anjung | bahagian rumah yg ditinggikan (di sisi atau di tengah rumah); ~ peranginan anjung tempat mengambil angin; anjung-anjung, anjungan panggung yg tinggi di buritan perahu; beranjung, berperanjung mempunyai anjung: adalah dilarang membangunkan rumah ~ dan rumah bertiang gantung; menganjung 1. = menganjungkan memegang tinggi-tinggi, meninggikan, mengangkat tinggi-tinggi: ~ layang-layang yg hendak dinaikkan; 2. = menganjung-anjung, menganjung-anjungkan memuji-muji, mengangkat-angkat, menyanjung-nyanjung: ia orang yg suka dianjung; 3. menuju (perahu dll): perahu itu pun ~ ke tengah laut; menganjungkan diri bagai sepasin prb Mn dikatakan kpd orang yg hina tetapi hendak melagakkan diri; tinggi dianjung, besar dilambuk prb Mn kebesaran seseorang itu ialah kerana dimuliakan oleh anak buahnya; anjung-anjungan puji-pujian yg berlebih-lebih: ia tak termakan oleh ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beranjung | , berperanjung mempunyai anjung: adalah dilarang membangunkan rumah ~ dan rumah bertiang gantung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |