teduh | 1. sudah beransur kurang, tidak kencang lagi, reda (angin, ribut, ombak, dll): maka ribut itu pun ~lah; 2. sudah beransur kurang, sudah berhenti, sidang (hujan): teman-temannya sedang berbual-bual sambil menunggu hujan ~; 3. terlindung drpd panas matahari, tidak kena panas matahari, lindap: jika kita berdiri di tempat yg ~ kita tidak dapat melihat matahari dan tidak dapat merasa habanya; 4. tidak hujan (cuaca), muram (matahari), redup, suram: matahari sudah mulai ~; 5. ki aman, tenang; Lautan T~ Lautan Pasifik; lagi ~ lagi berkajang, lagi terang lagi bersuluh prb memilih yg sebaik-baiknya (memilih menantu dll); berteduh 1. berlindung drpd panas matahari (hujan, ribut, dll), bernaung: tatkala itu panas terlalu terik, beliau pergi ~ di bawah sepohon kayu kelat; 2. = berteduhkan (drpd) menjauhkan (drpd), melindungkan (drpd), meme-liharakan (drpd): Surgiwa berteduhkan diri-nya di bawah daun asam itu drpd hujan dan panas; 3. menumpang tinggal, diam, duduk: aku bangga kerana telah memberinya tempat ~ di rumahku; hujan tempat ~, panas tempat berlindung prb orang yg selalu mem-berikan pertolongan kpd orang banyak dlm segala hal; meneduh Jk berteduh; meneduhi melindungi, menaungi: anjung yg terbuka diteduhi oleh bidai putih hijau; meneduhkan 1. meredakan, menghentikan, menenangkan (hujan, ribut, dll); 2. menjadikan terlindung drpd panas matahari: dia ~ basikalnya di bawah pokok yg rendang itu; 3. membawa ke tempat yg teduh;keteduhan 1. perihal teduh, keredaan, ke-tenangan, kelindungan; 2. terlindung drpd hujan atau panas matahari: sudah hampir pukul lima, bangku tempat mereka duduk ~ pula; peneduh sesuatu yg boleh menyebabkan terlindung drpd panas matahari, hujan dsb: sekitar masjid dihiasi dgn pokok ~ dan bunga-bungaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teduh | 1 sudah beransur kurang; reda (bkn hujan, ombak, ribut dsb): Mereka pun berbual-bual sambil menanti hujan ~. 2 terlindung drpd panas matahari; tidak kena panas matahari: Mereka berdiri di tempat ~ di bawah pokok yg rendang. 3 ki aman; tenang. berteduh 1 berlindung drpd panas matahari, hujan dsb; bernaung: Oleh sebab panas terlalu terik, dia pun ~ di bawah pohon beringin. 2 ki menumpang tinggal di rumah kawan dsb. meneduhkan 1 menjadikan teduh; menghentikan atau meredakan hujan, ribut dsb. 2 memberikan perlindungan drpd matahari, hujan dsb; membawa ke tempat teduh. keteduhan 1 keadaan teduh; keredaan; ketenangan. 2 tidak kena hujan, panas dsb; di tempat teduh. perteduhan tempat berteduh; (tempat) perlindungan. peneduhan perbuatan atau perihal meneduhkan. peneduh alat atau sesuatu yg meneduhkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teduh | 1 sudah beransur kurang; reda (bkn hujan, ombak, ribut dsb): Mereka pun berbual-bual sambil menanti hujan ~. | Kamus Pelajar |
berkurang | menjadi kurang; beransur sembuh (bkn penyakit dll): Bilangan calon yg mengambil peperiksaan itu ~. Demamnya ~ setelah ia makan ubat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menurun | 3 beransur-ansur turun; menjadi kurang drpd biasa; menjadi reda (ttg kemarahan dll). | Kamus Pelajar |
eksport | (éksport) 1. penghantaran barangbarang atau perkhidmatan ke luar negeri utk tujuan perdagangan: ekonomi negara ini akan merosot kiranya ~ getah dan bijih timah beransur-ansur kurang; dlm hal ~ kita banyak bergantung pd bahan-bahan mentah; 2. barang-barang | Kamus Dewan Edisi Keempat |
turun I | 3 beransur-ansur turun; menjadi kurang drpd biasa; menjadi reda (ttg kemarahan dll). | Kamus Pelajar |
kurang | 1 tidak cukup atau belum cukup jumlahnya (ukuran, takat dll) yg tertentu: Wangnya ~ utk membeli basikal. 2 lebih rendah jumlahnya apabila dibandingkan dgn yg lain (bkn hasil padi, pendapatan dll): Hasil padi tahun ini ~ drpd tahun sudah. 3 tidak berapa baik (maju, sihat dll): Saya tidak bekerja hari ini kerana badan saya ~ sihat. 4 tidak lengkap atau tidak sempurna; cacat; cela: Apa dipandang kpd saya, rupa tiada bahasa pun ~. ~ adat tidak sopan; biadab. ~ ajar tidak berbudi bahasa; buruk budi pekertinya. ~ akal bodoh; agak gila. ~ hati tidak berminat utk membuat sesuatu. ~ tenaga tidak mempunyai tenaga atau kekuatan yg cukup utk bekerja dll. berkurang menjadi kurang; beransur sembuh (bkn penyakit dll): Bilangan calon yg mengambil peperiksaan itu ~. Demamnya ~ setelah ia makan ubat. mengurangi menjadikan kurang: Sikap berdolak-dalik akan ~ kepercayaan orang ramai terhadapnya. mengurangkan menyebabkan jadi kurang; menyusutkan: Berbagai-bagai langkah telah diambil oleh kerajaan utk ~ kemalangan yg berlaku di jalan raya. memperkurang menjadikan lebih kurang (drpd yg asal). kekurangan 1 keadaan atau hal kurang; keadaan tidak mencukupi: ~ vitamin C dpt menyebabkan penyakit beri-beri. Kerja itu terpaksa ditangguhkan kerana ~ pekerja mahir. 2 sesuatu yg kurang: Walaupun dia kelihatan sempurna, tetapi masih ada ~ pd dirinya. 3 mengalami atau berada dlm keadaan sesuatu tidak mencukupi atau kurang drpd yg diperlukan: Mereka ~ bekalan makanan. pengurangan perbuatan atau hal mengurangkan; penyusutan. sekurang-kurangnya paling kurang; tersedikit; serendah-rendahnya: Tiap-tiap pemohon bagi jawatan tsb hendaklah mempunyai kelulusan ~ Sijil Rendah Pelajaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menurun | 1 landai ke bawah; lw mendaki: Jalan ke sawah itu agak ~. 2 pergi dr atas bukit ke bawah; pergi melalui lereng bukit dsb ke bawah. 3 beransur-ansur turun; menjadi kurang drpd biasa; menjadi reda (ttg kemarahan dll). 4 berpindah drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu dan seterusnya. 5 kemasukan roh halus ke dlm tubuh badan seseorang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menurun | 1. agak miring (tanah, pantai, dll), landai ke bawah: gunung itu ~ dgn curamnya arah ke timur; 2. pergi dr atas ke bawah (bukit dll), pergi melalui lereng bukit dll ke bawah: ia bergegas melangkah ~ bukit yg curam menjunam itu; 3. menjadi kurang drpd biasa, beransur-ansur turun, menjadi reda (kemarahan dll), berkurang, surut, susut: debar darahku ~ dan dadaku terasa lapang; mereka ditangkap kerana dituduh men-jalankan sabotaj yg menyebabkan peng-hasilan kilang itu ~; 4. berpindah kpd (drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu, dll), turun kpd: ia benar-benar ~ kelakuan bapanya; 5. kemasukan roh halus ke dlm tubuh (pawang, bomoh, dll), berada dlm keadaan tidak sedar dan seterusnya dapat menghubungi makhluk-makhluk halus (bkn bomoh, pawang, dll), bersawai: cara mengubat penyakit kadang-kadang dilakukan dgn cara ~; saya dapat menyaksikan bagaimana gayanya orang berpawang dan pawang ~ hantu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |