berbunyi-bunyi | berbunyi berulang-ulang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengiang-ngiang | berbunyi-bunyi (seolah-olah kedengaran sesuatu di telinga). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ngiang | ; mengiang-ngiang berbunyi-bunyi (seolah-olah kedengaran sesuatu di telinga). terngiang-ngiang terdengar-dengar (makian, nasihat dsb yg telah didengar): Nasihat ibunya masih ~ di telinganya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ngiang | mengiang-ngiang berbunyi-bunyi (seolah-olah kedengaran sesuatu di telinga). terngiang-ngiang terdengar-dengar (makian, nasihat dsb yg telah didengar): Nasihat ibunya masih ~ di telinganya. | Kamus Pelajar |
terpaku | 1. telah dipaku (dilekatkan dgn paku): tutup peti itu sudah ~; 2. (duduk, berdiri, dll) dlm keadaan tidak bergerak-gerak (tidak berbunyi-bunyi): spt ~ ia ketika sampai di situ; semua yg mendengar kisahnya itu diam ~; 3. terlekat (pd), tertumpu (pd): matanya ~ pd muka gadis itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siut I | 1. bunyi spt bunyi wisel yg nyaring; 2. bunyi spt bunyi orang menyiuk (kerana kepedasan dll); 3. bunyi spt bunyi rotan dll disebatkan di udara; 4. bunyi spt bunyi api disiram dgn air; bersiut berbunyi siut, berbunyi spt orang menyiuk (kerana kepedasan dll); siutan bunyi siut yg berkali-kali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lentung I | bunyi spt bunyi kelentung (loceng dll); ~-lentang = lentang-~ bunyi spt bunyi orang bertukang dll, bunyi berdentang; melentung berbunyi spt bunyi kelentung; lentungan bunyi melentung: di bawah keriang-keriut dan ~ roda pedati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dentum | bunyi spt bunyi meriam atau bom dll (lebih kuat drpd dentam); berdentum berbunyi spt bunyi meriam dll: dia terperanjat apabila mendengar petir ~; berdentum-dentum berbunyi dentum berulang kali: bunyi meriam ~ diselangi oleh bunyi senapang yg menggerutup; dentuman bunyi dentum (spt bunyi meriam): kami diberi kesempatan utk berehat, tetapi telinga kami dipekakkan oleh ~ meriam; dentuman bunyi dentum (spt bunyi meriam): kami diberi kesempatan utk berehat, tetapi telinga kami dipekakkan oleh ~ meriam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
derang I | bunyi spt bunyi gendang besar atau tambur atau bunyi pinggan mangkuk (duit syiling dsb) jatuh; berderang, menderang berbunyi spt bunyi gendang besar (tambur dll), berbunyi spt bunyi pinggan mangkuk dsb jatuh: bunyi barang-barang kaca jatuh ~ dan bunyi kerusi meja jatuh terbalik, legum-legam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuak I | bunyi spt bunyi katak atau bunyi kerbau; katak ~ sj katak besar; berkuak berbunyi kuak; berkuak-kuak mengeluarkan bunyi kuak atau berbunyi kuak berulang kali: jelas kedengaran katak ~ di tepi kolam itu; menguak mengeluarkan bunyi kuak atau berbunyi kuak: kambing mengembek, kerbau~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |