Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ran.ting] | برنتيڠ

Definisi : ada rantingnya: pokok itu mulai bercabang dan ~; lari ~ lari berangkai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ran.ting] | برنتيڠ

Definisi : ada rantingnya; keluar atau tumbuh rantingnya: Pokok itu mula bercabang dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ranting (kata nama)
1. Dalam konteks perkara
bersinonim dengan kecil, remeh, tidak penting,
(adjektif:)

2. Rujuk cabang

Kata Terbitan : beranting, meranting,

Juga ditemukan dalam:


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berantingada rantingnya; keluar atau tumbuh rantingnya: Pokok itu mula bercabang dan ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berantingada rantingnya: pokok itu mulai bercabang dan ~; lari ~ lari berangkai;Kamus Dewan Edisi Keempat
berantingada rantingnya; keluar atau tumbuh rantingnya: Pokok itu mula bercabang dan ~.Kamus Pelajar
lari berantinglari berangkai;Kamus Dewan Edisi Keempat
destarsetangan kepala, tengkolok, tanjak, kain (ikat) kepala: ~ beranting-anting; ~ berapi-api destar utk penari-penari; ~ bertatah destar yg disematkan perhiasan; ~ hitam berkotak destar utk penghulu adat; ~ pelangi destar yg beraneka warna; ~ tebu setuntung dll; ~ habis, kopiah luluh prb perihal menang­gung kerugian (kesusahan dll) yg besar (berat dll); ~ hancur, kopiah hancur prb perihal perbuatan yg kurang hemat; berdestar memakai destar.Kamus Dewan Edisi Keempat
bulus II1. gondol, tidak berbulu, tidak berdaun (beranting); 2. tidak beranak (mandul); 3. miskin, papa.Kamus Dewan Edisi Keempat
rantingbahagian cabang yg kecil-kecil; cabang yg kecil-kecil di hujung dahan: Dlm musim luruh, daun-daun gugur dr dahan dan ~. beranting ada rantingnya; keluar atau tumbuh rantingnya: Pokok itu mula bercabang dan ~. meranting 1 tinggal ranting; tidak berdaun lagi: Dlm musim kemarau, pohoh-pohon ~. 2 memotong ranting pokok. 3 tegak menganjur spt ranting: Badannya kurus ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rantingbahagian cabang yg kecil-kecil; cabang yg kecil-kecil di hujung dahan: Dlm musim luruh daun-daun gugur dr dahan dan ~. beranting ada rantingnya; keluar atau tumbuh rantingnya: Pokok itu mula bercabang dan ~. meranting 1 tinggal ranting; tidak berdaun lagi:Dlm musim kemarau pohoh-pohon ~. 2 memotong ranting pokok. 3 tegak menganjur spt ranting: Badannya kurus ~.Kamus Pelajar
moyang(ancestor)1. Proses yang melahirkan satu proses dan proses ini pula telah melahirkan satu proses yang lain, dan seterusnya. Oleh itu, proses asal ini dianggap moyang kepada proses yang telah dilahirkan sekurang-kurangnya dua keturunan kemudian. 2. Nod dalam struktur data bentuk pohon yang mempunyai cabang yang beranting.Kamus Komputer
ranting1. bahagian cabang yg kecil-kecil, cabang drpd cabang: dibukanya baju, di­sangkutnya pd ~ kayu mati; 2. cawangan, anak cabang (pertubuhan, perkumpulan, dll); ~ Bank Rakyat cawangan Bank Rakyat; Partai Rakyat R~ Johor Baharu; 3. bukan utama (tidak penting): perkara-perkara ~ dlm agama Islam; di mana ~ dipatahkan, di situ air disauk prb seseorang itu harus menurut adat resam negeri yg didiaminya; ingat ~ yg akan melenting, da­­han yg akan mencucuk, duri yg akan me­ngait prb dlm sebarang pekerjaan hendaklah selalu ingat kalau-kalau ada bahaya atau kesusahan; beranting ada rantingnya: pokok itu mulai bercabang dan ~; lari ~ lari berangkai; meranting 1. spt ranting, tegak menganjur ke atas: kakinya naik ~ ke atas; 2. kering, meranggas (tidak berdaun lagi): pohon-pohon mulai ~; kurus ~ kurus kering; 3. memangkas (menggunting atau memotong hujung) ran­­­ting tanam-tanaman: ~ pokok pagar; 4. men­­jadi cabang yg kecil-kecil: kritikan yg berpusat pd teks ini ~ dan membesar menjadi pohon rimbun strukturalisme.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas