Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbagai-bagai, bagai-bagai

Peribahasa

Dipanggang tiada hangus.

Bermaksud :

Selamat dalam menempuh berbagai-bagai percubaan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bagai1. jenis, macam: beberapa ~ ukiran yg dibuatnya; 2. banding, sama, persamaan: kecantikan anak gadis itu tidak ada ~nya; 3. = bagaikan serupa jika dibandingkan dgn sesuatu, seperti, semacam, umpama: ~ kera mendapat bunga; hatinya ~ dihiris-hiris;sebagai 1. untuk, bagi: beliau memberi fatwa ini ~ menjawab pertanyaan; 2. jadi, menjadi, selaku: mengangkatnya ~ pengerusi; 3. bertindak spt, selaku: ~ negara sahabat, kita mengharapkan bantuan drpd mereka; ~ lagi = ~ pula demikian pula, lebih-lebih lagi: ~ pula raja tidak mengetahui kezaliman hulubalangnya; ~nya a) lain-lain serupa (semacam) itu: buah nanas, buah mangga, dan ~nya; b) sepatutnya: diperlakukan dgn ~nya;persebagaian Kl perumpamaan; berbagai berbanding, bersamaan: Raja Kida Hindi ada beranak seorang perempuan yg amat baik parasnya, tiada ada ~ pd masa itu;berbagai-bagai, bagai-bagai bermacam-macam, berjenis-jenis, beberapa (negara dll) yg berlainan: ia berbuat ~ ikhtiar supaya terpelihara drpd musuhnya;membagaikan Mn = memperbagai-bagaikan memperolok-olokkan;pelbagai, perbagai, perbagai-bagai berbagai-bagai, beberapa jenis: tarian Timur lebih ditekankan kpd perasaan sedangkan tarian Barat berpusat pd mutu dinamik ~ tarian itu;mempelbagaikan, memperbagaikan menjadikan berlain-lainan jenis, menjadikan berbagai-bagai jenis: selama beberapa tahun kebelakangan, kerajaan secara sistematik ~ pengeluaran bahan-bahan eksport; ini satu langkah utk ~ ekonomi negara supaya tidak hanya bergantung semata-mata pd pertanian;kepelbagaian perihal berbagai-bagai jenis: ~ usaha dan kegiatan ekonomi Malaysia; sesungguhnya jumlah dan ~ dialek Melayu sangat mengagumkan;pempelbagaian perbuatan mempelbagaikan sesuatu (usaha dll): ~ keluaran.Kamus Dewan Edisi Keempat
rampai1. campuran berbagai-bagai, gabungan bermacam-macam; bunga ~ a) campuran ber­bagai-bagai bunga dan daun-daun yg harum; b) himpunan berbagai-bagai cerita (petikan drpd cerita dll); minyak ~ campuran berbagai-bagai minyak wangi; rumput ~ berbagai-bagai rumput; 2. bp bahan utk dijadikan campuran, bahan utk dicampurkan, perencah: jagung muda pun ada utk dijadikan ~ sayur; rampai-rampai campuran berbagai-bagai macam: cerita ~; merampai 1. membuat berbagai-bagai (ber­macam-macam) latihan sekolah: bila sudah ~ dan semua jawaban diperiksa, cikgu me­muji-muji murid yg banyak betul; 2. men­campur bahan-bahan dlm masakan (lauk, gulai, dll), merencah: sambal tumis yg diram­pai dgn kacang panjang; gulai ikan yg di­ram­pai dgn terung; merampaikan mencampur berbagai-bagai bunga; ~ khabar menyiarkan (menyebarkan) berbagai-bagai khabar; rampaian 1. campuran berbagai-bagai macam, rampai-rampai: jagung muda pun ada utk dijadikan ~ sayur; 2. latihan berbagai-bagai pelajaran sekolah: kanak-kanak akan lebih mundur dlm ~nya jika mereka dipaksa menulis sambung; ~ sains berbagai-bagai macam pengetahuan sains (sains am); buku ~ buku yg digunakan utk menulis (menjawab) latihan di sekolah; kerja ~ berbagai-bagai kerja (latihan).Kamus Dewan Edisi Keempat
rampaicampuran yg berbagai-bagai: bunga ~ campuran berbagai-bagai bunga dan daun yg harum baunya. merampai 1 mencampurkan (berbagai-bagai) sayur ke dlm sesuatu masakan: Dia ~ gulai ikan dgn terung, kacang panjang dan tomato. 2 membuat bermacam-macam latihan sekolah dll: Sesudah ~, murid-murid disuruh menyemak kerja masing-masing. merampaikan 1 mencampurkan berbagai-bagai bunga. 2 menjadikan (berbagai-bagai jenis) sayur sbg campuran dlm sesuatu masakan. rampaian 1 campuran pelbagai macam (benda). 2 latihan berbagai-bagai pelajaran sekolah. perampai (berbagai-bagai jenis) sayur yg dicampurkan ke dlm sesuatu masakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ragam1 cara; tingkah laku; olah: Banyak orang, banyak ~nya. 2 jenis; macam: aneka (berbagai-bagai) ~ berbagai-bagai jenis. 3 lagu: Maka gendang pun dipukul oranglah, tujuh ~. 4 warna: kain tujuh ~. beragam-ragam bermacam-macam; berwarna-warna. meragam 1 bernyanyi; berlagu. 2 membubuh warna pd; mewarnai. 3 berperangai atau berkelakuan tidak menentu. seragam 1 sama potongan dan sama warnanya (bkn pakaian dll): pakaian ~ pakaian tertentu yg dipakai khas oleh sesuatu golongan. 2 sesuai; sepakat. menyeragamkan menjadikan seragam: Usaha ~ ejaan bahasa Malaysia-Indonesia telah dilaksanakan dlm tahun 1972. keseragaman keadaan seragam. penyeragaman perbuatan (usaha dsb) menyeragamkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ragam1 cara; tingkah laku; olah: Banyak orang banyak ~nya. 2 jenis; macam: aneka (berbagai-bagai) ~ berbagai-bagai jenis. 3 lagu: Maka gendang pun dipukul oranglah, tujuh ~. 4 warna: kain tujuh ~. beragam-ragam bermacam-macam; berwarna-warna. meragam 1 bernyanyi; berlagu. 2 membubuh warna pd; mewarnai. 3 berperangai atau berkelakuan tidak menentu. seragam 1 sama potongan dan sama warnanya (bkn pakaian dll): pakaian ~ pakaian tertentu yg dipakai khas oleh sesuatu golongan. 2 sesuai; sepakat. menyeragamkan menjadikan seragam: Usaha ~ ejaan bahasa Malaysia-Indonesia telah dilaksanakan dlm tahun 1972. keseragaman keadaan seragam. penyeragaman perbuatan (usaha dsb) menyeragamkan.Kamus Pelajar
rampaicampuran yg berbagai-bagai: bunga ~ campuran berbagai-bagai bunga dan daun yg harum baunya. merampai 1 membuat bermacam-macam latihan sekolah dll: Sesudah ~ murid-murid disuruh menyemak kerja masing-masing. 2 mencampurkan (berbagai-bagai) sayur ke dlm sesuatu masakan: Dia ~ gulai ikan dgn terung, kacang panjang dan buah tamato. merampaikan 1 mencampurkan berbagai-bagai bunga. 2 menjadikan (berbagai-bagai jenis) sayur sbg campuran dlm sesuatu masakan. rampaian 1 campuran pelbagai macam (benda). 2 latihan berbagai-bagai pelajaran sekolah. perampai (berbagai-bagai jenis) sayur yg dicampurkan ke dlm sesuatu masakan.Kamus Pelajar
rempah IIbenda yg dimasukkan dlm masakan (gulai dll), bumbu: gulai ini cukup ~nya; ~-pawah = ~-perawis = ~-piah berbagai-bagai macam rempah; ~-ratus a) berbagai-bagai macam rempah; b) sj jamu drpd bermacam-macam campuran; c) ki berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka); rempah-rempah berbagai-bagai macam rem­­pah; merempahi, merempah-rempahi 1. me­masuk­­kan rempah, mencampuri dgn rempah: ia pandai ~ berbagai-bagai masakan; 2. ark mengharumkan dgn bau-bauan, meraksi: ~ mayat melumur mayat dgn minyak dll supaya tidak lekas hancur; perempah barang-barang yg dipakai utk merempahi: lada hitam ~ daging.Kamus Dewan Edisi Keempat
rampaian1. campuran berbagai-bagai macam, rampai-rampai: jagung muda pun ada utk dijadikan ~ sayur; 2. latihan berbagai-bagai pelajaran sekolah: kanak-kanak akan lebih mundur dlm ~nya jika mereka dipaksa me-nulis sambung; ~ sains berbagai-bagai macam pengetahuan sains (sains am); buku ~ buku yg digunakan utk menulis (menjawab) latihan di sekolah; kerja ~ berbagai-bagai kerja (latihan).Kamus Dewan Edisi Keempat
pelbagaibanyak jenisnya atau banyak macamnya; berbagai-bagai; berjenis-jenis; bermacam-macam: Taman itu penuh dgn ~ jenis bunga. mempelbagaikan menjadikan banyak jenisnya atau macamnya; menjadikan berbagai-bagai. kepelbagaian perihal (keadaan) pelbagai atau berbagai-bagai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bunga rampaia) campuran ber­bagai-bagai bunga dan daun-daun yg harum; b) himpunan berbagai-bagai cerita (petikan drpd cerita dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas