tanwin | Ar tanda baca berbaris dua, sama ada berbaris di atas, di bawah atau di hadapan, yg terletak pd akhir sesuatu perkataan Arab. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
barisan | 1 apa-apa yg berbaris letaknya; susunan yg berbaris: Jangan lupa menulis tarikh di ~ bawah alamat tadi. 2 sekumpulan orang utk berperang; pasukan tentera: Maharaja Parsi telah menyusun ~ yg amat kuat utk menentang serangan dr luar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
barisan | 1. apa-apa yg berbaris letaknya; susunan yg berbaris: Jangan lupa menulis tarikh di ~ bawah alamat tadi. 2. sekumpulan orang utk berperang; pasukan tentera: Maharaja Parsi telah menyusun ~ yg amat kuat utk menentang serangan dr luar. | Kamus Pelajar |
jejer | /jéjér/; berjejer berderet; berbaris: Tiap-tiap pagi, kereta ~ di hadapan bangunan itu. menjejeri berdiri (diletakkan) berderet-deret di: Batang-batang kayu kecil kelihatan berbaris ~ tebing sungai. menjejerkan mengatur sesuatu berbaris-baris; menderetkan: Ia ~ barang-barang jualannya di atas meja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbaris | 1 terletak dlm baris-baris tertentu; berderet; berbanjar: Anak padi yg dicabut dr tapak semaian itu ditanam ~ di sawah. 2 berjalan atau bersenam beramai-ramai dlm baris-baris tertentu; berkawad: Selama dlm latihan, mereka diajar ~, menggunakan senjata dan juga berperang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbaris | 1. tersusun dlm baris-baris tertentu, berderet, berbanjar, berjajar: di kiri kanan jalan itu ~ pohon-pohon getah; 2. berdiri (berjalan dsb) beramai-ramai dlm baris tertentu: mereka sedang belajar ~; 3. mempunyai (dibubuhi) baris (garis), bergaris: ayat yg ~ di bawahnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbaris | 1. terletak dlm baris-baris tertentu; berderet; berbanjar: Anak padi yg dicabut dr tapak semaian itu ditanam ~ di sawah. 2. berjalan atau bersenam beramai-ramai dlm baris-baris tertentu; berkawat: Selama dlm latihan, mereka diajar ~, menggunakan senjata dan juga berperang. | Kamus Pelajar |
jejer | /jéjér/; berjejer berderet; berbaris:Tiap-tiap pagi, kereta ~ di hadapan bangunan itu. menjejeri berdiri (diletakkan) berderet-deret di: Batang-batang kayu kecil kelihatan berbaris ~ tebing sungai. menjejerkan mengatur sesuatu berbaris-baris; menderetkan: Ia ~ barang-barang jualannya di atas meja. | Kamus Pelajar |
perbarisan | 1. perihal berbaris: upacara ~ tamat latihan tentera; 2. kumpulan orang yg berbaris: memeriksa ~; ~ raksasa; ~ raksasa perbarisan yg diadakan secara besar-besaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jajar | beberapa benda yg terletak berbaris; baris; deret. berjajar terletak atau tersusun sebaris; berderet. menjajarkan menjadikan berbaris (berjajar); menderetkan. sejajar 1 terletak sebaris; sederet: Rumah Fatimah ~ dgn rumah saya. 2 sama taraf (pangkat dsb); setaraf: Kehidupannya ~ dgn jawatannya. 3 tidak bertentangan dgn dasar dsb; selaras: Kita mestilah mengamalkan sikap berbaik-baik dgn jiran, ~ dgn dasar kerajaan. 4 selari (bkn garisan dll): dua batang jalan raya yg ~. menyejajarkan 1 membuat supaya sejajar (sederet). 2 menyamakan kedudukan dll; menyetarafkan. kesejajaran keadaan atau hal sejajar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |