dekat | 1. tidak jauh jaraknya atau antaranya dr, hampir: rumahnya ~ dgn kedai; budak itu datang dan duduk ~ saya; Sungai Siput letaknya ~ sahaja dgn Kuala Kangsar; 2. hampir (bkn waktu, masa, jumlah, dll): siang tadi aku tidur ~ sejam lamanya; wang yg dikumpulkannya sekarang ini sudah ~ seribu ringgit; 3. bp kata yg menunjukkan tempat, di: makan ~ rumah kita pun hendak pakai garpu; 4. tidak lama lagi, hampir (akan berlakunya sesuatu): peperiksaan akhir tahun sudah ~; 5. rapat (bkn hubungan persahabatan, persaudaraan, dll), karib: penghulu kampung itu ~ benar dgn anak buahnya; dia itu saudara ~ saya; ~ dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk prb perkataan atau pengakuan yg dapat dibuktikan kebenarannya; ~ tak tercapai jauh tak berantara prb sesuatu yg diinginkan tetapi tidak berdaya utk mendapatkannya;dekat-dekat dekat (tidak jauh) antara satu dgn yg lain, rapat-rapat; berdekat 1. berada (duduk dsb) dekat atau hampir (dgn yg lain atau antara satu dgn yg lain): mereka berdua tidak boleh ~, kalau ~, pasti berlaku pertengkaran; 2. sl berhubungan rapat, berapat, berbaik; 3. ki = berdekat-dekat, berdekat-dekatan bergandingan, bercampur: kesukaan itu selalu ~ dgn kedukaan; berdekat-dekat, berdekat-dekatan 1. (berada, duduk, dsb) dekat antara satu dgn yg lain, berapat-rapat: apabila menonton pertandingan bola sepak di stadium, mereka suka duduk ~; 2. ki bergandingan, berdekat; berdekatan 1. berada atau terletak dekat (dgn sesuatu tempat), berhampiran: rakit itu kemudiannya dihanyutkan ke dlm sungai yg ~; kejadian rompakan itu telah dilaporkan ke balai polis yg ~; 2. = berdekat-dekatan; 3. dekat (dgn sesuatu), berhampiran (dgn); mendekat 1. pergi (datang) dekat atau hampir ke sesuatu atau kpd seseorang: basikal penjual mi goreng itu semakin ~; 2. hampir tiba atau sampai: semua penduduk di daerah pedalaman telah dipindahkan dgn serta-merta kerana serangan musuh telah ~; 3. mahu berbaik-baik; mendekati 1. pergi (datang) dekat kpd, menghampiri (sesuatu atau seseorang), merapati, datang berdekatan dgn: saya ~ peti radio dan kemudian menutupnya; 2. hampir tiba pd (masanya dll), menuju ke (waktunya): setiap saat yg berlalu bererti peperiksaan ~ masanya; 3. (hendak) berbaik-baik, ber-hubungan erat dgn: Amerika Syarikat dan Rusia sama-sama berlumba utk ~ negara-negara yg baru muncul; 4. hampir mencapai (bkn umur dll): usianya sudah ~ empat puluh tahun; 5. mengambil langkah dsb utk melaksanakan tugas dsb atau mengatasi masalah: ada beberapa cara kita boleh ~ masalah itu; 6. seakan-akan, hampir menyerupai (menyamai): gambaran yg ~ kenyataan; mendekatkan 1. meletakkan dsb supaya dekat atau berhampiran dgn, merapatkan, menghampirkan, mendampingkan: tong itu didekatkannya ke tepi perigi dan kemudian diisinya penuh-penuh dgn air; 2. menjadikan erat atau rapat (bkn perhubungan antara dua orang dll), merapatkan: sifat-sifatnya yg demikian itu ~ dia padaku; agama Islam telah ~ bangsa-bangsa tersebut kpd arus intelektual dunia; memperdekat menjadikan lebih dekat (rapat, erat, dll), mempererat, merapatkan lagi: hajat baginda hendak meminang puteri itu, di samping ~ dan mempererat hubungan dua buah negara itu; terdekat dekat sekali, paling dekat: pe-labuhan besar negara asing yg ~ dgn Malaysia ialah Singapura; kedekatan perihal dekat, kedudukan (letak, keadaan, pertalian, dsb) yg dekat dgn, kehampiran: pd hakikatnya kesan itu adalah ~ suasana drama itu dgn realiti; ~ penggunaan bahasanya kpd bahasa sehari-hari; pendekatan 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdekat-dekat | , berdekat-dekatan 1. (berada, duduk, dsb) dekat antara satu dgn yg lain, berapat-rapat: apabila menonton pertandingan bola sepak di stadium, mereka suka duduk ~; 2. ki bergandingan, berdekat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdekat | 1. berada (duduk dsb) dekat atau hampir (dgn yg lain atau antara satu dgn yg lain): mereka berdua tidak boleh ~, kalau ~, pasti berlaku pertengkaran; 2. sl berhubungan rapat, berapat, berbaik; 3. ki = berdekat-dekat, berdekat-dekatan bergandingan, bercampur: kesukaan itu selalu ~ dgn kedukaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdekat-dekatan | 1. (berada, duduk, dsb) dekat antara satu dgn yg lain, berapat-rapat: apabila menonton pertandingan bola sepak di stadium, mereka suka duduk ~; 2. ki bergandingan, berdekat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdekatan | 1. berada atau terletak dekat (dgn sesuatu tempat), berhampiran: rakit itu kemudiannya dihanyutkan ke dlm sungai yg ~; kejadian rompakan itu telah dilaporkan ke balai polis yg ~; 2. = berdekat-dekatan; 3. dekat (dgn sesuatu), berhampiran (dgn); | Kamus Dewan Edisi Keempat |