Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.cam.pur] | برچمڤور

Definisi : 1. bergaul (berbaur, berkacau, dll) menjadi satu: asid ini banyak ~ dgn air; 2. bp (bkn pasangan suami isteri) bersama dlm hubungan suami isteri: ia ~ dgn Rusiah baru tiga musim; 3. berkawan, bergaul: wanita Cina itu sudah lama ~ dgn orang Melayu; ~ bicara = ~ mulut masuk campur dlm (hal orang dll); ~ dgn rata bergaul dgn betul-betul sebati; ~ gaul bergaul, bermesra, bersahabat dgn; ~ kasih berkasih-kasihan, cinta-mencintai; ~ tangan campur tangan; ~ dgn orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak prb bercampur dgn orang jahat, kalau tidak banyak, sedikit pun akan menjadi jahat juga; minyak dgn air adakah ~ prb orang baik kalau bercampur dgn orang jahat tidak akan menjadi jahat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.cam.pur] | برچمڤور

Definisi : 1 bergaul menjadi satu; berbaur: Ubat ini sudah ~ dgn air. Mi­nyak dgn air tidak akan ~. 2 berkenalan dan berbaik-baik; bergaul: Beliau tidak suka ~ dgn jiran-jirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercampur

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Bercampur dengan orang pemaling,
     sekurang-kurangnya jadi pencecak.

Bermaksud :

Bercampur dengan orang jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. cecak = copet.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
campur aduk; bercampur aduk bercampur benar dgn tidak menentu; (sudah) bergaul atau berkacau benar; bercampur baur. mencampuradukkan menjadikan bercampur aduk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
campur baur; bercampur baur 1 bercampur dgn tidak menentu; bercampur aduk. 2 berkumpul dan berbaik-baik (selaku sahabat, suami isteri dsb); bergaul: Saya sudah ~ dgn mereka sejak sepuluh tahun yg lalu. mencampurbaurkan menjadikan bercampur baur; mencampuradukkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bercampur baur1 bercampur dgn tidak menentu; bercampur aduk. 2 berkumpul dan berbaik-baik (selaku sahabat, suami isteri dsb); bergaul: Saya sudah ~ dgn mereka sejak sepuluh tahun yg lalu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bercampuranbercampur-campur, bercampur aduk;Kamus Dewan Edisi Keempat
campur mulut; bercampur bicara, = bercampur mulut 1 turut berbicara; turut berkata-kata. 2 turut memasuki urusan orang lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bercampur adukbercampur benar dgn tidak menentu; (sudah) bergaul atau berkacau benar; bercampur baur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
percampuran1. perihal bercampur atau bercampur aduk: walau bagaimanapun, ~ antara ciri-ciri budaya tradisional dgn ciri-ciri moden tetap berlaku dlm hidup masyarakat di mana-mana; 2. pergaulan: dia sudah mabuk kepayang akibat ~ yg terlalu bebas itu; 3. perkongsian (pergaulan) hidup suami isteri: ia dapat menyatukan jiwa Barat dan Timur dlm ~nya dgn isterinya itu; ~ tangan perihal turut campur tangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
campur bicara, = campur mulut; bercampur bicara, = bercampur mulut 1 turut berbicara; turut berkata-kata. 2 turut memasuki urusan orang lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
campur baurcampur aduk; bercampur baur bercampur aduk; mencampurbaurkan mencampuradukkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
campur bicara,= campur mulut; bercampur bicara, = bercampur mulut 1. turut berbicara; turut berkata-kata. 2. turut memasuki urusan orang lain.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas