carik I | 1. cabik, robek, sobek, koyak memanjang; 2. = carikan cabikan; 3. helai, keping: se~ kertas; sirih se~; bercarik-carik carik di sana sini, cabik-cabik: habislah pecah ~ seluar dan baju kertasnya; mencarik mencabik, mengoyak; mencarik-carik mencabik-cabik, mengoyak-ngoyakkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercarik-carik | carik di sana sini, cabik-cabik: habislah pecah ~ seluar dan baju kertasnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercemabai | bercarik-carik (bkn kain dll), berjerabai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercemamai | koyak-koyak, bercarik-carik (bkn kain dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cemabai | Jh; bercemabai bercarik-carik (bkn kain dll), berjerabai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cemamai | ; bercemamai koyak-koyak, bercarik-carik (bkn kain dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkeping-keping | 1. merupakan atau terdiri drpd kepingan-kepingan: getah yg ~ kemudiannya diasap supaya tahan lama; 2. berpecah-pecah atau bercerai-cerai menjadi keping-keping kecil (drpd sesuatu yg lebih besar), cabik-cabik (kain dll): habislah pecah bercarik-carik seluar dan baju kertasnya itu bercabiran diterbangkan oleh angin ~ ke sana ke mari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keping I | 1. pipih dan nipis: getah ~; 2. penjodoh bilangan bagi sesuatu yg pipih dan nipis (spt kad, kertas, papan, dsb) atau bagi sesuatu yg luas (spt tanah): dua ~ kertas; se~ tanah; 3. = kepingan; berkeping-keping 1. merupakan atau terdiri drpd kepingan-kepingan: getah yg ~ kemudiannya diasap supaya tahan lama; 2. berpecah-pecah atau bercerai-cerai menjadi keping-keping kecil (drpd sesuatu yg lebih besar), cabik-cabik (kain dll): habislah pecah bercarik-carik seluar dan baju kertasnya itu bercabiran diterbangkan oleh angin ~ ke sana ke mari; mengeping menjadikan (membelah dll supaya menjadi) berkeping-keping: bekerja keras ~ kayu; ~ getah; kepingan 1. bahagian yg kecil serta nipis yg merupakan pecahan drpd sesuatu, pecahan, tembereng: dikutipnya ~-~ kaca drpd gelas yg jatuh terhempas itu; 2. sesuatu yg pipih dan nipis, keping: ~-~ getah yg telah diasap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |