berbimbing-bimbingan tangan | a) berpegangan tangan; b) bekerjasama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbimbing-bimbingan | ; ~ tangan a) berpegangan tangan; b) bekerjasama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bimbing | ; berbimbing; ~ tangan berpegang (tangan), berpimpin, berpandu: ~ tanganlah ia dgn gadis itu; berbimbingan, berbimbing-bimbingan; ~ tangan a) berpegangan tangan; b) bekerjasama; membimbing 1. memegang tangan dan memandu, memimpin: ia segera keluar ~ anaknya yg rupa-rupanya sakit; 2. ki memberi petunjuk (huraian dll), memimpin: keperluan besar utk ~ pelajar-pelajar sastera ialah buku-buku tentang hakikat puisi dan pengulas-pengulas sajak; agama Islam ~ manusia ke jalan yg benar; bimbingan perbuatan membimbing (memberi petunjuk, huraian, dll), pimpinan: mereka belajar muzik di bawah ~ seorang guru muzik yg terkenal; pembimbing orang yg membimbing, pemandu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bimbing | ; berbimbing ada yg memimpin; berpegang tangan; berpimpin: Seorang ibu tua telah datang ~ ke pusat pembuangan undi. berbimbingan 1 saling berpegang tangan; bergandingan. 2 bekerjasama; bantu-membantu. membimbing 1 memegang tangan utk memandu; memimpin; menuntun: Seorang pegawai di pusat pembuangan undi telah ~ ibu tua itu ke kotak undi. 2 ki memberikan petunjuk (asuhan, penjelasan dsb); mengasuh; melatih: Dia sendirilah yg ~ anak-anaknya sehingga mereka mencapai kejayaan. bimbingan 1 kata pendahuluan; kata pengantar. 2 petunjuk ttg cara melakukan sesuatu; pimpinan: kelas ~. pembimbing 1 orang yg membimbing; penuntun. 2 sesuatu yg digunakan utk membimbing (spt buku-buku tertentu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bimbing | berbimbing ada yg memimpin; berpegang-tangan; berpimpin: Seorang ibu tua telah datang ~ ke pusat pembuangan undi. berbimbingan 1. saling berpegang tangan; bergandingan. 2. bekerjasama; bantu-membantu. membimbing 1. memegang tangan utk memandu; memimpin; menuntun: Seorang pegawai di pusat pembuangan undi telah ~ ibu tua itu ke kotak undi. 2. ki memberikan petunjuk (asuhan, penjelasan dsb); mengasuh; melatih: Dia sendirilah yg ~ anak-anaknya sehingga mereka mencapai kejayaan. bimbingan 1. kata pendahuluan; kata pengantar. 2. petunjuk ttg cara melakukan sesuatu; pimpinan: kelas ~. pembimbing 1. orang yg membimbing; penuntun. 2. sesuatu yg digunakan utk membimbing (spt buku-buku tertentu dsb). | Kamus Pelajar |
pimpin I | ; berpimpin 1. dibimbing, dipandu, dituntun, ditunjuk: yg capik datang bertongkat, yg buta datang ~; abang tidak senang kerana segala-galanya ~, ke sana ke mari diarahkan hingga membosankan; 2. berbimbing; ~ tangan = ~ jari berpegangan tangan; memimpin 1. memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat (menunjukkan jalan dll), membimbing, menuntun: Malim Deman pun ~ tangan puteri lalu berjalanlah; 2. mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara, dll), mengepalai (rapat dsb): dia tidak pernah ~ apa-apa pergerakan; tentera yg dahulu dipimpin oleh Jeneral Suharto telah siap sedia utk menghadapi kemungkinan perlawanan drpd anasir-anasir prokomunis; 3. melatih (mendidik, mengasuh, dll) supaya boleh bekerja (berfikir) sendiri; pelajar-pelajar ini dipimpin oleh guru-guru yg terlatih; terpimpin dipimpin: masyarakat yg tidak ~ dan tidak berperaturan tidak akan memberikan kebaikan kpd manusia; ekonomi ~ sistem ekonomi yg mengikut rancangan-rancangan dan arahan-arahan pemerintah dll; pimpinan 1. hasil memimpin, bimbingan, tuntunan: rakyat yg mengharapkan ~ drpd mereka; di bawah ~ dipimpin (oleh); memegang ~ memimpin (kumpulan dll); pucuk ~ orang atau badan yg mempunyai kuasa pimpinan yg tertinggi; 2. yg dipimpin: para ~ Datuk Onn; 3. buku pedoman atau panduan, petunjuk; kepimpinan keupayaan memimpin: ~ melalui teladan; pemimpin 1. orang yg memimpin: ~-~ Perikatan bergembira hari ini menyambut kemenangan mereka; 2. buku pedoman, petunjuk; berpemimpinkan mempunyai seseorang sbg pemimpin, berketuakan: beruntunglah kita sekiranya dapat ~ seseorang yg jujur, cekap dan bertanggungjawab; kepemimpinan keupayaan (kebolehan, pencapaian, dsb) sbg pemimpin, daya (tindaktanduk, kecekapan, dsb) seseorang pemimpin: dlm pentadbirannya, Dr. Mahathir berusaha membawa corak ~ yg berbeza drpd pemimpin-pemimpin sebelumnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |