Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdegar-degar 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
degarbunyi spt bunyi orang memukul kayu (memecah pintu dll); ~-~ merapati =~-~ perapatkan prb per­selisihan (dlm hal keluarga, suami isteri) yg tidak merenggangkan tetapi mengeratkan lagi perhubungan; berdegar-degar 1. berbunyi degar beberapa kali; 2. ki besar dan bersemangat (bkn per­cakapan seseorang): cakapnya dgn kita selalu berdentum ~; cakap ~, tahi sangkut di gelegar prb cakap sahaja yg besar tetapi tidak ada apa yg dikerjakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
berdegar-degar1. berbunyi degar beberapa kali; 2. ki besar dan bersemangat (bkn per­cakapan seseorang): cakapnya dgn kita selalu berdentum ~; cakap ~, tahi sangkut di gelegar prb cakap sahaja yg besar tetapi tidak ada apa yg dikerjakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tumit1. bahagian yg di belakang sekali drpd tapak kaki (di bawah buku lali); ~ bagai leng­kuas muda = ~ spt pauh dilarik = ~ telur burung tumit (perempuan) yg cantik; 2. bahagi­an drpd sesuatu yg menyerupai tumit: dia menghentakkan ~ sepatunya di lantai; cakap berdegar-degar, ~ di keting prb orang yg bercakap besar tetapi penakut.Kamus Dewan Edisi Keempat
senduk I1. segala jenis alat yg digunakan utk mencedok nasi (menimbuk gulai dll), centong, sudip: ~ nasi (gulai dll); 2. sudu, camca: ~ makan (teh, sup, dll); ~ dan periuk (belanga) lagi berhantuk (berlaga) prb suami isteri (kaum keluarga dll) ada kalanya berselisih juga; ~ berdegar-degar nasi habis budi dapat prb kalau membuat pekerjaan kurang hati-hati akhirnya akan mendapat malu; ~ besar tak menge-nyang prb janji sahaja yg banyak dibuat tetapi tidak ditepati; berani ~ pengedang, air hangat direnanginya prb berani yg membuta tuli; kulai-balai bagai ~ didukung prb orang yg lemah lembut gerak-gerinya; menyenduk mencedok dgn senduk: ia terus ~ nasi ke pinggan suaminya, kemudian ke pinggannya sendiri; menyendukkan mencedok (mengaut dll) sesuatu utk membubuhkan; tersenduk sudah disenduk, tercedok; nasi ~ tidak termakan prb tidak dapat merasainya walaupun sudah diperoleh, belum menjadi rezeki.Kamus Dewan Edisi Keempat
cakap Ibicara, kata, kecek, tutur; ~ angin cakap yg tidak ada isi atau tidak betul (omong kosong); ~ mulut bahasa yg digunakan dlm percakapan sehari-hari (tidak dlm tulisan); ~ berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar prb cakap sahaja yg besar tetapi tiada suatu pun pekerjaan yg dilakukan; dengar ~ enggang, makan buah beluluk, dengar ~ orang, terjun masuk lubuk prb sesuatu pekerjaan itu kalau tidak difikirkan sendiri dgn betul-betul dan hanya mendengar cakap orang adalah mudarat akibatnya; mengalih kain payah juga ke ceruk, mengalih ~ di mata-mata sahaja prb memperkatakan sesuatu rahsia itu haruslah berhati-hati kerana buruk akibatnya kalau diperkatakan kpd orang yg tiada tentu; bercakap 1. berkata, berbicara, bertutur: perlembagaan menjamin tiap-tiap warganegara akan mendapat beberapa hak yg pokok spt kebebasan ~; wakil kita pandai ~ sahaja; 2. berbahasa: ~ Melayu; 3. berbual, berborak, bersembang; bercakap-cakap 1. berbual-bual, beromong­omong; 2. bercakap atau berbincang tentang sesuatu tanpa bertindak atau melakukan sesuatu: terpulanglah kpd sarjana-sarjana di Malaysia sendiri utk memajukan bidang Pengajian Melayu, bukan sekadar ~ mengenainya sahaja; mencakapi ark mengajak berkata (dgn), menegur, menyapa; mencakapkan, mempercakapkan 1. mem­bicarakan, memperkatakan: O, itukah yg hendak dicakapkan tadi!; apa yg dipercakapkan oleh orang dua beranak ini? 2. menceritakan, memberitahukan, mengkha­barkan: kalau Idah cakapkan pd Kak Inah boleh, tapi takkan Kak Inah boleh buat apa-apa; 3. mengucapkan, menyebutkan, meng­gunakan bahasa: bahasa Melayu dicakapkan di Malaysia dan di Indonesia oleh lebih drpd 100 juta manusia; percakapan, cakapan 1. pertuturan: segala ~ dan tingkah lakunya telah menjadi beradat benar; 2. pembicaraan, perbualan, perunding­an: kemudian drpd itu ~ antara kedua-duanya melarat kpd beberapa perkara yg lain; 3. apa-apa yg dicakapkan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas