jejer | (jéjér) banjar, baris, deret, jajar; berjejer berbanjar, berjajar, berbaris, berderet (teratur): motokar-motokar ~ di jalan raya itu; berjejeran berderet-deret: ramai muda-mudi ~ turun menuju ke restoran; menjejeri terdiri berjejer-jejer di: Kuala Perlis dijejeri oleh rumah-rumah nelayan; menjejerkan mengatur berderet-deret (berbaris): ia ~ barang dagangan di atas bangku; jejeran deretan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berderet-deret | merupakan deret yg panjang; berbaris-baris; berangkai-rangkai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berderet-deret | , berderetan berbaris (berjajar) panjang-panjang beruntun-runtun: mangsa kebakaran semalam, ~ berjalan ke tempat tumpangan mereka; 3. bp banyak (anak): dia mengaku dirinya masih bujang, tetapi anaknya ~ di rumah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
banjar I | baris, deret, jajar;sebanjar 1. sebaris, sederet: ~ pokok nyiur; 2. sl sebaya, seumur;berbanjar berbaris, berderet: kami berdiri ~ di hadapan guru besar;berbanjar-banjar, berbanjaran berbaris-baris, berderet-deret;membanjarkan menyusun berbanjar-banjar: ~ kerusi dgn teratur; banjaran sesuatu yg berderet kedudukannya, barisan, deretan: ~ gunung; B~ Titiwangsa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berderet | 1 berbaris yg satu di belakang atau di samping yg lain: Penonton berdiri ~ di tepi pagar. 2 = berderet-deret merupakan deret yg panjang; berbaris-baris; berangkai-rangkai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jejer | /jéjér/; berjejer berderet; berbaris: Tiap-tiap pagi, kereta ~ di hadapan bangunan itu. menjejeri berdiri (diletakkan) berderet-deret di: Batang-batang kayu kecil kelihatan berbaris ~ tebing sungai. menjejerkan mengatur sesuatu berbaris-baris; menderetkan: Ia ~ barang-barang jualannya di atas meja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
deret | /déret/, = deretan 1 baris yg panjang; jajar: Rumahnya di ~ hujung. 2 sesuatu yg bersambung-sambung; rangkaian: Beberapa ~ peristiwa penting telah berlaku semalam. berderet 1 berbaris yg satu di belakang atau di samping yg lain: Penonton berdiri ~ di tepi pagar. 2 = berderet-deret merupakan deret yg panjang; berbaris-baris; berangkai-rangkai. mendereti berderet di; membarisi. menderetkan menjadikan berderet (-deret); membariskan: Dia ~ pasu-pasu bunga itu di keliling rumahnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berderet | 1. berbaris yg satu di belakang atau di samping yg lain: Penonton berdiri ~ di tepi pagar. 2. = berderet-deret merupakan deret yg panjang; berbaris-baris; berangkai-rangkai. | Kamus Pelajar |
berderet | 1. berbaris (yg satu di belakang atau di samping yg lain): Paduka Liku duduk ~ dgn Mahadewi; kanak-kanak sekolah berdiri ~ di sepanjang jalan raya itu; 2. = berderet-deret, berderetan berbaris (berjajar) panjang-panjang beruntun-runtun: mangsa kebakaran semalam, ~ berjalan ke tempat tumpangan mereka; 3. bp banyak (anak): dia mengaku dirinya masih bujang, tetapi anaknya ~ di rumah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jejer | /jéjér/; berjejer berderet; berbaris:Tiap-tiap pagi, kereta ~ di hadapan bangunan itu. menjejeri berdiri (diletakkan) berderet-deret di: Batang-batang kayu kecil kelihatan berbaris ~ tebing sungai. menjejerkan mengatur sesuatu berbaris-baris; menderetkan: Ia ~ barang-barang jualannya di atas meja. | Kamus Pelajar |