berbengkel | menyertai atau menghadiri bengkel (mesyuarat atau perbincangan): Mereka ~ selama tiga hari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbengkel | mengadakan, menghadiri atau menyertai bengkel (perbincangan berkelompok): mereka sering ~, berseminar dsb utk menyiapkan projek penulisan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perbengkelan | urusan atau aktiviti berbengkel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersimposium | menghadiri, menyertai atau mengadakan simposium: memang ada orang yg suka berseminar, berbengkel, ~ dsb di sana sini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
simposium | pertemuan antara para cendekiawan, pakar, dsb utk membincangkan sesuatu persoalan, perkara, dsb; bersimposium menghadiri, menyertai atau mengadakan simposium: memang ada orang yg suka berseminar, berbengkel, ~ dsb di sana sini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bengkel | (béngkél) 1. tempat membaiki kereta dll: syarikat kerjasama kenderaan Melayu Melaka juga sudah mempunyai ~-~ tempat membaiki kereta; 2. kilang kecil (tempat tukang-tukang bekerja); 3. mesyuarat (perbincangan dsb) secara berkelompok utk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat (idea dsb) tentang sesuatu: ~ penulisan cerita kanak-kanak;berbengkel mengadakan, menghadiri atau menyertai bengkel (perbincangan berkelompok): mereka sering ~, berseminar dsb utk menyiapkan projek penulisan itu;membengkelkan membincangkan sesuatu dlm perbincangan berkelompok; perbengkelan urusan atau aktiviti berbengkel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bengkel | /béngkél/ 1 tempat membaiki kenderaan yg rosak dll. 2 kilang kecil tempat tukang-tukang bekerja. 3 tempat pertemuan seniman, pelukis, penulis dll: ~ penulis. 4 mesyuarat atau perbincangan utk bertukar-tukar pendapat dsb: ~ sejarah. berbengkel menyertai atau menghadiri bengkel (mesyuarat atau perbincangan): Mereka ~ selama tiga hari. membengkelkan membincangkan sesuatu (perkara, isu dsb) dlm bengkel: Masalah itu dibengkelkan utk mencari penyelesaiannya. perbengkelan hal atau urusan yg berkaitan dgn bengkel. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |