dosa | 1 (segala) nilaian keburukan yg dilakukan yg bertentangan dgn perintah Allah dan Rasul-Nya: Segala ~ dan pahala akan dihisab kelak. 2 perbuatan yg melanggar hukum Tuhan atau agama: ~ kita akan bertambah, jika kita tidak bersembahyang, tidak berpuasa dan suka pula minum arak. 3 perbuatan menentang orang tua (negara dll). ~ kering dosa yg sengaja dilakukan (walaupun telah diketahui bahawa itu ialah dosa). menebus ~ berikhtiar supaya dosa dpt diampunkan (oleh Allah). berdosa 1 mendapat dosa: Dia ~ kerana telah mencuri barang-barang itu. 2 (telah) melakukan dosa: Orang yg ~ akan dihukum di akhirat nanti. 2 bersalah (kerana menentang orang tua, negara dll): Dia tahu bahawa dia sudah ~ terhadap ibunya dan oleh sebab itulah ia lekas-lekas meminta maaf. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dosa | 1. perbuatan melanggar hukum Tuhan atau agama: segala halal haram, ~ pahala telah pun diketahuinya benar-benar; lebih baik mati dgn tidak berpahala drpd hidup bergelumang ~; 2. perbuatan atau kelakuan yg bertentangan dgn prinsip-prinsip moral: perbuatannya itu adalah satu ~ yg besar terhadap keluarga mereka; menebus ~ berikhtiar supaya dosa dapat diampunkan; ~ kering dosa (kesalahan) yg sengaja dilakukan walaupun diketahui hukumannya dr segi agama; berdosa 1. melakukan dosa: orang yg ~ akan menerima balasannya; 2. bersalah kerana menentang orang tua (hukum adat, negara, dsb): lain orang yg ~ lain pula yg dituduh; pendosa orang yg berdosa: sesungguhnya seorang ~, secara semantik dikenal sbg orang yg fasiq. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdosa | 1 mendapat dosa: Dia ~ kerana telah mencuri barang-barang itu. 2 (telah) melakukan dosa: Orang yg ~ akan dihukum di akhirat nanti. 2 bersalah (kerana menentang orang tua, negara dll): Dia tahu bahawa dia sudah ~ terhadap ibunya dan oleh sebab itulah ia lekas-lekas meminta maaf. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berdosa | 1. melakukan dosa: orang yg ~ akan menerima balasannya; 2. bersalah kerana menentang orang tua (hukum adat, negara, dsb): lain orang yg ~ lain pula yg dituduh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fasiq | Ar 1. tidak mempedulikan perintah Allah: golongan yg ~; 2. berdosa besar, buruk (jahat) perangai: jangan gila hendak membuat kerja yg ~ itu; 3. orang yg berdosa besar (buruk kelakuan, jahat); memfasiqkan menganggap (mengira, mengatakan, dll) fasiq; kefasiqan perihal fasiq, kejahatan, kegilaan: hijrah drpd kemiskinan, kemungkaran, dan ~ kpd ketaatan, kemakrufan, dan kesolehan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdosa | 1. mendapat dosa: Dia ~ kerana telah mencuri barang-barang itu. 2. (telah melakukan dosa): Orang yg ~ akan dihukum di akhirat nanti. 3. bersalah (kerana menentang orang tua, negara dll): Dia tahu bahawa dia sudah ~ terhadap ibunya dan oleh sebab itulah ia lekas-lekas meminta maaf. | Kamus Pelajar |
syarikat | 1 mengadakan sekutu pd: Berdosa jika ~ Allah. | Kamus Pelajar |
mensyarikatkan | 1 mengadakan sekutu pd: Berdosa jika ~ Allah. 2 menubuhkan syarikat; menjadikan sbg syarikat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menista | 1. memberi malu, mencela, mengaibkan: jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya sekalipun, jangan ia difadihatkan dan dinista dgn kata yg jahat; 2. mengata-ngatai, menghinakan, mengumpat: kalian menuduh saya dgn segala kebohongan, mencemarkan kandungan buku itu, ~ saya, kemudian minta pula wang dr hasil peluh saya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mensyarikatkan | 1 mengadakan sekutu pd: Berdosa jika ~ Allah. | Kamus Pelajar |