meminta doa | a) berdoa, mendoa; b) kenduri utk meminta selamat, selamatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meminta | menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (utk mendapat sesuatu), pinta: semalam Aini ada ~ ubat drpd Pak Ludin; mamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu ~ dia buatkan dua piring mi goreng; 2. = meminta mengucapkan (doa dll), melafazkan; 3. = meminta melamar anak gadis supaya menjadi isteri, meminang; 4. = diminta diharap (supaya), haraplah, sudilah: ~ diam sebentar tuan-tuan; ~ aman = ~ nyawa mohon supaya tidak dibunuh; ~ ampun = ~ maaf mohon supaya diberi ampun (maaf); ~ berhenti memberitahu hendak berhenti (drpd pekerjaan); ~ diri mohon supaya diizinkan pulang (pergi); ~ doa a) berdoa, mendoa; b) kenduri utk meminta selamat, selamatan; ~ jalan minta supaya diberi jalan (utk lalu); ~ janji meminta supaya menunaikan janji (menepati janji); ~ sedekah mengemis; ~ selamat minta supaya selamat; ~ tabik a) memberi hormat (salam); b) minta maaf (kerana hendak bertanya dll); ~ tangan minta diajar (dipukuli); ~ terima kasih mengucapkan terima kasih; ~ tolong mohon pertolongan (drpd orang lain); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
minta | 1. = meminta menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (utk mendapat sesuatu), pinta: semalam Aini ada ~ ubat drpd Pak Ludin; mamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu ~ dia buatkan dua piring mi goreng; 2. = meminta mengucapkan (doa dll), melafazkan; 3. = meminta melamar anak gadis supaya menjadi isteri, meminang; 4. = diminta diharap (supaya), haraplah, sudilah: ~ diam sebentar tuan-tuan; ~ aman = ~ nyawa mohon supaya tidak dibunuh; ~ ampun = ~ maaf mohon supaya diberi ampun (maaf); ~ berhenti memberitahu hendak berhenti (drpd pekerjaan); ~ diri mohon supaya diizinkan pulang (pergi); ~ doa a) berdoa, mendoa; b) kenduri utk meminta selamat, selamatan; ~ jalan minta supaya diberi jalan (utk lalu); ~ janji meminta supaya menunaikan janji (menepati janji); ~ sedekah mengemis; ~ selamat minta supaya selamat; ~ tabik a) memberi hormat (salam); b) minta maaf (kerana hendak bertanya dll); ~ tangan minta diajar (dipukuli); ~ terima kasih mengucapkan terima kasih; ~ tolong mohon pertolongan (drpd orang lain); minta-minta 1. = berminta-minta, me-minta-minta minta sedekah, mengemis; orang ~ pengemis; 2. bp mudah-mudahan, moga-moga: ~ luluslah aku dlm peperiksaan tahun ini; berminta diminta (lwn dibeli); licin kerana minyak ~ prb sindiran utk merendahkan orang yg angkuh kerana barang yg dipinjam; meminta 1. minta; 2. menentukan (nasib, hidup mati); memintai memohonkan sesuatu berkalikali, banyak yg diminta, memohon, memohon kpd; memintakan meminta sesuatu utk (orang lain dll); permintaan 1. perihal (perbuatan) meminta: ~nya supaya menceraikannya itu sungguh berat dirasa oleh suaminya; 2. sesuatu yg diminta, permohonan: ~ orang tampan itu diterimanya dgn segala senang hati; 3. Mn peminta (nasib yg ditakdirkan Tuhan): sudah-lah nasib ~ badan, kita di bawah kehendak Allah; 4. (Eko) pernyataan kehendak atau kemahuan pembeli (utk barang atau perkhidmatan) dgn kesediaan membayar harga yg tertentu; peminta 1. orang yg meminta; ~ sedekah pengemis; 2. = sl permintaan permohonan, apa yg diminta; 3. Mn nasib (yg ditakdirkan Tuhan); buruk ~ nasib buruk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
doa | 1. permohonan (permintaan) kpd Tuhan: ~ Aini supaya Murad berbahagia dlm hidupnya; 2. kebaikan (yg dipinta) dgn restu drpd Tuhan: dia memohon ~ agar anaknya lulus dlm peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia; 3. potongan ayat terutama drpd Quran (hadis dsb) yg dibaca utk memohon sesuatu kebaikan drpd Tuhan: setiap kali selepas sembahyang, dia membaca berbagai-bagai ~; ~ arwah doa yg dibaca (sewaktu sembahyang mayat dll) utk orang Islam yg telah meninggal dunia dan ditujukan juga kpd orang-orang yg masih hidup; ~ musafir doa yg dibaca (oleh orang Islam) sewaktu dlm perjalanan supaya dijauhkan drpd sebarang kemalangan dsb; ~ panjang umur doa yg dibaca (oleh orang Islam) utk memohon kpd Tuhan supaya dilanjutkan usia; ~ pendinding doa yg dibaca (oleh orang Islam) utk menjauhkan diri drpd bahaya; ~ pengasih jampi utk membuat orang kasih pd kita; ~ restu doa (permintaan) yg diharapkan mendapat berkat drpd Tuhan; ~ selamat = ~ kesyukuran doa kerana mengucap syukur kpd Tuhan atas pemberian-Nya atau kerana meminta berkat; ~ tolak bala doa yg dibaca selepas bersembahyang utk meminta kpd Tuhan supaya dijauhkan drpd sebarang bala (spt wabak penyakit dsb); berdoa, mendoa meminta (memohon) kpd Tuhan, mengucapkan (menyampaikan) doa: bangun pagi sembahyang subuh kemudian ~ kpd Tuhan; aku ~ semoga Tuhan mendekatkan aku kpd kebaikan dan menjauhkan aku drpd kejahatan; mendoakan memohonkan sesuatu kpd Tuhan: aku ~ semoga kau berbahagia selalu; dia sentiasa ~ keselamatan anak-anaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdoa | , mendoa meminta (memohon) kpd Tuhan, mengucapkan (menyampaikan) doa: bangun pagi sembahyang subuh kemudian ~ kpd Tuhan; aku ~ semoga Tuhan mendekatkan aku kpd kebaikan dan menjauhkan aku drpd kejahatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |