berbahaya | ada bahayanya: Jangan kamu pergi mandi-manda di lombong-lombong kerana itu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbahaya | boleh mendatangkan bahaya, dlm (terancam oleh) bahaya: janganlah dikerjakan pekerjaan yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbahaya | ada bahayanya: Jangan kamu pergi mandi-manda di lombong-lombong kerana itu ~. | Kamus Pelajar |
kemelut | 1. keadaan yg genting atau berbahaya (bkn penyakit terutama penyakit demam); ~ naik keadaan penyakit yg makin genting atau berat; ~ turun keadaan penyakit yg beransur pulih; 2. keadaan atau saat yg genting atau berbahaya (bkn ekonomi, politik dsb), kegentingan, krisis: masyarakat harus dibimbing utk membuat keputusan sendiri apabila menghadapi konflik dan ~ dlm kehidupan; masa ~; ~ ekonomi krisis ekonomi; berkemelut berada dlm kemelut, mengalami kemelut: membiarkan mereka ~ mencari-cari simbolisme retorik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gawat | berbahaya (bkn keadaan); genting, tegang: Ramai yg panik dlm situasi yg kian ~ itu. menggawatkan menimbulkan keadaan gawat; menggentingkan (keadaan dll): Kekecohan itu ~ lagi keadaan. kegawatan keadaan gawat; kegentingan: Kejatuhan nilai mata wang negara itu telah menimbulkan ~ di negara tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gawat | berbahaya, genting, tegang: perdarahan demikian biasanya tidak begitu ~ tetapi perlu diadakan pemeriksaan dahulu;menggawatkan menimbulkan ketegangan, membahayakan (keadaan dll), menggentingkan (keadaan dll): kekejaman yg dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin semakin ~; kegawatan keadaan gawat, kegentingan, ketegangan: jelas sekali masyarakat yg didiskusikan oleh dramatisnya sedang berada dlm ~, kritikal, penuh krisis dan kekacauan; hanya beberapa hari sebelum dijalankan upacara akad nikah, barulah terjadi ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermara | sl berbahaya, menghadapi bahaya: jikalau tuan-tuan sekalian pergi, salah se-orang ~ . | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syabu | sj dadah berbahaya berbentuk kristal yg digunakan, terutamanya sbg perangsang yg menyebabkan pengambilnya bertenaga, agresif dsb, dan boleh menyebabkan ketagihan sehingga boleh merosakkan sistem saraf pusat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
syabu | sj dadah berbahaya berbentuk kristal yg digunakan terutamanya sbg perangsang (menyebabkan pengambilnya bertenaga, agresif, tahan berjaga dsb) dan boleh menyebabkan ketagihan sehingga boleh merosakkan sistem saraf pusat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ekstasi | /ékstasi/ sj dadah berbahaya dlm bentuk pil yg bertindak sbg perangsang utk menimbulkan rasa gembira, menjadikan seseorang sangat bertenaga dan boleh menyebabkan ketagihan sehingga boleh merosakkan sistem saraf pusat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |