Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ce.rai.ce.rai] | برچراي - چراي

Definisi : berpecah-­pecah, berpisah-pisah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercerai-cerai

Puisi
 

Serai Acheh bertambak tidak,
     Daun selasih dimakan kuda;
Bercerai kasih bertalak tidak,
     Cerai setahun balik juga.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Lapuk oleh kain sehelai.

Bermaksud :

Beristeri atau bersuami hanya seorang saja, tidak bercerai-cerai dan tidak diduakan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rerak= bererakan rosak bercerai-cerai, be­rantakan, terserak-serak; mererak menjadikan bercerai-cerai kerana mengambil bahagian-bahagiannya dll; ~ rengkah rosak dan pecah-pecah; ® lerak I.Kamus Dewan Edisi Keempat
urai1. tidak pukal atau padat, berbutir-butir; emas ~ emas yg berbutir-butir halus; 2. lepas terbuka, tidak terikat (bersimpul, bertaut, dsb), bercerai-cerai; ilmu ~ Id kaji bina tubuh, anatomi; berurai 1. (menjadi, dlm keadaan) lepas terbuka (tidak bersimpul, berjalinan, dsb), bercerai-cerai; 2. = beruraian berderai-derai, bercucuran: ~ air matanya; keringatnya beruraian; mengurai 1. menjadi lepas terbuka (tidak bersimpul atau terikat dsb), berurai, meng-hurai; 2. (menjadi) mekar terbuka: rambut yg ~; mayang ~; 3. = menguraikan; menguraikan 1. membuka simpul (tali, ikatan, bungkusan, dsb), menghuraikan; 2. menceraikan atau memutuskan (hubungan, ikatan, dsb); ~ janji membatalkan janji (perjanjian); ~ nikah Mn menceraikan isteri; 3. memecahkan kpd unsur atau juzuk yg menjadi bahagian-bahagian sesuatu (spt sebatian dll): air boleh diuraikan menjadi hidrogen dan oksigen; terurai 1. sudah diuraikan (ikatan, rambut, dll), terhurai; 2. sudah diceraikan (hubungan, ikatan, dsb): ikatan janji setia yg tersimpul dgn teguh dan tidak akan ~; 3. sudah dipecah-kan kpd atau pecah menjadi unsur-unsur atau bahagian-bahagiannya (yg kecil-kecil); penguraian perihal menguraikan, perbuatan dsb memecahkan kpd unsur-unsur dsb sesuatu; ® hurai.Kamus Dewan Edisi Keempat
bercerai-ceraiberpecah-­pecah, berpisah-pisah;Kamus Dewan Edisi Keempat
berpecah-pecahbercerai-cerai menjadi beberapa kelompok (golongan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
bubar1 bercerai-cerai ke berbagai-bagai arah (ttg orang yg berkumpul dsb); berserak ke mana-mana: Selepas pertunjukan itu ditamatkan, penonton-penonton pun ~. 2 selesai (ttg mesyuarat, waktu sekolah dsb); tamat; habis: Dlm bulan puasa ini, sekolah-sekolah ~ lebih awal. 3 tamat (perjalanan sesebuah syarikat, pertubuhan dsb); dihentikan; dimansuhkan: Apabila badan itu ~, semua hartanya didermakan kpd rumah anak-anak yatim. membubarkan 1 menjadikan bubar; menyuruh bubar; mencerai-beraikan; menyuraikan: Pihak polis telah ~ orang-orang yg berpiket di hadapan pejabat pegawai daerah. 2 menghentikan atau menamatkan (sesuatu persidangan, mesyuarat dsb): Antara tugas baginda termasuklah memanggil dan ~ Parlimen. 3 menutup atau meniadakan (syarikat dsb); memansuhkan: Pihak kerajaan telah ~ semua parti politik yg berhaluan kiri. pembubaran perbuatan atau hal membubarkan. ~ Parlimen perihal membubarkan Parlimen utk membolehkan pilihan raya umum diadakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mererakmenjadikan bercerai-cerai kerana mengambil bahagian-bahagiannya dll; ~ rengkah rosak dan pecah-pecah; ® lerak I.Kamus Dewan Edisi Keempat
enca-bencabercerai-cerai, bersepah-sepah.Kamus Dewan Edisi Keempat
enca; ~-benca bercerai-cerai, bersepah-sepah.Kamus Dewan Edisi Keempat
berberaianberceraian, bercerai-cerai: laungan itu bergema dan ~ pecahannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
berpecah-pecahbercerai-cerai menjadi beberapa kelompok (golongan).Kamus Pelajar
12345678

Kembali ke atas