Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercabul 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cabul I1. keji dan kotor, tidak sopan, tidak senonoh, melanggar kesusilaan (bkn perbuat­an, tindakan, pertuturan, dll): kata-kata ~; gambar ~; sastera ~; 2. melanggar adat dan kebiasaan (bkn kelakuan dsb), (sangat) buruk: apa sahaja yg dibuatnya ~ belaka; 3. melanggar larangan (pantang); ~ di hutan (laut) mengeluarkan perkataan­-perkataan yg memarahkan hantu-hantu hutan (laut); perempuan ~ perempuan jalang, pe­rempuan sundal, pelacur; bercabul 1. berbuat cabul; 2. berjangkit dan merebak (bkn penyakit), bermaharajalela (bkn kejahatan, peperangan, dsb): ahli-ahli siasah yg bijak telah tidak berjaya mencegah supaya peperangan jangan ~; mencabul, mencabuli 1. menodai, men­cemari (kehormatan perempuan dll): maka dicurinya hartanya dan isteri saudagar itu pun dicabulinya; ~ kehormatan (seseorang gadis) menodai atau merosakkan kesucian (seseorang gadis); 2. memperkosa atau melanggar (kedaulatan, hak, dsb): tujuan NATO ditubuhkan ialah utk mempertahankan negeri-negeri utara dan barat Eropah drpd dicabuli oleh Soviet; kecabulan perihal cabul; pencabulan perihal (perbuatan dsb) mencabul(i) (kehormatan perempuan, kedaulatan negara, dll): langkah-langkah utk menghalang sebarang ~ ruang angkasa Pakistan oleh rejim Afghanistan; pencabul orang (pihak) yg mencabul(i) hak, kehormatan, dsb orang (pihak) lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
bercabul1. berbuat cabul; 2. berjangkit dan merebak (bkn penyakit), bermaharajalela (bkn kejahatan, peperangan, dsb): ahli-ahli siasah yg bijak telah tidak berjaya mencegah supaya peperangan jangan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas