kesal | , = ~ hati berasa tidak senang hati atau berasa kecewa kerana sesuatu perkara atau perbuatan; berasa sebal; berasa kecewa bercampur marah; masyghul: Dia ~ kerana permohonannya utk masuk ke universiti ditolak. mengesali berasa kesal atau berasa kecewa akan: Beliau ~ tindakan pemuda-pemuda liar itu. mengesalkan menimbulkan rasa kesal; menyebalkan: Perbuatan mereka yg tidak sopan itu sangat ~nya. kekesalan perasaan tidak senang hati atau perasaan kecewa; kesebalan: Tindakan guru yg membabi buta itu telah menimbulkan ~ di hati murid-murid. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berasa terkena | a) berasa tertipu; b) berasa tersinggung; c) berasa kecewa, menyesal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
silu | 1 berasa agak malu atau berasa segan-segan: Dgn tidak ~-~ lagi, dia menghampiri gadis itu. 2 berasa sedih hati atau berasa pilu. menyilukan menyebabkan berasa silu atau sedih. ~ diri berperangai sopan sekali; berlaku sopan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
waswas | 1 (berasa) ragu-ragu; (berasa) bimbang: Saya ~ melepaskannya ke pekan. 2 (berasa) curiga. 3 (berasa) khuatir: Janganlah awak ~ terhadap janji saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesal hati | berasa tidak senang hati atau berasa kecewa kerana sesuatu perkara atau perbuatan; berasa sebal; berasa kecewa bercampur marah; masyghul: Dia ~ kerana permohonannya utk masuk ke universiti ditolak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berasa berat | berasa tidak sanggup, berasa di luar kekuasaan (kesanggupan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gamang | 1 berasa tidak tetap hati, berasa bimbang atau ragu-ragu; berasa kekok: Ia ~ ketika bertikam-tikaman itu. 2 berasa takut atau ngeri kerana melihat ke bawah dr tempat yg tinggi; gayat: Semasa mula-mula saya naik kapal terbang dahulu, ~ juga rasanya, tetapi sekarang biasa saja. 3 berasa sunyi atau lengang: Sejak kematian ibunya, dia pun ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesal | 1. berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel: penduduk-penduduk di situ ~ kerana tidak ada hospital atau klinik di daerah itu; katanya ia tidak ~ tentang apa yg berlaku ke atas dirinya kerana itu adalah suatu takdir; 2. perasaan kecewa (sesal, tidak senang hati), perasaan jengkel: ia mengisahkan dgn ~ tentang perceraiannya dgn isterinya; mereka berbuat sesuatu dgn tidak berfikir, kemudian timbul pula ~; mengesali berasa kesal (tidak senang) akan: menteri itu ~ sikap setengah-setengah parti pembangkang dlm hal ini; beliau ~ pergaulan bebas pemuda-pemudi; mengesalkan menyebabkan berasa kesal (kecewa, tidak senang hati), menimbulkan (membangkitkan) kesal: hal itu sangat ~ hati mereka berdua; kesalan rasa kesal: raut mukanya yg berkerut-kerut itu menunjukkan ~nya di atas segala-gala yg telah berlaku; kekesalan perihal (perasaan) kesal, kekecewaan, kesebalan, kejengkelan: mereka yg tidak berjaya kembali dgn penuh ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malu | 1 berasa hina atau berasa aib kerana melakukan sesuatu yg tidak baik atau kerana kekurangan sesuatu: Saya ~ jika tidak lulus dlm peperiksaan nanti. 2 menaruh rasa hormat; berasa segan: Saya ~ pd mereka. 3 perasaan hina atau perasaan aib: Dia telah berbuat sesuatu utk menutup ~nya. bermalu menaruh perasaan malu. memalukan menyebabkan berasa malu; memberi malu: Kelakuannya sangat-sangat ~ kami. kemaluan 1 alat kelamin pd manusia (lelaki atau perempuan). 2 dlm keadaan malu; berasa malu. 3 rasa malu; rasa aib. 4 sesuatu yg memalukan; keaiban. kemaluan-maluan berasa sangat malu: Dia tunduk ~. pemalu orang yg sangat malu atau yg mudah berasa malu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesal hati | 1. berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel: penduduk-penduduk di situ ~ kerana tidak ada hospital atau klinik di daerah itu; katanya ia tidak ~ tentang apa yg berlaku ke atas dirinya kerana itu adalah suatu takdir; 2. perasaan kecewa (sesal, tidak senang hati), perasaan jengkel: ia mengisahkan dgn ~ tentang perceraiannya dgn isterinya; mereka berbuat sesuatu dgn tidak berfikir, kemudian timbul pula ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |