berdalih-dalihan | tuduh-menuduh (kata-mengata) utk membenarkan atau melepaskan diri masing-masing (dgn menyalahkan yg lain); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dalih | alasan (jawaban) yg diberikan utk menyembunyikan sesuatu atau melepaskan diri drpd sesuatu tugas (tanggungjawab dsb), helah, muslihat: itu cuma satu ~nya sahaja; hendak seribu daya, tak hendak seribu ~ prb jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian kebalikannya; berdalih memberi alasan atau helah (utk menyembunyikan sesuatu atau melepaskan diri drpd sesuatu tugas, tanggungjawab, dsb): jangan engkau hendak ~ pula Kasim; apabila disoal dia cuba ~; berdalih-dalihan tuduh-menuduh (kata-mengata) utk membenarkan atau melepaskan diri masing-masing (dgn menyalahkan yg lain); mendalihkan mengemukakan (mengatakan) sesuatu sbg dalih, menggunakan helah: ia ~ bahawa titah itu belum didengarnya lagi; pendalih orang yg suka berdalih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |