Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercintakan 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cinta1 (perasaan atau berperasaan) sa­ngat sayang kpd negara, ibu bapa dll: ~nya kpd ibunya sungguh luhur. Kerana sangat ~ kpd negaranya, beliau sanggup berkorban nyawa utk mempertahankannya. 2 (perasaan atau berperasaan) sangat be­rahi, asyik, kasih dsb; sangat tertarik (kpd laki-laki atau perempuan): ~nya yg tidak berbalas terhadap gadis itu menjadikannya hampir tidak siuman. Si isteri yg setia itu sangat ~ kpd suaminya. 3 perasa­an sangat ingin dan berharap-harap akan sesuatu: Sungguh besar ~nya hendak pulang ke kampung halamannya sesudah lama di perantauan. ~ monyet cinta kasih yg keanak-anakan. ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walau­pun baru pertama kali melihat atau bertemu dgn orang berkenaan. ~ sebelah cinta yg tidak berbalas. bercinta 1 menaruh perasaan cinta atau berani. 2 menaruh rindu; berasa rindu: Ibu tua itu selalu ~ akan anak tunggalnya yg sedang menuntut di luar negara. bercintakan 1 menaruh cinta atau berahi akan. 2 berasa rindu akan. bercinta-cintaan 1 saling menaruh perasaan cinta (antara pasangan lelaki dgn perempuan); saling mengasihi; berkasih-kasihan. 2 bercengkerama; bercumbu-cumbuan. mencintai menaruh kasih sayang pd; mengasihi: Dia sangat ~ isterinya. percintaan 1 hal berkasih-kasihan atau bercinta-cintaan (antara laki-laki dgn perempuan). 2 perasaan sedih (susah dsb); rindu dendam; gundah-gulana. pencinta orang yg sangat suka (akan); penggemar: ~ seni.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bercintakan1 menaruh cinta atau berahi akan. 2 berasa rindu akan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bercintakan1. menaruh cinta atau kasih kpd, berahi kpd: sbg laki-laki yg ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit; 2. berperasaan rindu akan, ingin akan: ia ~ benda yg sukar diperoleh; 3. sl berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu: tujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja; janganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
bercintakan1. menaruh cinta atau berahi akan. 2. berasa rindu akan.Kamus Pelajar
cinta1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll): walaupun ~nya kpd keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi; 2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: ~ kpd suaminya masih tinggal bersarang dlm hati; barangkali kau masih ~ pd tunanganmu; 3. sl perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dll): tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya; 4. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu: putera raja itu amat sangat ~ akan burung yg dilihatnya itu; ~ berahi terlalu sangat cinta (asyik maksyuk); ~ kasih sangat cinta dan kasih (kasih sayang); ~ monyet cinta yg hanya sementara dan tidak serius, terutamanya di kalangan remaja; ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dengannya; cintakan cinta akan, mencintai; bercinta 1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 2. berasa rindu; 3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak; bercintakan 1. menaruh cinta atau kasih kpd, berahi kpd: sbg laki-laki yg ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit; 2. berperasaan rindu akan, ingin akan: ia ~ benda yg sukar diperoleh; 3. sl berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu: tujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja; janganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu; bercinta-cintaan 1. cinta-mencintai, berkasih-­kasihan: baru hendak ~ dgn seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina; 2. bercengkerama atau bercumbu-­cumbuan (antara lelaki dan perempuan): sebelum hari malam, dia ~ dgn tunangannya; mencinta 1. menaruh cinta atau kasih (kpd); 2. sl berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal; mencintai 1. mengasihi, menaruh cinta pd: ia ingin ~ dan dicintai; 2. merindukan(hendak memperoleh sesuatu dll), mengharap­harapkan, menginginkan: tidak ada orang yg tak ~ duit; tercinta (yg) dicintai (dikasihi, disayangi): engkau pisahkan aku dr anakku yg ~; kecintaan 1. perasaan cinta, kasih, kesa­yangan: yg mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yg diikat oleh kesetiaan; seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kpd bahasa kebangsaan; 2. yg dicintai (dikasihi), kekasih: pemuda ~nya bekerja sbg wartawan; 3. sl kerinduan kesedihan, kebimbangan; 4. sl menanggung cinta (sedih dll); percintaan 1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~;2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah; pencinta orang yg meminati dan mencintai sesuatu: ~ sastera; ~ buku.Kamus Dewan Edisi Keempat
nobat1. sl sj gendang besar: maka berbunyilah ~ nafiri, bersambutan pula dgn bunyi-bunyi­an sekalian; 2. sj pancaragam Melayu yg ber­­main ketika raja ditabalkan dll: setelah sujud tiga kali, maka ~ tabal pun ber­henti­lah; 3. sl duduk di penghadapan, dihadap orang (bkn raja): maka tujuh hari baginda tiada ~ sebab bercintakan Bendahara; naik ~ a) ditabalkan menjadi raja; b) Mn menjadi pengantin (kahwin); menobatkan menaikkan ke atas takhta ke­rajaan, menjadikan raja, memahkotai, me­nabalkan: oleh Sultan Alauddin anakanda baginda itu dirajakan baginda di Kampar, dinobatkan dahulu di Melaka; penobatan perihal atau perbuatan me­nobat­kan, penabalan.Kamus Dewan Edisi Keempat
cinta1. (perasaan atau berperasaan) sangat sayang kpd negara, ibu bapa dll: ~nya kpd ibunya sungguh luhur. Kerana sangat ~ kpd negaranya, beliau sanggup berkorban nyawa utk mempertahankannya. 2. (perasaan atau berperasaan) sangat berahi, asyik-asyik, kasih dsb; sangat tertarik (kpd laki-laki atau perempuan): ~nya yg tidak berbalas terhadap gadis itu menjadikannya hampir tidak siuman. Si isteri yg setia itu sangat ~ kpd suaminya. 3. perasaan sangat ingin dan berharap-harap akan sesuatu: Sungguh besar ~nya hendak pulang ke kampung halamannya sesudah lama di perantauan. ~ monyet cinta kasih yg keanak-anakan. ~ sebelah cinta yg tidak berbalas. bercinta 1. menaruh perasaan cinta atau berahi akan. 2. menaruh rindu; berasa rindu: Ibu tua itu selalu ~ akan anak tunggalnya yg sedang menuntut di luar negeri. bercintakan 1. menaruh cinta atau berahi akan. 2. berasa rindu akan. bercinta-cintaan 1. saling menaruh perasaan cinta (antara pasangan lelaki dgn perempuan); saling mengasihi; berkasih-kasihan. 2. bercengkerama; bercumbu-cumbuan. mencintai menaruh kasih sayang pd; mengasihi: Dia sangat ~ isterinya. percintaan 1. hal berkasih-kasihan atau bercinta-cintaan (antara laki-laki dgn perempuan). 2. perasaan sedih (susah dsb); rindu dendam; gundah gulana. pencinta orang yg sangat suka (akan); penggemar:~ seni.Kamus Pelajar

Kembali ke atas