Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu): maka Sultan Mansur Shah pun memberi titah menyuruh menaiki Hang Kasturi, seorang pun tiada ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : 1. berkata, berbicara, bertutur: perlembagaan menjamin tiap-tiap warganegara akan mendapat beberapa hak yg pokok spt kebebasan ~; wakil kita pandai ~ sahaja; 2. berbahasa: ~ Melayu; 3. berbual, berborak, bersembang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : sanggup dan dpt melakukan atau membuat sesuatu: Siapakah antara kamu yg ~ menangkap pencuri itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.ca.kap] | برچاکڤ

Definisi : 1 menuturkan kata-kata; berkata: Ia memang pandai ~. 2 menggunakan sesuatu bahasa ketika bertutur; berbahasa: Ia pandai ~ Arab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercakap

Puisi
 

Burung serindit makan nanas,
     Arang terap dalam padi;
Janganlah adik bercakap panas,
     Rasa sedih di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bagai gelegar buluh.

Bermaksud :

Bercakap besar. gelegar = bunyi bergemuruh.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rabung1. puncak bumbung rumah; air pasang ~ pasang yg naik tinggi-tinggi; bercakap ~ bercakap besar (banyak); 2. jalur tanah tinggi yg panjang, barisan bukit, kemuncak bukit; 3. Kd terlalu ramah, bercakap banyak; merabung membumbung tinggi, memuncak, meninggi; air pasang ~ air pasang rabung; perabung, perabungan puncak atap rumah, puncak bumbung rumah; ~ limas (panjang) Id bumbungan rumah yg berbentuk limas (panjang); berperabungkan mempunyai perabung: ruang tetamu bersiling tinggi yg berhiaskan kayu dan ~ konkrit.Kamus Dewan Edisi Keempat
bohongtidak sama dgn hal yg sebenarnya; tidak betul; dusta: Jangan suka bercakap ~. berbohong bercakap atau berbuat bohong: Saya tidak pernah ~. membohongi mengatakan sesuatu yg tidak benar kpd; mendustai: Dia diajar supaya tidak ~ sesiapa pun. membohongkan mengatakan (menganggap) bohong; menyangkal tuduhan dsb; menidakkan: Ia ~ semua tuduhan yg dilemparkan kpdnya. kebohongan sesuatu yg bohong: ~nya itu ketahuan juga akhirnya. pembohongan perbuatan (hal dsb) membohongi atau membohongkan. pembohong orang yg suka berbohong.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bercakap rabungbercakap besar (banyak);Kamus Dewan Edisi Keempat
mulut riuhbp bercakap banyak (kuat), suka bercakap;Kamus Dewan Edisi Keempat
ceramah1. suka bercakap-cakap, ramah, banyak bercakap; 2. ucapan membicarakan sesuatu perkara (spt bahasa, politik, dll), syarahan: ~ tentang bahasa menjadi suatu perhatian yg istimewa sekarang; berceramah memberi (menyampaikan) ceramah: ketika saya sampai, ia sudah ~; menceramahkan membicarakan sesuatu perkara, memberi ceramah mengenai: ia ~ masalah politik dunia; penceramah orang yg berceramah, pem­bicara: sebelum ~ sampai, masing-masing sudah duduk di tempatnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengigau1. bercakap pd masa tidur, meracau (semasa sedang tidur): Min, kau ~ nak, mengucaplah; 2. bercakap yg tidak tentu hujung pangkalnya, meracau; 3. bercakap yg bukan-bukan, merepek;Kamus Dewan Edisi Keempat
igau I; mengigau 1. bercakap pd masa tidur, meracau (semasa sedang tidur): Min, kau ~ nak, mengucaplah; 2. bercakap yg tidak tentu hujung pangkalnya, meracau; 3. bercakap yg bukan-bukan, merepek; mengigaukan memimpikan sesuatu, mengigau dgn menyebut sesuatu: entah apa yg diigaukannya semalam; terigau-igau termimpi-mimpi: kecantikan dan kehalusan budi gadis itulah yg menyebabkan ramai pemuda kampung itu ~ kepadanya; igauan 1. apa yg disebut pd waktu mengigau: tiba-tiba dia terdengar pula rintihan dan ~ isterinya; 2. cakap yg bukan-bukan; igau-igauan dlm keadaan mengigau, sudah bangun tidur tetapi masih lagi mengantuk; pengigau (orang yg) selalu mengigau.Kamus Dewan Edisi Keempat
riuh Ibising, gempar, ramai (bunyi, suara, dll): suara di dapur orang sebelah masih ~; mulut ~ bp bercakap banyak (kuat), suka bercakap; ~-rendah sangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk; meriuhkan menjadikan riuh, mem­bising­kan, menggemparkan: suara kanak-kanak menjerit lebih ~ lagi suasana; keriuhan perihal riuh, kebisingan, ke­gem­par­an: orang dapat merasakan ke­hadiran mereka hanya apabila mereka mengadakan parti-parti kerana ~nya meng­ganggu orang sebelah; tiba-tiba berlaku ~ dan orang ramai pun tergesa-gesa ke arah gereja.Kamus Dewan Edisi Keempat
sapakata-kata yg dituturkan utk me­ne­gur (mengajak bercakap-cakap). me­­­nyapa mengajak bercakap-cakap; menegur: Gadis mana yg ~ kamu tadi? sapaan kata-kata utk menyapa; ajakan utk bercakap-cakap; teguran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mulut1 rongga atau lubang tempat gigi dan lidah; ruang tempat mengunyah makanan. 2 sesuatu yg rupanya spt mulut 1: ~ tempayan; ~ belanga. 3 percakapan: banyak ~ banyak bercakap; cerewet. ~ becok banyak bercakap dan membuat bising. ~ bedil lubang laras bedil. ~ bisa suka mengeluarkan kata-kata yg pedas. ~ kotor suka mengeluarkan kata yg keji-keji. ~ murai orang yg sangat suka bercakap. ~ tempayan tidak dpt menyimpan rahsia. bermulut mempunyai mulut; berlubang spt mulut. ~ besar sombong.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas