berbetulan | tidak bersalahan (dgn); tepat atau sesuai (dgn): Hari perkahwinan jatuh pd hari Isnin, ~ pd hari lahirnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbetulan | bertepatan (dgn), selaras (dgn), sesuai (dgn): letakkan mata gergaji itu ~ dgn tebal kayu yg hendak dibelah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbetulan | tidak bersalahan (dgn); tepat atau sesuai (dgn): Hari perkahwinan jatuh pd hari Isnin, ~ pd hari lahirnya. | Kamus Pelajar |
bersetujuan | berbetulan (dgn), bertepatan (dgn); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berketepatan | berbetulan, kebetulan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersamaan | 1. bertepatan dgn, berbetulan dgn: hari Khamis ~ 20 September; ada dua orang ahli Tasawuf yg ~ waktunya di Acheh; 2. hampir sama, hampir serupa; 3. ber-bandingan (dgn), berimbangan (dgn): 30 sentimeter salji ~ dgn 2.5 sentimeter hujan; skalanya 2 sentimeter ~ 1 kilometer; 4. berpadanan, sesuai: ~ dgn teori tadi, kita buatlah suatu rumusan; 5. setara, sebanding, setingkat: profesor madya di Amerika Syarikat ~ dgn pensyarah kanan di sini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersetuju | tidak bertentangan (pendapat, fikiran, dll), semuafakat, sependapat: aku ~ dgn kata-katanya; 3. serasi, cocok, sesuai: jikalau barang suatu perkataan itu dipakai berpatutan dgn tempatnya nescaya sedaplah bunyinya dan ~lah dgn ertinya; 4. ark tertarik hati kpd, berasa senang akan, berkenan: jika tuan ~ ambillah; 5. berbetulan (dgn), bertepatan (dgn); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jatuh | 1. turun ke bawah dgn cepat (bkn buah, daun, rambut, dll), gugur, luruh: buku itu ~ dr tangannya; ~ terduduk (terhentak, tersungkur, tertiarap); pandai ~ dapat mengelakkan celaan (kritikan dll); 2. menjadi kurang (bkn harga, nilai, dll), turun, merosot: nilai mata wang negeri itu semakin ~; 3. terbenam (bkn matahari): di sebelah matahari ~; 4. berbetulan dgn, bersamaan dgn, bertepatan dgn, tepat pd: perkahwinannya ~ pd 6 Ogos; 5. (bkn kerajaan, kabinet, dll), bubar, berhenti melakukan tugas, ditiadakan, tumbang, tidak berhasil (lulus): kerajaan itu ~ kerana undi tidak percaya; 6. bankrap, muflis: perusahaannya ~ kerana tidak cukup modal; 7. tidak berhasil, tidak lulus: anaknya ~ dlm peperiksaan tahun ini; 8. tidak dapat dipertahankan (dirampas musuh): bandar itu telah ~ ke tangan musuh; 9. sampai (di), tiba (di): hendak pergi ke Kedah ~ di Kelantan; 10. menjadi (miskin, sakit, dll);~ air muka menjadi malu; ~ bangun a) rebah dan bangun lagi; b) ki maju mundur (dlm kehidupan dll); ~ bebas (Fiz) gerakan suatu jasad yg dipengaruhi oleh graviti sahaja, iaitu tidak ada daya lain yg bertindak; ~ cinta = ~ hati = ~ kasih menaruh cinta (kasih) pd; ~ colok menjadi miskin, hilang kemegahan; ~ hati a) menaruh kasih (cinta) pd seseorang; b) menaruh belas kasihan pd seseorang dll; ~ ke atas memperoleh keuntungan (naik pangkat dll); ~ ke bawah ki turun pangkat dll; ~ ke tangan (musuh dll) menjadi milik (musuh dll); ~ ke tilam (di atas tilam, ke kasur, di atas kasur) a) memperoleh kesenangan (kekayaan dll); b) walaupun mendapat kesulitan dll tetapi tetap senang; ~ melarat menjadi melarat; ~ merek Id mendapat nama buruk (nama merosot); ~ miskin menjadi miskin; ~ nama mendapat nama buruk; ~ pengsan menjadi pengsan; ~ sakit kena penyakit; ~ talak sampai (berlaku) talak; ~ tempoh sudah lewat tempohnya (waktunya); ~ (tidak) berkait (berjolok) prb memperoleh sesuatu dgn sebab (tidak) diminta (diharapkan); biar ~ terletak, jangan ~ terhempas (terhentak) prb berhenti bekerja dgn kemahuan sendiri adalah lebih baik drpd dipecat; busuk berbau, ~ berdebuk prb kalau melakukan kesalahan (perkara-perkara yg tidak baik) akhirnya diketahui orang juga; sudah ~ ditimpa tangga prb kesusahan yg datang berturut-turut; berjatuh Id memberi sumbangan (derma dll); dijatuhi dikenakan, menjalani: mereka yg melakukan kesalahan tersebut akan ~ hukuman menjadi hamba; menjatuhi jatuh mengenai sesuatu: jangan melepaskan kayu itu, nanti ~ tanaman; menjatuhkan 1. melemparkan ke bawah, menggugurkan: dgn sengaja dijatuhkannya benda dlm tangannya itu; 2. menurunkan (nilai, harga, dll), memerosotkan: musuh-musuh kita senantiasa cuba ~ nama baik kita; 3. menggagalkan, membubarkan, menumbangkan: parti-parti pembangkang mencuba ~ kerajaan dgn undian tidak percaya; 4. menyebabkan (miskin, melarat, dll); 5. mengenakan: hakim telah ~ hukuman penjara atas pesalah itu; ia memang tidak segan-segan ~ hukuman kpd penyokong-penyokong komunis; ~ denda mengenakan denda; ~ hukum memberi keputusan terhadap sesuatu perkara; ~ maruah menghina, memberi malu; ~ talak menceraikan (isteri); ~ tangan kpd menghukum, menangani; terjatuh jatuh dgn tiba-tiba (tidak sengaja); ~ dihimpit jenjang prb berturut-turut mendapat kesusahan; kejatuhan 1. perihal jatuh, jatuhnya: ~ kerajaan yg dipimpin oleh PM yg tua itu telah lama diduga; 2. terkena (tertimpa) sesuatu yg jatuh; ~ bulan ki mendapat kebahagiaan (kesenangan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setuju | 1. = setujuan sama arahnya (maksudnya, tujuannya, dll): dasar perjuangan kita adalah ~; 2. = bersetuju tidak bertentangan (pendapat, fikiran, dll), semuafakat, sependapat: aku ~ dgn kata-katanya; 3. = bersetuju serasi, cocok, sesuai: jikalau barang suatu perkataan itu dipakai berpatutan dgn tempatnya nescaya sedaplah bunyinya dan ~lah dgn ertinya; 4. ark = bersetuju tertarik hati kpd, berasa senang akan, berkenan: jika tuan ~ ambillah; 5. = bersetuju, bersetujuan berbetulan (dgn), bertepatan (dgn); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
betul | 1 tidak bohong; benar; sungguh: Berita mana yg ~, dr radio atau dr surat khabar? 2 tidak salah lagi; tidak keliru: Tanggapan engkau itu memang ~. 3 tepat benar; kena pd sasaran: Tembakannya itu kena ~ pd bahagian tengah bulan-bulan. 4 bukan olok-olok; sungguh: Dia sudah gila ~. 5 tidak bercampur dgn yg lain; tulen; jati: Ini emas ~. 6 sangat; amat: Mahal ~ telur ayam itu. betul-betul tidak main-main; benar; sungguh-sungguh: Petani mesti menjaga dan bekerja ~ supaya padi mereka tumbuh subur. berbetulan tidak bersalahan (dgn); tepat atau sesuai (dgn): Hari perkahwinan jatuh pd hari Isnin, ~ pd hari lahirnya. membetulkan 1 menjadikan betul; membaiki apa-apa yg rosak: Pekerja-pekerja sedang ~ jalan-jalan yg rosak. 2 menganggap betul; mengiakan: Ia senantiasa ~ apa-apa yg dikatakan oleh sahabatnya. kebetulan 1 dgn tidak sengaja; dgn tidak disangka-sangka: Gelang isterinya yg hilang itu telah dijumpainya secara ~ ketika ia menyapu di rumahnya. 2 pd ketika yg sama dgn: Ketua-ketua mereka telah membawa laporan mesyuarat itu kpd Nekman, dan ~ Nekman pun sedang membincangkan perkara itu juga. pembetulan perbuatan atau hal membetulkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |