rabung | 1. puncak bumbung rumah; air pasang ~ pasang yg naik tinggi-tinggi; bercakap ~ bercakap besar (banyak); 2. jalur tanah tinggi yg panjang, barisan bukit, kemuncak bukit; 3. Kd terlalu ramah, bercakap banyak; merabung membumbung tinggi, memuncak, meninggi; air pasang ~ air pasang rabung; perabung, perabungan puncak atap rumah, puncak bumbung rumah; ~ limas (panjang) Id bumbungan rumah yg berbentuk limas (panjang); berperabungkan mempunyai perabung: ruang tetamu bersiling tinggi yg berhiaskan kayu dan ~ konkrit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercakap besar | suka mengeluarkan kata-kata atau bicara yg membesar-besarkan diri sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memborakkan | bercakap besar (membongak) tentang sesuatu: dia selalu ~ kekayaannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sesumbar | Jw bercakap besar (takbur). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercakap rabung | bercakap besar (banyak); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tombong I | sombong; bagai ayam ditombong kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi prb perihal orang yg bercakap besar dan terdengar ke mana-mana tetapi kaumnya sendiri dlm kehinaan dan kemelaratan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membembam | membakar dlm bara atau abu hangat (ubi, ikan, dll); ~ bukan terung prb perihal orang yg bercakap besar mengenai dirinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bembam | ; membembam membakar dlm bara atau abu hangat (ubi, ikan, dll); ~ bukan terung prb perihal orang yg bercakap besar mengenai dirinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermulut | 1. mempunyai mulut, berlubang spt mulut; 2. bk bertutur, bercakap; ~ besar banyak cakap, angkuh, sombong; ~ keras berkeras kepala (suka melawan); ~ manis bercakap-cakap dgn lemah lembut; ~ di mulut orang prb selalu menurut kata orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cakap besar | kata-kata atau bicara yg membesar-besarkan diri sendiri; bercakap besar suka mengeluarkan kata-kata atau bicara yg membesar-besarkan diri sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |