berbeza-beza | tidak serupa sama sekali; berlainan: Pendapat manusia memanglah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbeza | 1 tidak sama antara satu dgn yg lain; berlain: Segala perbuatannya ~ drpd yg dikatakannya. 2 tidak sama ukurannya; berselisih sukatannya: Waktu ketibaan mereka ~ lebih kurang dua puluh minit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbeza-beza | berlain-lain, berlainan: adat itu mempunyai tafsiran yg ~ antara ahli-ahli penganutnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbeza | berlainan: pemerintahan mengikut kaedah persekutuan itu ~ drpd pemerintahan mengikut kaedah persatuan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbeza-beza | tidak serupa sama sekali; berlainan: Pendapat manusia memanglah ~. | Kamus Pelajar |
berbeza | 1. tidak sama antara satu dgn yg lain; berlain:Segala perbuatannya ~ drpd yg dikatakannya. 2. tidak sama ukurannya; berselisih sukatannya: Waktu ketibaan mereka ~ lebih kurang dua puluh minit. | Kamus Pelajar |
adaptasi | penyesuaian dgn keadaan dsb yg baru atau berbeza: ~ buku-buku Indonesia sedang diusahakan oleh Bahagian Terjemahan; seseorang itu perlu membuat ~ terhadap hidupnya utk mengimbangkan tuntutan keperluan dgn kemampuan diri; beradaptasi membuat penyesuaian: struktur biologi yg berbeza itu ~ secara fungsiannya dgn jenis-jenis persekitaran yg berbeza; mengadaptasi membuat adaptasi: orang Islam di merata-rata pelosok dunia ini ~ istilah dan rangkai kata Arab; drama terjemahan perlu diadaptasi supaya mencerminkan nilai-nilai dan alam kita; seorang klien diajar mengubah dan ~ tingkah laku drpd yg tidak normal atau tidak rasional kpd yg lebih rasional dan logik; pengadaptasian perihal (perbuatan dsb) mengadaptasi sesuatu; pengadaptasi orang yg membuat adaptasi (penyesuaian), orang yg menyesuaikan sesuatu (biasanya karya sastera atau seni): Muhammad Uthman Jalal dianggap sbg ~ yg paling berpengaruh, tidak kurang sepuluh buah drama Perancis telah diadaptasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelainan | 1. perihal berbeza drpd, perbezaan; 2. sesuatu yg tidak menurut kebiasaan atau yg berbeza drpd sesuatu yg lain: penyimpangan ini bertujuan utk mempelbagaikan teknik pengolahan supaya wujud ~ drpd cerpen-cerpen yg sedia ada; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beradaptasi | membuat penyesuaian: struktur biologi yg berbeza itu ~ secara fungsiannya dgn jenis-jenis persekitaran yg berbeza; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
isomer | (Kim) satu drpd dua atau lebih molekul yg mempunyai bilangan dan jenis atom yg sama, tetapi berbeza strukturnya; keisomeran kewujudan dua atau lebih sebatian yg mempunyai formula molekul yg sama tetapi berbeza dari segi sifat kimia dan fizik masing-masing; ~ cis-trans keisomeran pd sebatian yg ada ikatan ganda dua atau gelang tegar; ~ struktur keisomeran pd sebatian yg mempunyai formula struktur yg berbeza. | Kamus Dewan Edisi Keempat |