cakap I | bicara, kata, kecek, tutur; ~ angin cakap yg tidak ada isi atau tidak betul (omong kosong); ~ mulut bahasa yg digunakan dlm percakapan sehari-hari (tidak dlm tulisan); ~ berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar prb cakap sahaja yg besar tetapi tiada suatu pun pekerjaan yg dilakukan; dengar ~ enggang, makan buah beluluk, dengar ~ orang, terjun masuk lubuk prb sesuatu pekerjaan itu kalau tidak difikirkan sendiri dgn betul-betul dan hanya mendengar cakap orang adalah mudarat akibatnya; mengalih kain payah juga ke ceruk, mengalih ~ di mata-mata sahaja prb memperkatakan sesuatu rahsia itu haruslah berhati-hati kerana buruk akibatnya kalau diperkatakan kpd orang yg tiada tentu; bercakap 1. berkata, berbicara, bertutur: perlembagaan menjamin tiap-tiap warganegara akan mendapat beberapa hak yg pokok spt kebebasan ~; wakil kita pandai ~ sahaja; 2. berbahasa: ~ Melayu; 3. berbual, berborak, bersembang; bercakap-cakap 1. berbual-bual, beromongomong; 2. bercakap atau berbincang tentang sesuatu tanpa bertindak atau melakukan sesuatu: terpulanglah kpd sarjana-sarjana di Malaysia sendiri utk memajukan bidang Pengajian Melayu, bukan sekadar ~ mengenainya sahaja; mencakapi ark mengajak berkata (dgn), menegur, menyapa; mencakapkan, mempercakapkan 1. membicarakan, memperkatakan: O, itukah yg hendak dicakapkan tadi!; apa yg dipercakapkan oleh orang dua beranak ini? 2. menceritakan, memberitahukan, mengkhabarkan: kalau Idah cakapkan pd Kak Inah boleh, tapi takkan Kak Inah boleh buat apa-apa; 3. mengucapkan, menyebutkan, menggunakan bahasa: bahasa Melayu dicakapkan di Malaysia dan di Indonesia oleh lebih drpd 100 juta manusia; percakapan, cakapan 1. pertuturan: segala ~ dan tingkah lakunya telah menjadi beradat benar; 2. pembicaraan, perbualan, perundingan: kemudian drpd itu ~ antara kedua-duanya melarat kpd beberapa perkara yg lain; 3. apa-apa yg dicakapkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berunding | 1. bercakap-cakap (tentang sesuatu hal) dgn sungguh-sungguh, berbicara, berembuk: Tuanku berharap Filipina akan mengubah sikapnya dan bersetuju utk ~ di Bangkok; 2. bercakap-cakap (tentang sesuatu), berkira-kira: letakkanlah bakul itu dahulu, marilah kita ~ sedikit; inda ~ Br tidak berkira, bertolak ansur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengecek | 1 bercakap-cakap; berbual-bual: Orang dewasa pun ada yg suka ~ spt anak-anak. 2 menuturkan kata-kata yg manis utk memujuk (memperdaya dll): Setiap hari, ibunya ~ dia supaya berkahwin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mempercakapkan | 1 bercakap(-cakap) ttg sesuatu; memperkatakan: Tidak sesiapa pun yg dibenarkan ~ hal-hal itu di khalayak ramai. 2 menggunakan sesuatu bahasa utk melahirkan atau utk menyatakan sesuatu; menuturkan sesuatu: Bahasa Melayu dipercakapkan oleh lebih drpd 100 juta manusia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengecek | 1. bercakap-cakap, berbual-bual, berborak-borak; 2. memujuk utk meminta (menyuruh berbuat) sesuatu: ibu bapanya hari-hari mendongeng, ~ dan memujuk dia supaya berkahwin; 3. menipu atau memperdaya (dgn kata-kata); sudah dikecek dikecong pula prb dua kali tertipu (terpedaya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beria-ia | 1. bercakap-cakap, bermesyuarat: isterinya sendiri bukanlah pantas utk lawan ~ bermesyuarat; 2. selalu berkata ya; 3. bersungguh-sungguh: dia ~ benar mengajak saya ke rumahnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecek | /kécék/ percakapan yg tidak keruan; celoteh: ~ anak-anak celoteh anak-anak; banyak ~ suka berceloteh; banyak mulut. mengecek 1 bercakap-cakap; berbual-bual: Orang dewasa pun ada yg suka ~ spt anak-anak. 2 menuturkan kata-kata yg manis utk memujuk (memperdaya dll): Setiap hari, ibunya ~ dia supaya berkahwin. pengecek 1 orang yg suka bercakap-cakap (menceritakan hal orang dsb). 2 orang yg pandai memujuk atau pandai memperdaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ramah | suka bercampur gaul atau suka bercakap-cakap dgn orang serta dgn karibnya: Ia ketua yg ~. ~ lidah suka bercakap-cakap. ~ mesra sangat karib (bkn pergaulan). keramahan keadaan atau sifat ramah. peramah 1 bersifat ramah: Ayu sangat ~. 2 orang yg ramah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sapa | 1. tegur: “Duduklah nona,” ~nya lembut; 2. ramah: raja itu murah sekali serta dgn tegur ~nya kpd rakyatnya; bersapa keteguran (oleh hantu dll); bersapaan, bersapa-sapaan saling bertegur (bercakap-cakap), tegur-menegur; menyapa mengajak bercakap-cakap, menegur: seorang pun tidak ~ atau mengendah-kan dia; sapa-menyapa saling menyapa atau bertegur sapa, bersapa-sapaan: banyak teman mulai ~; mereka sudah lama tidak ~; tersapa 1. ark ditegur, diajak bercakap-cakap; 2. disapa, keteguran (oleh hantu, orang halus, dll); sapaan teguran, ajakan utk bercakap-cakap: tiba-tiba terdengar ~ di dapur rumah; ~ salam ucapan salam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
omong | 1 perkataan; bahasa: ~ Melayu. 2 cakap: banyak ~ banyak cakap; ~ kosong cakap kosong. beromong-omong bercakap-cakap; berkata-kata. mengomongkan memperkatakan; mempercakapkan; menceritakan. omongan apa-apa yg diomongkan; percakapan; buah mulut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |