masing. berjemaah 1 beramai-ramai; bersama-sama. 2 bersama-sama mengikut imam (bkn sembahyang): sembahyang ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
arak II; berarak 1 berjalan beramai-ramai dan beriring-iringan: Selepas mendengar ucapan drpd beberapa orang pensyarah, mereka ~ ke Masjid Negara. 2 bergerak beriring-iringan: Awan ~ ke arah utara. mengarak beramai-ramai mengiringi (membawa berjalan dsb): Lebih kurang pukul lapan malam, kami turut ~ pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. perarakan perbuatan atau hal berarak: ~ Maulud Nabi telah disertai oleh beribu-ribu orang umat Islam. pengarak 1 orang atau sesuatu yg mengarak. 2 orang atau sesuatu yg mendahului seseorang atau sesuatu. angin ~ hujan angin yg mendahului hujan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
arak IIberarak 1. berjalan beramai-ramai dan beriring-iringan: Selepas mendengar ucapan drpd beberapa orang pensyarah, mereka ~ ke Masjid Negara. 2. bergerak beriring-iringan: Awan ~ ke arah utara. mengarak beramai-ramai mengiringi (membawa berjalan dsb): Lebih kurang pukul lapan malam, kami turut ~ pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. perarakan perbuatan atau hal berarak: ~ Maulud Nabi telah disertai oleh beribu-ribu orang umat Islam.Kamus Pelajar
Jumaat1 hari yg keenam (dlm seminggu). 2 perhimpunan orang Islam; kumpulan beramai-ramai: sembayang ~ sembahyang berjemaah dua rakaat yg didahului dgn dua khutbah pd hari Jumaat pd waktu zuhur. 3 minggu; pekan; dua ~ dua minggu. berjumaat 1 berhimpun beramai-ramai. 2 bersembahyang Jumaat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas