Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.li/.ba.li/] | برباليق -باليق

Definisi : selalu balik ke tempat semula, berpusing-pusing, berulang-alik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbalik-balik

Puisi
 

Daun mempelas berbalik-balik,
     Orang berdagang di pintu kota;
Tidaklah belas melihat adik,
     Duduklah berendam si air mata.


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
golak-galikberputar balik, berbalik-balik.Kamus Dewan Edisi Keempat
galik II; golak-~ berputar balik, berbalik-balik.Kamus Dewan Edisi Keempat
buai1 gerak yg berbalik-balik; ayun. 2 = buaian tempat tidur atau tempat duduk yg dpt diayun-ayunkan. berbuai(-buai) bergerak berbalik-balik; berayun-ayun: Saya suka duduk ~ pd dahan rambai di belakang rumah saya. membuai menggerakkan hingga berbuai-buai; mengayunkan. terbuai-buai terayun-ayun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bolak-balik1. ulang-alik, pergi balik: bas itu pergi ke Singapura ~; 2. tidak tetap atau berubah-ubah (percakapan atau perbuatan seseorang), berbalik-balik, berbelit-belit: cakapnya ~;berbolak-balik berbalik-balik, berulangulang: fikiran itu masih ~ dlm kepalanya; membolak-balikkan 1. membalik-balikkan, mengolak-alikkan: sudah kami bolak-balikkan, sudah kami tating-tating, dan sudah kami kaji buruk baiknya; 2. memutarbelitkan: dicubanya ~ perkara itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
buai1. gerak yg berbalik-balik; ayun. 2. = buaian tempat tidur atau tempat duduk yg dpt diayun-ayunkan: berbuai(-buai) bergerak berbalik-balik; berayun-ayun: Saya suka duduk ~ pd dahan rambai di belakang rumah saya. membuai menggerakkan hingga berbuai-buai; mengayunkan. terbuai-buai terayun-ayun.Kamus Pelajar
guling; bantal ~ bantal panjang yg bulat torak bentuknya. berguling bergerak berpusing berbalik-balik; bergolek: Keretanya kemik ditimpa batu yg ~ dr lereng bukit. berguling-guling berguling berkali-kali; bergolek-golek: Ia ~ di tanah kerana hendak melepaskan diri drpd tebuan itu. bergulingan berguling berkali-kali; berguling beramai-ramai (dgn banyaknya): Tin-tin kosong ~ di tanah. menggulingkan 1 menolak supaya berguling; menyebabkan berguling: Siapa yg ~ balak itu ke sungai? 2 ki menjadikan seseorang jatuh dr kedudukannya, pangkatnya dsb; menjatuhkan: Segala usaha utk ~ kerajaan telah gagal. 3 menjadikan seseorang juara kalah dlm pertandingan dsb; mengalahkan: Juara tenis dr Australia itu telah ~ juara dr England. terguling 1 sudah atau telah digulingkan: Dlm pilihan raya yg lalu, partinya ~. 2 terletak tidak menentu; tergelimpang: Mayat manusia yg terkorban dlm pertempuran itu ~ di sana sini. terguling-guling berguling berulang kali (dgn tidak sengaja); berputar berbalik-balik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berbolak-balikberbalik-balik, berulang-ulang: fikiran itu masih ~ dlm kepalanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
dolak-dalik(cakap atau pendirian yg) tidak tetap atau selalu bertukar-tukar, cakap ber­balik-balik; berdolak-dalik bercakap berbalik-balik (sekejap kata begini dan sekejap lagi begitu tentang perkara yg sama): dia tetap ~ apabila disoal kerana takut keadaan yg sebenar tentang dirinya diketahui orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
bergulingbergerak berpusing berbalik-balik; bergolek: Keretanya kemik ditimpa batu yg ~ dr lereng bukit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berbuai(-buai)bergerak berbalik-balik; berayun-ayun: Saya suka duduk ~ pd dahan rambai di belakang rumah saya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345

Kembali ke atas