berdikari | berdiri atas kaki sendiri; tidak bergantung pd bantuan orang lain: hidup ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berdikari | berdiri atas kaki sendiri, tidak mengharapkan orang lain utk menolongnya: belajar hidup ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdikari | berdiri atas kaki sendiri; tidak bergantung pd bantuan orang lain: hidup ~. | Kamus Pelajar |
berdiri atas kaki sendiri | tidak bergantung pd bantuan orang lain; berdikari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengakali | 1 mencari jalan atau ikhtiar utk melakukan sesuatu: Dia ~ usaha-usaha utk berdikari. 2 menipu atau memperdaya: Dia tidak berjaya ~ saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menerokai | menjalani, menempuh, mengharungi (bidang kegiatan dsb yg baru): siswazah-siswazah yg mampu berdikari dan sanggup ~ bidang-bidang perniagaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketergantungan | keadaan atau sifat (masih) bergantung (pd sesuatu): ini bererti wanita berkenaan perlu belajar berdikari dan bebas drpd ~ pd keluarga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengakali | 1. mencari jalan atau ikhtiar utk melakukan sesuatu: Dia ~ usaha-usaha utk berdikari. 2. menipu atau memperdaya: Dia tidak berjaya ~ saya. | Kamus Pelajar |
saraan | wang yg diberikan kpd seseorang utk membantu kehidupannya: ~ ini akan ber-panjangan sehingga ahli keluarga itu mampu berdikari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mereka | 1 menyusun (mengatur, mengarang) baik-baik: Tidak banyak pengarang yg pandai ~ cerita yg menaikkan semangat. 2 memikir-mikirkan sesuatu; membayangkan dlm fikiran; mencari akal; mencari ikhtiar: Dia ~-reka perkara yg akan dilakukannya utk hidup berdikari. 3 memikir-mikirkan dan mencipta sesuatu: Thomas Elva Edison yg mula-mula ~ lampu elektrik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |