cabang I | 1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan pengetahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; bercabang 1. mempunyai cabang, tumbuh cabangnya: pokok pinang memang tidak ~;2. berpecah kpd bahagian (kumpulan dsb) kecil: jalan itu ~ tiga; satu kumpulan ~ ke haluan lain utk memulakan kajian perbandingan; 3. berbelah bahagi (fikiran, ingatan, dsb): ~ hatinya (fikirannya, ingatannya); lidah ~ tiada boleh dipercayai apa katanya; bercabang-cabang, cabang-bercabang 1. tumbuh banyak cabang; 2. berpecah kpd banyak bahagian kecil; 3. berdolak-dalik: membuat kenyataan yg ~; mencabangkan (bkn pokok) menjadikan bercabang atau tumbuh cabangnya dgn melekapkan benih pd pohon atau mencantum; mempercabangkan menjadikan bercabang(-cabang); percabangan 1. perihal bercabang atau tumbuh cabangnya; 2. tempat yg bercabang (jalan, sungai, dsb), persimpangan: ~ jalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berceranggah | 1 bercabang-cabang (spt tanduk rusa). 2 mencuar-cuar ke atas (spt tiang, pancang dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ceranggah | ; berceranggah 1 bercabang-cabang (spt tanduk rusa). 2 mencuar-cuar ke atas (spt tiang, pancang dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cabang-bercabang | 1. tumbuh banyak cabang; 2. berpecah kpd banyak bahagian kecil; 3. berdolak-dalik: membuat kenyataan yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercabang-cabang | 1. tumbuh banyak cabang; 2. berpecah kpd banyak bahagian kecil; 3. berdolak-dalik: membuat kenyataan yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cabang | 1 bahagian pokok kayu (spt dahan atau ranting) yg tumbuh pd batang. 2 bahagian hujung galah dsb yg berbelah spt dua jari terbuka; canggah. 3 sesuatu yg berpecah spt cabang pokok: ~ jalan. 4 cawangan drpd sesuatu (spt kedai, pejabat) yg lebih besar: Syarikat tsb mempunyai ~nya di tiap-tiap negeri di Malaysia. bercabang 1 mempunyai cabang; tumbuh cabangnya: Jarang-jarang sekali kita dpt bertemu dgn pokok kelapa yg ~. 2 berpecah spt cabang: Jalan itu ~ tiga. bercabang-cabang banyak cabangnya: Tanduk rusa ~. mencabangkan menempelkan mata tunas pd pokok supaya menjadi cabang. mempercabangkan menjadikan bercabang. percabangan 1 hal bercabang. 2 tempat jalan, sungai dsb bercabang: ~ jalan persimpangan jalan. pencabangan perbuatan (proses dsb) mencabangkan pokok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cagak | 1 cabang spt yg terdapat pd pokok kayu: ~ jalan cabang atau simpang jalan. 2 sesuatu (spt kayu, tongkat) yg hujungnya bercabang utk menyangga sesuatu. bercagak 1 ada cagaknya; bercabang. 2 memakai penyokong atau penyangga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ceranggah | berceranggah 1. bercabang-cabang (spt tanduk rusa dsb). 2. mencuar-cuar ke atas (spt tiang, pancang dsb). | Kamus Pelajar |
ranting | 1. bahagian cabang yg kecil-kecil, cabang drpd cabang: dibukanya baju, disangkutnya pd ~ kayu mati; 2. cawangan, anak cabang (pertubuhan, perkumpulan, dll); ~ Bank Rakyat cawangan Bank Rakyat; Partai Rakyat R~ Johor Baharu; 3. bukan utama (tidak penting): perkara-perkara ~ dlm agama Islam; di mana ~ dipatahkan, di situ air disauk prb seseorang itu harus menurut adat resam negeri yg didiaminya; ingat ~ yg akan melenting, dahan yg akan mencucuk, duri yg akan mengait prb dlm sebarang pekerjaan hendaklah selalu ingat kalau-kalau ada bahaya atau kesusahan; beranting ada rantingnya: pokok itu mulai bercabang dan ~; lari ~ lari berangkai; meranting 1. spt ranting, tegak menganjur ke atas: kakinya naik ~ ke atas; 2. kering, meranggas (tidak berdaun lagi): pohon-pohon mulai ~; kurus ~ kurus kering; 3. memangkas (menggunting atau memotong hujung) ranting tanam-tanaman: ~ pokok pagar; 4. menjadi cabang yg kecil-kecil: kritikan yg berpusat pd teks ini ~ dan membesar menjadi pohon rimbun strukturalisme. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cagak I | 1. cabang (kayu dll); ~ jalan simpang jalan; 2. kayu (galah, tongkat, dll) yg hujungnya bercabang utk menyangga atau menopang sesuatu (meriam, teropong, dll); 3. penyangga atau kaki bermacam-macam alat (kamera, mesingan, dll); 4. Id tiang telefon; 5. sokongan, tunjangan, pertolongan; ~ hidup Id bunga wang yg harus dibayar kpd seseorang semasa hidupnya atau utk beberapa tahun; 6. Kl pengandar rumput: dia memotong rumput dua ~ sehari utk lembunya; 7. alat (drpd kayu, buluh, logam) yg bulat, panjang, kukuh, dan ringan yg digunakan sbg penyidai kain; bercagak 1. bercabang; 2. memakai cagak (sokong dll); tulang ~ tulang pipi; mencagak menyokong (menahan, menopang, dll) dgn cagak; mencagakkan menaruh sesuatu di atas cagak; tercagak tertopang dgn cagak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |