Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.au.to.no.mi]/[be.rau.to.no.mi] | براءوتونومي

Definisi : mempunyai autonomi, mem­punyai hak atau kuasa sendiri: sebuah institusi penyelidikan yg ~ dan bebas mengenai per-paduan kaum hendaklah ditubuhkan; jelas bahawa rancangan Amerika adalah utk me-wujudkan sebuah wilayah Palestin ~ dan bukannya sebuah negara Palestin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berautonomi


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berautonomimempunyai autonomi, mem­punyai hak atau kuasa sendiri: sebuah institusi penyelidikan yg ~ dan bebas mengenai per-paduan kaum hendaklah ditubuhkan; jelas bahawa rancangan Amerika adalah utk me-wujudkan sebuah wilayah Palestin ~ dan bukannya sebuah negara Palestin.Kamus Dewan Edisi Keempat
peranti berautonomi(autonomous device)Peranti yang mampu berfungsi secara bersendirian tanpa kawalan atau pengaruh peranti lain.Kamus Komputer
komputer berautonomi(autonomous computer)1. Komputer yang mampu berfungsi secara bersendirian tanpa kawalan komputer lain. 2. Komputer yang terdiri daripada gabungan beberapa perkakasan berbeza yang bekerja secara bersendiran tanpa dikawal oleh pemproses utama atau pemasaannya tidak dipengaruhi peranti lain.Kamus Komputer
negara kesatuannegara yg dikuasai langsung oleh pemerin­tahan pusat (bukan persekutuan); ~ kota negara berautonomi yg terdiri drpd kota dan wilayah di sekelilingnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
autonomipemerintahan (pentadbiran, pengu­rusan) sendiri, hak mengurus pemerin­tahan (pentadbiran dsb) sendiri (tanpa pe­ngua­saan atau pengendalian oleh pihak lain); berautonomi mempunyai autonomi, mem­punyai hak atau kuasa sendiri: sebuah institusi penyelidikan yg ~ dan bebas mengenai per-paduan kaum hendaklah ditubuhkan; jelas bahawa rancangan Amerika adalah utk me-wujudkan sebuah wilayah Palestin ~ dan bukannya sebuah negara Palestin.Kamus Dewan Edisi Keempat
negara I1. suatu masyarakat yg menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan; 2. kawasan yg di bawah kekuasaan kerajaan tertentu, negeri: ~ China; 3. yg ber­kaitan dgn negara (masyarakat dan kawasan di bawah suatu kerajaan); ahli ~ pemerintah negara, negarawan; bank ~ bank kepunyaan negara; tata~ aturan dan susunan negara; ~ bahagian negara yg menjadi anggota sesebuah negara persekutuan; ~ bangsa negara berdaulat yg didiami oleh satu bangsa; ~ besar negara yg kuat dan ber­pengaruh; ~ dunia ketiga negara-negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin secara kolektif yg dianggap masih mundur atau sedang membangun; ~ hukum negara yg menjalankan kekuasaannya menurut hukum; ~ jiran = ~ tetangga negara yg berjiran (mempunyai sem­padan yg sama); ~ kebajikan negara yg meng­utamakan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyatnya dgn memberikan berbagai-bagai perlindungan sosial, spt elaun pengangguran, pencen, perubatan percuma dsb; ~ kesatuan negara yg dikuasai langsung oleh pemerin­tahan pusat (bukan persekutuan); ~ kota negara berautonomi yg terdiri drpd kota dan wilayah di sekelilingnya; ~ maju negara kaya yg sebahagian terbesar ekonominya ber­gan­tung pd industri dan penduduknya menik­mati taraf hidup yg tinggi; ~ matahari terbit negara Jepun; ~ membangun negara yg se­dang giat meningkatkan taraf hidup, eko­nomi, dll; ~ mundur negara(-negara) yg masih jauh ke­tinggalan terutamanya dlm kemajuan eko­nomi; ~ perindustrian negara yg kema­juan dan kekuatan ekonominya berteraskan pel­bagai industri; ~ pertanian negara yg se­bahagian besar drpd penduduknya petani atau yg ekonominya berdasarkan pertanian; ~ polis negara yg kebebasan dan pergerakan rakyat­nya dikawal oleh pemerintah dgn mengguna­kan kekuasaan polis; ~ pulau negara yg wila­yah­nya terdiri drpd sebuah pulau; ~ Selatan nama lain bagi negara membangun; ~ Utara nama lain bagi negara maju; bernegara mempunyai negara; kenegaraan perihal negara: hidup kemasya­rakatan dan hidup ~.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas