bercela | mempunyai cela (cacat dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kudus | Ar tidak bercela, suci, bersih, murni: dia yg berhati ~; roh al-~ = ruhulkudus roh suci (Jibrail dlm ajaran Islam); menguduskan menyucikan, membersihkan (batin, hati, dll): moga-moga Allah ~ roh-roh mereka; kekudusan kesucian, kebersihan (hati, batin, dll): dia akan jadi peruntuh pula, akan meruntuhkan kemanusiaan dan ~ manusia seluruhnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercacat | mempunyai cacat, bercela; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bernoda | 1. mempunyai noda (kotor): kain yg ~; 2. mendapat aib, bercacat, bercela: sebab sekali dia orang ~, sampai bila-bila senang sahaja orang kata dia orang tu ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bernoda | 1 ada nodanya atau ada kotoran pdnya: kain yg ~. 2 mendapat aib atau malu; mendapat nama buruk; bercela. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cela | 1. kekurangan, cacat, cedera: tidak ada cacat ~nya sedikitpun; 2. aib, noda (bkn perbuatan dll); 3. kecaman, kritik: puji dan ~ tidak bercerai; bercela mempunyai cela (cacat dll); mencela mengecam, mengkritik (dgn memburuk-burukkan sahaja), mencaci, mencacat: mengapa kau ~ dia? cela-mencela saling mencela, caci-mencaci; tercela tercacat, dapat (patut) dicela: kelakuannya tidak ~; celaan kecaman, kritikan (yg memburuk-burukkan sahaja), cacian; kecelaan 1. cela, cacat, kecacatan; 2. keaiban: mendatangkan ~ kpd keluarga; berkecelaan bercacat, dapat (patut) dicela; pencelaan perihal (perbuatan dsb) mencela; pencela orang yg mencela, pengkritik (yg suka memburuk-burukkan sahaja), pencaci. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bernoda | 1 ada nodanya atau ada kotoran pdnya: kain yg ~. 2 mendapat aib atau malu; mendapat nama buruk; bercela. | Kamus Pelajar |
noda | 1 bintik; kotoran (pd baju dll); aib; cela; nista. bernoda 1 ada nodanya atau ada kotoran pdnya: kain yg ~. 2 mendapat aib atau malu; mendapat nama buruk; bercela. menodai 1 membubuh atau memberi noda pd; mengotori. 2 memburukkan nama baik dll; mengeji; mengaibkan: Perbuatannya yg curang itu ~ nama baik keluarganya. 3 merosakkan kehormatan orang perempuan; mencabul. ternoda telah dinodai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
noda | 1. bintik, kotoran (pd baju dll): dibersihkannya ~ yg ada pd kainnya itu; 2. aib, cacat, cela, nista: akan kukikis ~ ini dr diriku habis-habis;bernoda 1. mempunyai noda (kotor): kain yg ~; 2. mendapat aib, bercacat, bercela: sebab sekali dia orang ~, sampai bila-bila senang sahaja orang kata dia orang tu ~; menodai 1. menjadikan bernoda, mengotori: kelihatan bahagian bawah baju gaunnya sudah dinodai lumpur; 2. memburukkan nama baik dll, mengaibkan, mengejikan: ~ nama baik keluarganya; 3. mencabuli, memperkosai: kehormatan Normah telah dinodai; ternoda telah dinodai: niat yg suci itu menjadi ~ apabila disalurkan melalui cara yg hina; kenodaan keadaan ternoda: mereka akan bangun menentang ~ hidup;penodaan perihal (perbuatan dsb) menodai, pencabulan: dlm cerpen ini Ali melukiskan resah hati gadis yg malu setelah menerima akibat ~;penoda orang yg menodai (seseorang gadis dsb), orang yg mencabuli kehormatan seseorang (perempuan): gadis tersebut mengandung tetapi ~nya sudah lama melarikan diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
noda | 1 bintik; kotoran (pd baju dll). 2 aib; cela; nista. bernoda 1 ada nodanya atau ada kotoran pdnya: kain yg ~. 2 mendapat aib atau malu; mendapat nama buruk; bercela. menodai 1 membubuh atau memberi noda pd; mengotori. 2 memburukkan nama baik dll; mengeji; mengaibkan: Perbuatannya yg curang itu ~ nama baik keluarganya. 3 merosakkan kehormatan orang perempuan; mencabul. ternoda telah dinodai. | Kamus Pelajar |